Iklan

Showing posts with label Soal Jawab. Show all posts
Showing posts with label Soal Jawab. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Gubahan RED Fresh Flower dan tips

hai sihat ker,, dah makan ke u ols,, mir gigih gak update blog mir yang mana yang termampu ,, mir agak bz skit minggu ni,, tapi bz-bz mir masih boleh terima gubahan hantaran lagi yer ,, ramai yang ingat mir sentiasa bz sampai tak dapat nak terima gubahan lagi ,, mir bz sebab banyak benda yang mir uruskan sendiri,, dari jumpa client,, pemilihan meterial dan segalanya heheh,, tu yang mir kadang-kadang sempat jenggah blog dan email sesekali jer,, tu pun nasib mir guna hp bb ,, so agak senang mir belek email yang u ols send kat mir,,,

so entry kali ni mir nak tunjukkan gubahan dan tips untuk gubah ..rasanya mir tak perlu nak tunjukkan tutorial cara nak gubah kot sebab entry sebelum ni mir dah pernah tunjuk hehehe ( mati le alasan jer,,, malas nak snap pic )

gubahan buah
tips :: kalau buah anggur di galakkan sapu minyak masak skit di sekitar buah tersebut,, supaya nampak segar,,
kalau guna buah apel hijau di galakkan cuci dengan air biasa saja,, kemudian dengan minyak sikit supaya kulit yang hijau tu tak lebam sangat,, kadang-kadang kita pergi pasar,, buah selalu orang akan picit-picit sebelum masuk dedalam raga/bakul so mir tak berapa galakkan basuh atau rendam menggunakan air garam
gubahan hantaran baju / kain pasang

selalu mir nengok atau customer yang send barang kat mir mesti pilih kain yang sama tema dengan majlis,, contoh,, kalau tema warna pink,, sejadah mesti nak send pink,, butang pink,, kain pelekat pink,, adooiiii,, kadang-kadang mir lak yang pening macam mana nak tonjolkan gubahan jenis yang macam tu,, sebab kalau dah semua pink ,, dah tak nampak meterial apa yang nk di terjemahkan dalam sesebuah gubahan,, so lepas ni cuba cari kain yang sesuai,, contoh,, gubahan yang mir tunjukkan ni,, tema dia ,, gold + pink,, so barang biar semua ada tema gold,, tapi mir akan mix kan dengan sentubahan bunga warna pink yang agak sesuai dengan tema,, so gubahan tersebut nampak exclusive kan,,,
gubahan sirih junjung,,,

Tips : kalau boleh gubah sebelum nak send gubahan tu,, sebab daun sirih yang di hantar tidak dicucuk pada span basah,, so daun sirih akan mudah terhidrat,,, dan layu,,,
gubahan coklat

mir tak berapa menggalakkan menggunakan coklat berlainan jenis yang terlalu banyak,, ada sesetengah penggubah hantaran  menggunakan coklat yang kalau boleh nak sama warna dengan tema,, contoh kalau gubahan tema warna biru,, ramai yang akan beli coklat cadburry la apa la,, janji warna tetap biru kan,, kalau boleh kurangkan penggunaan warna macam tu yer sebab coklat tu akan tenggelam 



Saturday, May 19, 2012

BUNGA PAHAR :: BUNGA TISU ( ii )


pahar yang satu lagi,, juga 25 kuntum setiap satu pahar,,

kalau ada tempahan leh ler email atau call mir erk

yeayyy akhirnya siap gak bunga pahar yang di tempah,, seminggu mir gentel wat bunga ni,, berjaya gak mir siapkan hehehehe,,, apa leh buat u ols,, last minit tempahan kan

eemm baru-baru ni mir ada dapat email dari salah seorang pelangut blog mir,, cik asiah,, antara soalan beliau yang mir rasa agak releven untuk di kongsi ,,

Berapa kuntum yang seelokkan di gunakan pada satu-satu pahar??


