Iklan

Monday, November 30, 2009

Happy besday Fatin Syakira

semalam kan mir ada bagi tau kat u ols kat rumah mak mir ada buat satu majlis pasa hari raya korban kan,, so ari ni mir nak sambung ler citer pasal semalam tu...

citer dia macam ni,, pada hari rabu yang lepas,, mir dapat sms dari permaisuri agong kat selayang tu,, permaisuri tu minta mir balik ari jumaat ,, nak sambut raya katanya,, so mir kata occay ler,, siapa tak nak raya dengan kuarga kan,, giller ko nak jadi anak durhaka???

so mir pun feeling-feeling nak buat kek skit untuk bawa balik kg,, tup tup.. akak mir plak duk calling-calling gitiew,, akak mir bagi tau yang ari jumaat raya tu dia nak buat besday party muda mudi untuk anak dia yang merangkap anak buah mir sempena umur yang ker 6 tahun gitiew,, aiyooo kelam kabut mir di buat nyer,, awat ler tak bagi tau awal-awal kan,,

so terus mir cancel nak buat kek ari tu u ols.. motifff??? sebb mir terus plan nak buat cup cake plak,, boley???

dengan dua anting-anting di terlinga berserta sepit rama-rama di kepala,,, mir menjerit sekuat hati,, motiff last minit baru nak bagi tau,,,???

bagai nak giller mir plan konon nak buat cup cake yang mewah tapi budget ciput gitiew,, yerlah ngah sengkek kan,, pastu cakap plak last minit,, mau kelam kabut mir di buat nyer,,kena plak budak-budak yang kecik cenonet kat rumah permaisuri tu ada ler dalam 50 orang,, kena plak sedara mara mir pun di jemput datang bertandang,, harus ler mir kena buat elok-elok gitiew,,,

so past calling-calling,, terus mir minta nama anak buah mir kat mama dia,, terus mir buat design ,, sederhana tapi meriah gitew kan,,

nak tau apa yang mir buat,, ni haaa,, lihat ler hasil keja mir kan,, eemm u ols kan tau,, mir kan suka hias semua benda giler-giller banyak kan,, hahahaha meriah,,giller-giller pun hasilnya superb occayy,, dah memang treadmark mir macam tu,, mir pun tak tau kenapa. hahahahah

lepas dapat tau ejaan nama anak buah mir yang betul,, terus mir buat design card kecik , letak atas cup cake tu..

so apa lagi u ols.. potong ler card itiew

eemm longgokkan satu tempat

pastu mir rasa kalau letak reben sure lagi meletop kan,, hehehehe

eemm kena ler buat banyak-banyak

kebetulan mir ada ler skit toys kayu yang mir beli tahun lepas,, tak guna lagi, tapi tak cukup plak... so mir terus gi lari beli lagi u ols,, nasib ada lagi skit

eemm so past ni sesi hias bekas plastik plak

yang ni cup cake yang mir masak malam khamis ,, dari kul 10 malam sampai kul 2 pagi,,
so kena sejukkan dulu
eemm mir plan nak letak cream kat atas dia,,

eemm mir terpaksa hias cup cake tu kul 10 pagi u ols.. pagi raya lak tu.. sebb mata mir dah mengantuk giller, sebb mir buat hiasan cup ,, pastu bakar cup cake,, kelam kabut skit,, cian kat housemate mir tahan telinga akibat dengar bunyi mixer time dia tido hehhehehe ,, ya ampunn

so hiasan di mulakan,, mir wat warna pink sebb anak buah mir pompuan kan,,

yummyyy,, hasil nya heheheh

masukkan dalam cup hehehhe

eemm zoommm,,,,

eemm cover dengan plastik kat bahagian atas dia

sesi hias dah touch up,, mir letak toy kayu yang ada sepit di bahagian atas,, supaya budak-budak dapat makan cup cake dan toys pun dapat juga,, hik hik hik,,

eemm pastu letak card
hias dengan reben
eemmm so mir kena ler buat sampai habis kan

eemm ni ler hasil nya,, dari kul 7.30 petang,, sampai kul 12 tengahari mir buat heheheheh gigih giler

masuk kotak,,,

eemm apa lagi poseeee

eemm yang warna hijau tu kek layer pandan.. yang tu nanti mir update ,,

eemmm alhamdulillah,, semua usaha mir berbaloi,, ramai yang suka dengan cup cake ini,, comeeyyy sangat,,, syukurr apa yang di rancang berjalan dengan lancar

