Iklan

Saturday, November 7, 2009

Berdebar....


Gubahan Hantaran Mas Kahwin

HELOOO... amacam ari ni,, sihat ker.,. rindu kat mir tak? haaa,,, mati ler kena carut kan,, punya ler lama mir nak bagi nak masukkan entry gubahan Hantaran Duit Mas kahwin kan,, rasanya ade ler dalam sebulan mir bagi tau dulu nak kongsi cara buat gubahan duit mas kawin kan,, la ni baru ler mir berpeluang u ols,, sori sangat ambil masa yang lama,, maklum ler bz u ols,, mir ni bukan nya reti duk diam bagai kan,, bz memanjang,,

so ari ni seperti yang di janjikan,, mir nak ajar u ols cara-cara membuat gubahan duit mas kahwin,, mula2 mesti ada

  • duit,, bergantung pada berapa banyak u ols nak bagi,,
  • pastu dawai halus dan kasar
  • pelilit hijau,,
  • daun palsu,, kalau nak lebih vugi the vass letak daun betul ,,..hik hik hik
ok,,, untuk gubahan mas kahwin ni,, mir menggunakan Rm 80 hinggit tau,, mula-mula,, duit pihak pengantin nak beri ni sebanyak Note rm 10 x 8,, tapi kalau guna duit 8 keping jer,, pun boleh,, tapi tak meriah ler kan,, nanti dapat 2@3 kuntum jer,., so mir terus tukar duit tu kepada note Rm 1 hinggit.. hambek ko,, sekali selambak.. bukan guna magic occay,, gi tukar kat bank jer,, motiff mir ada magic ,, ingat mir mak esah ker?? tidak occay,, minta simpang,, kalau nak jadi mak esah,, awal-awal lagi mir dah bukak blog ajar u ols cara santau kan,, gitiew,,,

make sure duit yang korang nak guna tu menggunakan duit kertas ,,

mula-mula bentang kan duit tu macam ni,,
ambil lidi satay,, atau lidi cungkil gigi,, gulung kat hujung dia macam ni,,

buat pada semua bahagian tau,,laku kan dengan berhati-hati,,penuh sabar dan tawaduk serta tamakninnah

dah buat macam kat atas tu,, u ols terus kan stap ke 2 plak..

u ols,, ambil tengah-tengah duit tu,, u ols,, rapatkan macam ni

pastu kemaskan dengan dawai halus

so akan jadi macam ni,, ala-ala mangkuk gitiew,.
pastu cantumkan duit tadi yang bergulung hujung tu dengan hujung yang lain,, ia akan membentuk kudup macam ni,,,,

buat kelopak yang ala-ala mangkuk tengah tu banyak2,, pastu cantumkan kat bawah dia macam ni

buat banyak2,,, dan kemas kan kelopak dia macam ni

kalau nak buat besar,, luaskan kelopak ,,, boleh ubah-ubah
eemm kemas kan bawah dia,, lilitkan dengan pelilit hijau

letak daun

dah siap sekuntum,,

dari sekuntum,, cantum-cantum kan

past cantum jadi ler sejambak

eemm meriah kan.

eemm pastu kalau nak hias,, boleh hias,, so far mir hias dengan bunga gold,,
sebab tema dia gold

emm snap-snap

so macam mana u ols,, jangan lupa praktis occayy

Friday, November 6, 2009

Lets U ols menghitung Hari,,,,3 hari dari sekarang.


mati ler 2 entry ari ni kan,, eemm mir nak ajak u ols kira bilangan hari mula ari ni occay bermula dari 3 hari dari sekarang,,,,

sebenarnya mir nak ajak u ols mengiira dari minggu lepas,, tapi mir bz u ols ....ala-ala budak tabika yang baru belajar mengira hari kan,, tapi takut u ols muak plak,, yer lah u ols kan bijak laksana kan ,,

so tinggal lagi 3 hari jer,, mesti u ols nak tau kan,, apa yang akan berlaku selepas dari 3 hari dari sekarang kan?? tungguuu naa,,,,, ada benda yang mir nak citer ni,,

pasal gubahan hantaran duit mas kawin tu,, mir akan update dalam masa terdekat,, maaf buat u ols tertunggu,,, sabar tau,, muaahh,,, sayang korang