asas pahar seramik

Jawapan mir :: selalunya ramai orang berfikir ,, kalau nak buat bunga pahar untuk di letakkan di atas pelamin mesti ada sebanyak 100 kuntum,, tapi kalau soalan ni di berikan kepada mir,, mir selalu menggalakkan pelanggan mir hanya beli sebanyak 50-60-70 kuntum sahaja .. kerana,. Tapak bunga pahar yang sekarang ni tak setahan seperti zaman dolu-dolu,,

zaman dolu ( masa mir kecik-kecik ) mir pernah nampak makcik, nenek mir guna batang pahar dari kayu dan ada juga jenis tembaga yang ala-ala peluru u ols,,tapi pahar jenis ni memang dah takde dah mir tengok orang guna,,sebab berat nak mati kalau nak alih kan,, tapi ada juga golongan yang guna batang pisang,, ye lah zaman dulu kan takde kedai bunga atau alatan membuat hantaran sangat kan.. so diaorang yang kretip tu gunakan batang pisang  sebagai asas pahar,,

zaman sekarang plak kebanyakkan asas pahar menggunakan seramik ( macam dalam pic atas ),, dan kalau diperhantikan ,, pahar jenis ni sangat ringan berbanding pahar kayu , batang pisang atau tembaga,,
pahar jenis seramik ni kalau di perhatikan design nya,,, selalu ada bentuk cutting ala-ala ratu cantek
( bentuk pinggang- macam pic atas juga )


 contoh bunga tisu nyang mir dah siapkan .. mir tak sempat nak snap pic tutorial buat bunga tisu ni,, tapi jangan risau,, mir ada tempahan yang lain,, so nanti mir snap erk,,, cuma u ols kena tunggu ler
selalu pahar jenis macam ni,, jenis tak tahan,, sebab kalau bahagian bawah pahar tersebut akan patah apabila di cucuk dengan bunga pahar yang banyak,, kena plak bunga pahar tu di letakkan telor,, lagi ler berat kan,, silap-silap boleh patah dua,, setiap pahar plak kita tak tau meterial yang di buat sebelum sampai ketangan kite,,

untuk makluman u ols selalu yang jenis seramik macam ni,, bahagian atas dia di perbuat dari polisterin,, pastu polisterin tu di salut dengan seramik bahagian luarnya,,, kena plak pahar jenis yang ni ada cutting ratu kebaya,,, so tak berapa kukuh ler,, kena plak polisterin yang diberi tu jenis keras ,, susah nak cucuk,, kang bila di tekan-tekan retak kat belah dalam plak,, so kena ler hati-hati kalau nak guna pahar yang jenis sekarang ni ye,,so kena hati-hati skit masa nak cucuk,, tapi kalau u ols nak guna bunga 100 kuntum pun boleh,,
cuma jangan ganaz-ganaz yer ,, bergantung pada budget,,

ni mir close up skit reben,, bunga, pastu ada aksesori skit ( bunga apa tah) boleh tahan mahal gak bunga kecik ni
ni yang dah siap,, salah satunya..
sesi cucuk
antara pahar yang dah siap,., tempahan 50 kuntum so satu pahar 25 kuntum


Wednesday, May 2, 2012

Pakej Gubahan Hantaran Kite




tu diaa,, kemain besaq sungguh iklan mir kali ni hehehe,, bukan apa,, mir 2 minggu ni selalu dapat panggilan bertanyakan harga gubahan hantaran yang mir kenakan untuk di bayar kalau sesiapa yang ingin menempah kan,,, so untuk hilangkan kekalutan ,, mir buat terus iklan yang maha besaq ni untuk tatapan u ols

dan mir nak ler bagi penerangan kat u ols tentang pakej yang mir buat ni,,

Pakej Ekonomi :
 Macam yang semua dah sedia maklum,, ekonomi bermaksud kurang harga,,
ENG'KO NO MONEY ( ekonomi ) gitiew,,, ada sesetengah tempahan yang mir terima hanya mau mir gubah seketul atau dua ketul dulang sajo,, sebagai hadiah kepada pasangan
keng kawan / sedara mara ,, atau sebagai buah tangan ,

ada juga yang ambil pakej ni hanya untuk bertunang sajo,, kira hantar 3 dulang jer,, ada yang nak tempah 4 dulang sebab dulang yang ke lima ada orang yang nak sponser hehehe,, so macam-macam ragam kan,,,