Sunday, November 29, 2009

Lebaran, Strawberry dan Glamour

rasanya lum terlewat mir nak ucapkan salam lebaran korban kat u ols kan, so macam mana sambutan lebaran u ols jumaat lepas?? meriah tak?? banyak ker lembu yang di sembelih??? ker u ols buat korban tahun ni??? eemm pasti ada kenangan manis kan,, tidak kurang juga mir,, sama lebaran lepas telah berlaku satu majlis kat rumah permaisuri agong kat selayang tu,.,, nak tau majlis apa?? kena ler tunggu,, mir lum sempat upload pic lagi,, tunggu tau,, nanti dah upload mir citer kat u ols

mir sebenarnya baru jer balik dari send gubahan hantaran buah kat masjid jamek u ols,.,. gubahan buah starwbbery,, so exclusive katanya.. mir sebenarnya dapat tempahan gubahan ni sebulan yang lalu., tapi masa tu terlalu awal sangat kan,, so mir just catitkan dalam diary saja,, pemilik gubahan ni nak sangat mir bantu beliau menyiapkan gubahan tersebut,, nak tolak terasa kesian plak.. sebab pemilik tu nak gubahan tersebut betul-betul time mir balik kampung untuk menyambut lebaran korban semalam
semalam lepas majlis di rumah permaisuri,, mir bagai nak giller mir gi cari buah strawberry,, dari satu pasaraya,, ke satu pasaraya,, dari selayang,, ke sogo,, ke KLCC ke midvelly,, sebb mir nak cari buah strawberry yang betul-betul segar.. so nak tau hasilnya.. kena ler tunggu kan,,
kerana ko ler aku cari satu KL tau,sampai tak raya tau,,,
geram nyer pasal mir dah ngap sebijikkk hahahaha.. kira halal ler yer,, heheheheh

mir baru jer berkesempatan melayari internet kan,, maklum ler ari jumaat lepas mir tak sempat nak nengok masg kat email,face book dan tagged
tapi ari ni buat mir terperanjat beruk skit,, maklum ler baru 2 ari mir tak sempat bukak tagged ,, dah penuh dah masg mir,, mesti korang nak tau kan,, apa yang membuatkan mir menjadi beruk late-late tu,,
ni hahhh,,,

eemm nampak tak??

mir zoom dekat skit lagi,, yang ni ha,,, mati ler kalau tak nampak kan,, harus mir cucuk mata u ols.. cuba u ols perhatikan yang atas sekali tu,
40+ friend request occayy,,, nak jadi kawan mir,, tu belum lagi 91 messages yang dalam box mail mir yang send macam-macam tu,, ko tak giller??? terasa mir ni dah terglamour ler plak,, macam tau-tau jer yang mir ni ada tagged kan,, hahahahah.. apa pun mir nak ucap terima kasih pada yang telah menyokong mir dari belakang,, muaahhhh,, mir sayang korang,, ni yang buat mir bertambah gigih nak mengupdate blog ni,, insyaALLAH jika ada idea yang mir rasa menarik ,, mir akan kongsi dengan u ols semua,, hope blog ini akan menjadi satu sumber rujukkan kat u ols semua,., walaupun idea yang mir bagi ni kadang-kadang macam simple jer,, tapi impak dia besar u ols,, bukan semua orang tau membuat gubahan ,, bukan semua orang pandai,, mir sendiri pun baru belajar memantapkan ilmu mir didada yang semakin membidang ni,, ** bidang katanya walhal membeso macam gajah **nangeeesssss

Tuesday, November 24, 2009

Gubahan Hantaran Telekong Berdiri Solat sendiri????

eeemm lama mir tak update blog kan,, sori mir bz u ols,, nanti mir citer macam2 kan blog mir,, so untuk entry yang dah bersawang ni mir nak tunjuk kat u ols,, Gubahan Kain Telekong Berdiri Solat sendiri,, hahahah lawak tak tajuk tu,, gempak tak gimik mir,, acaaahh jer u oolss,, kalau ler gubahan telekong tu leh berdiri dan solat,, mau glamor mir sekejap,, mau wartawan datang berduyun-duyun kat rumah mir,, pastu mir kata ler,, telekong tu terdiri tiap malam jumaat hahahaha kelas takkk

mir mula-mula nak ajar u ols buat telelong berdiri solat sendiri hehehe tapi mir takut kontroversi plak hehehehe so mir ajar u ols gubahan telekong berdiri atas pahar jer lah kan heheheh

bahan2 nya:

telekong
surat khabar
jarun peniti
soletape
dawai bunga

caranya:

mula-mula ambik paper lama,, kalau u ols kaya,, guna yang baru pun boleh heheheh


lipat macam ni,, ala-ala lipat tisu kat kenduri kawin

jadi macam ni haaa

buat banyak-banyak,, lima ker 6 ker,, tapi 5 lagi baik

belakang dia letak dawai bunga,, buat macam ni

kemudian,, ambik kain telekong,, buat macam ni

pegang hujung dengan kemas

ikat,, lakukan pada semua kertas yang di lipat tadi sampai habis

pastu ambil kertas,, pastu ronyokkan mcam ni

masukkan dalam kain ,,pastu ikat ,,,

gabung atau cantum kan kelopak paper tadi dengan bunjut tadi

ikat bahagian belakang yang di cantum kan

eemm jadi macam ni ha,,

kemas kan bahagian belakang dia dengan jarum peniti
kalau u ols nak buat setiap kelopak tu ada kerawang,, bagi tudung yang ada kerawang pun bole,, stap semua sama
ni antara yang dah siap ikut kerawang

diri kan atas dulang,, hias dengan bunga bagi sorok getah yang adoooo

kalau rajin buat 2,, satu kain,, satu telekong.. pastu gabung kan

eemm dah siappp

dah siap.. Gubahan Hantaran Telekong Berdiri solat tak hinggattt,,,