Mir Jadi Model???

hye uolsss..ape kabar?..sihat ker ari ni,,?...wahh tajuk entry tak hinggat kan,, mesti korang nak tau kan apa citer yang mir nak habaq kan,,
citer dia macam ni,,tadi kawan mir dapat email tentang gambar si model indon kan.. yang ada kes sensasi kan,, malas nak citer kes apa dia tu,, just nak citer pasal benda lain,, mir nengok model ni pose kemain lagi. . mir tak tau ler kawan mir dapat pic model ni kat mana u ols.. tapi mir tak kisah,, mir tetap nak tunjuk sesuatu kat u ols

Tp seram gak dengan pic dia itiew,,, mir dapat kesan yang gambar2 dalam tu pose2 model saling tak tumpah macam model yang sorang lagi ** siapa kah itiew u ols??,.dan yang pasti mir perhati saling tak tumpah macam pic mir dolu-dolu occayy.
so mir nak bagi pic untuk korang nengok..pastu korang nilaikan,, sama ada ada persamaan ker tak,, pic ni mir pernah ler tunjuk kat dalam web tagged mir u ols.,, pic lama u ols pic 2 tahun lepas lak tu,,

so tak mau cite panjang,, mir nak tunjuk kat u ols..pic model tu dan
ape pendapat korang...

ni ler pic model yang mir maksud kan,, cuba perhatikan pic ni

Haaa,, kan ke sama tu.,, hahahah jangan giller-giller occayy,,, kening berkait lagi tu,,pic ni masa raya 2 tahun lepas occay,, baju yang mir pakai ni ler yang bagi mir jadi juara baju meletop ari tu

Ada lagi u ols

Pose cakar ada muncung

Haaa,, sama tak yang tang muncung tu,,,

Cuba nengok yang ni plak

u see,,,, I tak propa occay,., ni pic zaman mir gajah 3 tahun lalu occay,,dah macam gajah mengandung sulung dah mir nengok pic ni,, aiyooo maluuuu,,,,tapi demi nak tunjuk bukti mir mir cakap benar,, mir rela u ols nengok pic gajah tengah berposing kat tepi laut,memang tak sedar diri gajah tu...

bukan yang tu jer,, ada lagi tau,,

Haaa,, nengokk..,.

pose termenung

sama tak??? makan hati dia nengok pic ni kan,, ahahahahaa

Siapa yang tiru siapa ni ,, adakah mir dan model itiew ada persamaan? Oh tidak u ols,, mir bukan orang indon occay,, warga Negara Malaysia,, Cuma kadang-kadang mir ada iras-iras muka orang korea skit tak ada langsung darah jawa dalam badan mir ,, so jangan nak buat speku kata mir sedara dengan dia.. never occayyy

Tapi yang best nyer,, ada satu pose yang saling tak tumpah posingnya,, nak nengok??.

Pose pandang belakanggg

ujung2...kau tak menangis tengok muka mir ,,.hey jangan gila2 tau...

yang penting mir takde baju menjolok mata macam kat atas tu,, kang tak pasal-pasal mak mir nengok pic dalam blog ni terus dia terajang muka mir,, jangan buat giler,, permaisuri Halijah kat selayang pandai karate u ols,,dulu masa mir kecik-kecik dulu,, mir pernah nampak permaisuri selayang tu karate lidi penyapu occayy...

takut pun ade gak .. maklum lah kalau orang nak sabotaj ni macam2 kan....so maknenya muka mir ni muka kormesial lah kan...

xpe lah mir sabar je..mane lah tau lepas ni elite agency amik mir jadi model Mereka... ahahahah..

korang bila lagi?

