wahh banyak tul yang duk sms mir tanya pasal gubahan,, tak kurang gak yang hina n cerca mir kata tak update dalam fb erkkk ,, sabar u ols,, bukan nak kata mir kekurangan idea,, tapi kebanyakkan gubahan hantaran mir ada segelintir yang tak bagi mir upload dalam blog,konon tak nak orang lain copy dan tiru gubahan diaorang, so mir hanya mengikut arahan saja..
so mir tak nak le membiarkan blog mir sendu tanpa sebarang berita kan,,, mir tetap akan update,, cuma setiap benda tu berlainan ler,,tapi u ols jangan salah faham lak kata mir tak mengambil tempahan lagi,, boleh lagi ,, cuma kena bagi tau mir tema ,, warna berapa dulang,, pastu kalau boleh budget,, mir akan cuba tengok mana yang termampu,,
occay,, kali ni mir nak cite skit pasal bunga telor,, atau pun gift yang korang leh bagi pada orang lain untuk buah tangan untuk salah satu kenduri korang,, cuma mir tunjuk skit-skit ler dulu kan,,pastu kalau korang kreative yang teramat,, leh ler kembang kan mana yang patut,,
occay,, bahan-bahan nya ::
polisterin berbentuk bulat
penebuk kertas ( yang ni mir pinjam kawan mir nya )
pelilit bunga,,
jarum peniti yang ada manik
dan kertas warna,, ( warna ikut suka ler )
lidi satay
kalau nak vasss letak reben ,,,( terpulang kalau nak )
amacam senang tak bahan nya,,
antara bahan yang mir guna |
mula-mula lilit lidi satay macam ni,,, warna pelilit ikut suka |
pastu ambik penebuk lubang berbentuk bunga,,, u ols tebuk banyak-banyak jadi macam ni.. pastu u ols leh cucuk jarum peniti di tengah dia,, pastu letak kan polisterin yang bulat tadi |
nak lagi kreatippppppp leh letak reben macam ni,, so leh ler bagi orang yang datang rumah korang tu kan,, kalau buh gantung-gantung lagi meletoppppp |
nak buat hiasan kat pastu pun boleh gak ,, |
so bunga tu jadi ala-ala bunga hydrangea ni heheheh |