Mir kadang-kadang agak payah nak letak harga bagi gubahan ni,, kadang-kadang ada yang minta mir kurangkan kepada 50 hinggit,, tapi mir terus terang,, bukan agak sukar nak dipenuhi, bunga sekarang ni agak mahal,, barang-barang yang dijual jika item dibeli sikit , tokey kedai tau mau kasi turun,, mir nak adjust sana sini pun agak sukar,, kadang-kadang bila dah dapat satu harga tu mir kena fikir banyak kali,, ada masa mir tak ambik upah pun ada sebab mir fikirkan mir nak bantu selagi terdaya,,

pakej ni mir tak boleh nak buat untuk gubahan bunga segar ( fresh flower) sebab kat kedai yang mir beli tu jual bundle ,, tapi benda ni leh bincang lagi mana tau ada masa-masa mir dapat bunga yang murah kan,tapi mir tak leh janji,,, mir faham keadaan u ols,, dan hope u ols pun faham keadaan mir,,

Pakej Silver - 5 dulang / Pakej Gold ( 12dulang )
pakej ni selalu orang ambik,, dan u ols pun boleh lihat dengan hasil kerja mir selama ni,, ada gak pic-pic gubahan yang mir tak dapat nak bagi u ols lihat ( atas permintaan pasangan tersebut )..  untuk gubahan fresh flower,, mir selalu akan bertanyakan majlis tu di buat dimana,, dan bila,, jauh ke dekat,, sebab mir kena fikirkan bentuk yang sesuai,, dan jangka masa yang occay untuk gubahan tu bertahan,, contoh kalau gubahan tu nak di ambil awal,, kena fikir gak tempoh layu bunga yang mir nak gubah tu,, kang gubah meletopp,, simpan kat rumah- keeoookk plak.,. mir tak nak ler ambik kesempatan dengan apa yang terjadi,,, mir kena fikirkan majlis yang u ols nak hadapai tu jugak,

** kebanyakkan gubahan yang mir guna ,, mir akan bagi terus gubahan tersebut tapi kena bincang dulu sebab kadang-kadang barang yang mir guna tak termasuk dalam budget gubahan tu,,
dan harga yang mir siarkan boleh di runding,,,

Wednesday, March 11, 2009

Nurul Tanya : Mir Jawab

Pagi-pagi lagi mir dah ber email dengan salah seorang pembaca blog mir.. dia add mir dalam yahoo.sebenarnya .. kak Nurul ni dah kerap masg mir .. sebb adik dia melangsungkan majlis perkahwinan baru-baru ni

di kesempatan ni,. kak nurul telah email pada mir dah ucap terima kasih sebb sudi ajar dia buat gubahan walaupun .. just tengok pic gubahan dalam blog ni jer..merasaa tahniah katanya**

baru-baru ni akak nurul ada email dan call mir tanya tempat beli bunga untuk sirih junjung,,. maklum ler dia tak berapa reti sangat area KL ni katanya,. walaupun dah duk KL 10 tahun lamanya,. gitiew?? dan dia 1st time buat hantaran kawin walaupun dia tak reti..tapi telah di paksa oleh kakak nya yang lain.. so dia terpaksa gagah kan diri juga membuat hantaran itu.. ** kira tangan bangku ler ni**

ada cerita yang melucukan telah berlaku sewaktu majlis perkahwinan adiknya itiew:

Nurul : hai mirul.. thank sudi ajar akak cara buat gubahan kahwin ni.. ari tu akak dah buat dah.. tapi tak lawa ler macam yang ko buat dalam blog tu.. **merasa**
Ari tu akak dah pergi dah beli bunga rose kat tempat yang ko tunjuk tu,.. memang meriah sangat.. tak sangka ramai plak orang yang beli bunga kan.. bunga-bunga kat situ pun segar-segar,, akak suka ler kedai tu..