Apa pun no comment occayyyyyy don’t sentap sentap,,,

yang pasti mir tak tiru model tu dan mir tak kenal dia siapa occay,, dan yang pasti model tu pun tak kenal mir jugak hahahahaha,,,

Wednesday, November 4, 2009

Gubahan Mas Kahwin

u ols.. mir bz skit ari ni,, eemm nantikan entry akan datang tentang gubahan duit mas kahwin na,, tungguuu,,,,

Gubahan Sirih Junjung Biru

minggu lepas,, ** mati ler entry lama** mir dapat sms cari kak yas honey,, dia minta mir gubahkan satu gubahan sirih junjung untuk sepupu beliau,, mir tak berapa ingat di mana langsungnya majlis tersebut,, kebetulan mir masa tu tengah kelam kabut buat tempahan cup cake bos dan cheese tart,, so mir gigihkan juga ler siapkan satu gubahan tu,,lagi pun sepupu kak yas memang nak sangat mir buat gubahan sirih junjung untuk dia,, yang penting air tangan mir katanya,,dia tak nak orang lain,, dia tetap nak mir yang buat,, mir pasrah u ols,, yang penting pengantin happy kan,, kawin seumur hidup sekali kan,, so apa salah tunaikan permintaan dia

pada mula nya mir nak tolak ler permintaan kak yas tu sebb mir bz skit,, tapi nasib satu jer sebab yang lain semua kak yas dah siapkan gubah,, buat sendiri katanya,,belajar skit-skit dari blog mir kah?? ops!

kalau nak bunga warna biru ni selalu kena tempah siap kat kedai 2 ari sebelum ambil.. tapi mir dapat tempahan lewat kan,,dapat pun last minit

balik keje mir gi servy bagai ,, cari-cari ler bunga rose biru yang sesuai,, tapi dinch jumpa,, dari kul 1 tengahari,, sampai petang balik keje mir cari,, akhir nya mir jumpa,, pastu mir tempah ler sebb nak guna ari jumaat kan,,

so balik dari keje ari jumaat tu, mir gi ler kedai tu ambil,, tapi dinch ado u ols,, tokey kedai tu terlupa,, boley???

mir cuak ler ,, mana mir nak cekau bunga warna biru u ols,, yang ado pun warna unggu kan,,

so mir pusing2 ler cari kedai mana yang ada bunga biru,, so mir jumpa satu kedai ni,, alhamdulillah ada,, tapi mahal,, sekuntum Rm2.50 u ols,, tapi nak tak nak kena lah sauk sebb kak yas dah nak datang ambil gubahan sirih junjung tu malam tu juga,,

mir beli dalam 10 kuntum,, cina apek yang meniaga tu cekek darah,, tak bagi kurang,, so bayar jer ler,, pastu mir pusing2 cari bunga-bunga sampingan, , budget yang ado pun dah berkurang,, cari jer mana yang ado dan sesuai jer,,
kak yas dah pesan buat kecik pun tak per,, tapi bagi mir sirih junjung adalah benda penting dalam satu majlis perkahwinan,, so apa salah kalau mir buat besar skit kan

malam masa kak yas ambil sirih tu dengan adik dia yang hensem cute tu,, dia cukup puas hati,,,mir pun terharu gak dengar pujian dari dia,, terima kasih sangat sebab beri kepecayaan pada mir yer kak yas,,

so ini ler hasil nya,, hope kak yas suka dengan gubahan ni kan


untuk menimbulkan kelainan,, mir buat berjurai sirh dia,, ala-ala ekor burung merak heheheh


Monday, November 2, 2009

Tempahan Kak ila-Rawang

Thank kepada Kak Ila dari rawang sebb sudi oder kat mir Cheese Tart sebanyak 2 balang,, untuk pengetahuan u ols.,,. ni adalah telah kak ila kali ke 3 ,, dia bagai tau yang suami dan mertua dia amat suka biskut cheese tart ini.. alhamdulillah,,