Ehheheheh bunger yg akak beli kat p/street tu jauh bjalan ko tau!
Dari KL ker Kuantan,dari Kuantan ke Kelantan….mujur x layu…….
kakak akak gelak ajer biler kate akak pi beli bunger tu dgn ko…….
Sireh yg kakak akak tepek tu lagi lawak…………masa sampai umh pengantin,nk angkat ler dr kereta
Ker umh pesinggahan,ade sorang kakak ni 2 hantaran kat tgn dier……….
Salah satunyer sireh ler,jatuh tgolek sireh tu ke tanah ko tau!akak dgn kakak akak same2 histeria kat situ………..
Hahahhahaha udah ler payah nk buat sbb tgn xde seni,tibe2 lak jatuh tgolek….
Kakak akak siap pejam mate rapat2 takut nk tgk sireh tu..mujur ok……..xde cedera parah..hihihiiihi

ni akak attachkan pic hantaran akak.. ko comment tau.. akak tau ler ni 1st time akak buat.. tapi bagi akak ni pun dah puas hati sangat ni.. ko comment yer MENTOR KU..comment jer, akak tak kisah pedas atau tak,. sebb akak nak belajar dengan ko ni..

gitiew,... Mentor katanya..
so untuk tidak membuang masa meh sini mir comment tentang hantaran tersebut,..

** eh! ni bunga idup ker bunga plastik???** mesti bunga plastik kan.. untuk comment yang pertama,. gubahan ni menarik.. cuma jika buat gubahan telekong yang ada render,.. sila kurangkan hiasan render pada tepi bakul.. nanti nampak sarat sangat.. jika boleh bunga tu di letakkan di bahagian atas bakul.. supaya tidak menutup telekong tersebut.. tapi satu percubaan yang baik dan boleh di perbaiki


pic yang kedua ini : mir berpendapat.. jika reben di lilit pada sejadah sudah memadai.. sebb dah ada bunga.. dan jika boleh.. cari bunga yang sama jenis .. sebb ada 2 jenis bunga yang berlainan ..

ubah bunga tu.. heheheheh.. sebb hantaran tu tak nampak dah..

jika gubahan coklat.. elakkan penggunaan bakul yang besar,.. jika guna bakul.. lilitkan bunga pada tangkai.. **macam mana boleh ada bunga dalam coklat tu??**

mir rasa.. reben kertas itiew.. tak perlu ado.. dan kalau boleh..
just lilit satu line warna oren sajo pada handbag tu

mir rasa.. mesti tema u ols oren dan putih kan..??
andai guna bakul silver ni,, better jangan lilit.. render kat keliling dia..cukup ada bunga dah buah
mir rasa,, kalau letak buah oren dan anggur pun dah memadai
hantaran hampir sempurna.. cuma gugusan reben warna gold tu mana datang???

ohh.. ni ker sirih junjung yang tergolek tu?? heheheh,.. sirih ni lawa,.. canteq.. nampak segar.
mir tak nak sentuh bab jatuh.. tapi bagi mir.. kalau bakul tu di rendah kan skit,,. mungkin nampak mantap.. sebb kaki bakul tu tinggi sangat.. sebb tu sirih tu jatuh..
pada pendapat mir.. hope guna bakul yang bawah dia besar skit di bawah,.,. atau yang petak.. sebb ia lagi kukuh..
apa pun.. mir nak ucap tahniah pada kak nurul sebb tidak segan untuk belajar,, mungkin ni adalah gubahan yang pertama untuk beliau.. dan beliau tidak akan sia-siakan bakat yang ada,.. permulaan pertama memang janggal skit.. mir pun ambil masa untuk belajar tentang teknik gubahan yang betul..
kepada u ols.. yang sedang belajar atau mahu menghantar pic gubahan u ols untuk di kongsikan pada mir boleh juga.. email jer pada mohdamirulsyafique@yahoo.com
bukan apa.. mir pun nak belajar skit-skit gubahan yang u ols pandai.. kita sama-sama belajar untuk maju ke depan kan.. ingat ilmu bukan untuk di simpan..

Thursday, March 5, 2009

Yam Tanya : Mir Jawab

Alhamdulillah.. kenyang lunch tadi dengan si ija dan si yam..bbuuurrppppp!!! (sendawa)
Tapi tetiba jer mir Nampak email si yam masuk dalam mail box miru.. Tanya pasal budget untuk belanja kahwin,, motif bukak tajuk itiew??

Dia Tanya mir.. budget kawin berapa erk??? Laki aku nak buat budget ni.. maklum ler laki aku dinch pernah kawin lagi.. hik hik hik..( perlu ker cakap laki ko dinch kawin lagi.. kalau ko kata laki ko dinchde sedara mara yang belum kawin kan senang,,.. betui tak???...

Mir balas,..sila bukak blog.. jawapan ada di sediakan di sana.. merasa kan

So ini jawapan email nya,, yam jangan lupa baca perlahan-lahan na.. take ur time

Khas buat mereka yang nak kawin...
Yang dah kawin tu... pikir2 kalu nak kawin LAGI...
Ada kebenarannya..............!!!

Ok.. sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak kahwin. Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer mudah banyak persiapan yg perlu di aderkan... . ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihakKekadang tu pasangan dinch jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih dinch boleh agree with each other so they bergaduh and dinch lah jadi kahwin. So ader orang yg dinch jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah... untuk mereka yg dinch tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimaner sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersamer.

Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah kan**merasa**

Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

1. Kadi :At least 6 mths b4 the proposed nikah date u ols misti kener gi register kat jabatan, and biler u ols gi register u ols mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book... . jgn dua dua gi book plak.
kos kadi : RM80++
2. Kursus rumahtangger: Kener pergi... . kalau dinch pergi u ols dinchleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus... . whatever it is kan baik kalau u ols pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui.
kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)
3. Book Mak Andam:Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang pompan... .. pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six months misti nak book... later than that u might have a problem finding one... .. kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.
kos : RM1200 (tengok baju aper... kalau ader baju batman atau otromen (mungkin mahal sikit)
4. Photographer:Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau dinch u ols kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai... . dah pandai amek studio, dosi pandai amek outdoor.
Kos : RM800
5. Kompang / Hadrah,, ** hadrah katanya** Unless u ols nak pakai loktang dinchyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice.Kos :RM3006. Dekorasi blok dan pelamin Sekarang sudah canggih... kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal... . kalau dinch pun jadi macam lori cina mampos... . letak kacang samer kuaci sudah original beb... . tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern.
kos :RM1000
7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja
Tukang masak mesti ader beb... kalau takder camner owang nak makan? Lainlah kalau u ols buat majlis kat Mac Donald's.
Kos : RM7000 (tengok kepaler yg datang)
8. Kerete
Unless u ols nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter (*naik basikal bleh gaks..) Kalau nak sewa, kener lah sewa yg special punyer... Merc ke?... Jag ke?. kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan u ols besau abih sewa Kancil... ... sampai besok pun dinch leh masok!
Kos: RM300
9. DJ/Karaoke
Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band.At least 6 mths mesti nak kener book.
Kos :RM850 (dengan dinner sekali)
10. Berkat
Kira door gift lah.Yg biaser telur rebus owang kasi... tapi sekarang dah maju... diorang lagi kreatif... ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc. Kos : RM3000++
11. Miscellaneous
Perkara perkara kecik owang selalu overlook... perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan... ...
Kos : RM2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YG U OLS KENER KLUARKAN IALAH : RM17,110

Belom termasok hantaran lagi beb... u ols pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin... ... . SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal... . yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer... . Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga.Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2 bini.Dinch ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; dinch mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai... macam-macam story lagi.

Biasanya yang ledinch harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang ledinch harga; lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je.

Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah... u ols bacalah:-Sebab

1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-gala
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10. Anak pompan tu pun jenis ek... semacam jer

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-
1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu dinchpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenyek je."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member dinch cerewet."
2. "Dinchpelah. Kalau dinch boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang.korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun dinchpe. Anak pompan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya dinch kahwin-kahwin."

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan dinch abis punya; jawapannya :-
1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nah! Camni dinch nak lah. Dinch sama standard dengan kita punya expectation ler." 3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita dinch kasi pakai cash ler. u ols pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni u ols mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nah?"Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni kan u ols. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara u ols dengan family dalam hal ni.Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau dinch berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.

Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung dinch larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan.. bank rakyat... bank Islam... atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, 'loan bini',.. dinch tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah. Entahlah... . dunia... dunia... "

p/s: mir pun dinch tau nk ckp aper..tapi pada mir menda2 cmni pun ader betul ader salahnya..sajer post gurau2 hehe jgn marah yer org2 yg dh plan nak kawen? pesanan mir, mendirikan masjid tu pahle nyer bessaaarrr!Cewwaaahh!!! .. eemm penat dah menaip ni.. nak rehat kan jari japp...

so yam,.. dah ada keputusan ker???

Wednesday, February 18, 2009

Faizul soal : Mirul Jawab

Soalan faizul ( rujuk dari skirn box chating sebelah )
FAIZUL: berapa berat badan ideal untuk tinggi 168? saya pun tinggi 168cm
jawapan soalan tersebut :


Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Anda tahu tidak, bagaimana cara untuk mendapatkan berat badan yang ideal? Kalau anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

Tahap BMI yang sihat ialah antara 18.5 hingga kurang dari 25.

Sekiranya BMI u ols berada pada tahap
Apakah kedudukan berat badan u ols?
kurang dari 18.5 = kurang berat
18.5 hingga kurang dari 25 = Berat yang unggul / ideal
25 hingga kurang dari 30 = Berat yang berlebihan
30 atau lebih= Terlalu berat / obese

BMI hanya boleh digunakan untuk orang dewasa yang berumur 16-64 tahun. Ini adalah kerana golongan dewasa mempunyai saiz dan komposisi yang lebit stabil.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Obesiti

Monday, February 16, 2009

Email pelayar blogger kepada mirul

tadi mir check email.. dalam mohdamirulsyafique@yahoo.com



ada satu mail yang menarik perhatian mir ..mir gelarkan penghantar itiew adalah kak J( penghantar minta mir rahsiakan nama beliau )

dalam email tersebut .. kakak J menyatakan terima kasih kepada mir sebb sudi berkongsi pengalaman dan tunjuk ajar dalam blog yang mir buat ini.. beliau banyak mendapat idea dari blog mir .. ( alhamdulillah )



beliau sempat ler attachkan kepada mir 4 keping pic..

kata kak J.. idea ni dapat dari blog mir yang menggunakan bunga segar seperti rose untuk membuat sirih junjung,. kalau tak sure dia guna bunga plastik atau bunga cina mati.. ops!




beliau minta mir comment pic yang beliau hantarkan


so ini comment mir untuk beliau..





sirih junjung ni memang menarik.. tapi mirul berpendapat jika gunakan bunga rose satu warna atau 2 bunga saja sudah memadai.. kerana jika terlalu banyak warna .. takut lari konsep.. mirul lebih gemar kak J tidak menggunakan penggunaan bunga yang berlainan jenis terlalu banyak.. cukup sekadar 2 jenis bunga saja..

dan lipatan sirih di dasar bunga jangan terlalu "leper" bentukkan gulung sudah memadai.. jika terlalu leper.. nanti daun sirih akan cepat layu..

occay.. ini bekas cincin batal air sembahyang dia dia attachkan.... beliau mendapat idea ini dari bekas cincin yang mir buat berbentuk kereta kuda cinderalela katanya ..
padahal bekas cincin yang mir buat dulu adalah sepihan bunga-bunga yang tinggal sajo.. dan kak J telah berjaya menterjemahkan idea mirul dengan bergitu berkesan sekali

inspirasi diambil dari gubahan ini
comment mirul ialah.. memang MELETOPPPPPPP!!!


tuuu diaaa,. mir bagi markah penuh 10/10
mirul memang berharap sangat blog mirul akan menjadi sumber inspirasi kepada bakal pengantin atau pun orang lain yang ingin belajar cara membuat gubahan hantaran'
mirul juga berterima kasih kepada sesiapa yang sudi memberikan comment pada mirul atau sudi meng" email " pada mirul rekaan gubahan u ols
so u ols.. apa lagi.. sudi-sudi le hantar email pada mirul