Iklan

Showing posts with label gubahan bunga pahar a.k.a bunga telur. Show all posts
Showing posts with label gubahan bunga pahar a.k.a bunga telur. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Meh buat bunga telor Hydrangea

wahh banyak tul yang duk sms mir tanya pasal gubahan,, tak kurang gak yang hina n cerca mir kata tak update dalam fb erkkk ,, sabar u ols,, bukan nak kata mir kekurangan idea,, tapi kebanyakkan gubahan hantaran mir ada segelintir yang tak bagi mir upload dalam blog,konon tak nak orang lain copy dan tiru gubahan diaorang, so mir hanya mengikut arahan saja..

so mir tak nak le membiarkan blog mir sendu tanpa sebarang berita kan,,, mir tetap akan update,, cuma setiap benda tu berlainan ler,,tapi u ols jangan salah faham lak kata mir tak mengambil tempahan lagi,, boleh lagi ,, cuma kena bagi tau mir tema ,, warna berapa dulang,, pastu kalau boleh budget,, mir akan cuba tengok mana yang termampu,,

occay,, kali ni mir nak cite skit pasal bunga telor,, atau pun gift yang korang leh bagi pada orang lain untuk buah tangan untuk salah satu kenduri korang,, cuma mir tunjuk skit-skit ler dulu kan,,pastu kalau korang kreative yang teramat,, leh ler kembang kan mana yang patut,,

occay,, bahan-bahan nya ::

polisterin berbentuk bulat
penebuk kertas ( yang ni mir pinjam kawan mir nya )
pelilit bunga,, 
jarum peniti yang ada manik
dan kertas warna,, ( warna ikut suka ler )
lidi satay
kalau nak vasss letak reben ,,,( terpulang kalau nak )



amacam senang tak bahan nya,,

antara bahan yang mir guna
mula-mula lilit lidi satay macam ni,,, warna pelilit ikut suka
pastu ambik penebuk lubang berbentuk bunga,,, u ols tebuk banyak-banyak jadi macam ni.. pastu u ols leh cucuk jarum peniti di tengah dia,, pastu letak kan polisterin yang bulat tadi
pastu lidi tu u ols cucuk kat span bulat tadi jadi ler macam ni,,, senang kan,,,
kalau leh lidi tu letak skit gum panas ( glue gun) supaya tak tergolek dok apa bila di langgar,, pastu leh gantung telor,,kalau nak buat bunga telor ler,,
nak lagi kreatippppppp
leh letak reben macam ni,, so leh ler bagi orang yang datang rumah korang tu kan,,
kalau buh gantung-gantung lagi meletoppppp
nak buat hiasan kat pastu pun boleh gak ,,

so bunga tu jadi ala-ala bunga hydrangea ni heheheh
 okler mir nak gosok baju keje dah,, byeee,,,

Wednesday, May 23, 2012

BUNGA PAHAR :: BUNGA TISU

gigih ni kul 1.45 pagi lum tido lagi,, bukan apa,, mir sedang gentel bunga tisu yang orang tempah ni heheheh,,
2-3 ari ni ramai yang call dan email mir tanya tentang bunga pahar yang sedang mir usahakan,,, alhamdulillah,,  so tunggu mir update nanti erk,, mir just post project bunga tisu yang mir ngah wat ni je,, yang lain nanti mir sambung n cite






Saturday, May 19, 2012

BUNGA PAHAR :: BUNGA TISU ( ii )


pahar yang satu lagi,, juga 25 kuntum setiap satu pahar,,

kalau ada tempahan leh ler email atau call mir erk

yeayyy akhirnya siap gak bunga pahar yang di tempah,, seminggu mir gentel wat bunga ni,, berjaya gak mir siapkan hehehehe,,, apa leh buat u ols,, last minit tempahan kan

eemm baru-baru ni mir ada dapat email dari salah seorang pelangut blog mir,, cik asiah,, antara soalan beliau yang mir rasa agak releven untuk di kongsi ,,

Berapa kuntum yang seelokkan di gunakan pada satu-satu pahar??


asas pahar seramik

Jawapan mir :: selalunya ramai orang berfikir ,, kalau nak buat bunga pahar untuk di letakkan di atas pelamin mesti ada sebanyak 100 kuntum,, tapi kalau soalan ni di berikan kepada mir,, mir selalu menggalakkan pelanggan mir hanya beli sebanyak 50-60-70 kuntum sahaja .. kerana,. Tapak bunga pahar yang sekarang ni tak setahan seperti zaman dolu-dolu,,

zaman dolu ( masa mir kecik-kecik ) mir pernah nampak makcik, nenek mir guna batang pahar dari kayu dan ada juga jenis tembaga yang ala-ala peluru u ols,,tapi pahar jenis ni memang dah takde dah mir tengok orang guna,,sebab berat nak mati kalau nak alih kan,, tapi ada juga golongan yang guna batang pisang,, ye lah zaman dulu kan takde kedai bunga atau alatan membuat hantaran sangat kan.. so diaorang yang kretip tu gunakan batang pisang  sebagai asas pahar,,

zaman sekarang plak kebanyakkan asas pahar menggunakan seramik ( macam dalam pic atas ),, dan kalau diperhantikan ,, pahar jenis ni sangat ringan berbanding pahar kayu , batang pisang atau tembaga,,
pahar jenis seramik ni kalau di perhatikan design nya,,, selalu ada bentuk cutting ala-ala ratu cantek
( bentuk pinggang- macam pic atas juga )


 contoh bunga tisu nyang mir dah siapkan .. mir tak sempat nak snap pic tutorial buat bunga tisu ni,, tapi jangan risau,, mir ada tempahan yang lain,, so nanti mir snap erk,,, cuma u ols kena tunggu ler
selalu pahar jenis macam ni,, jenis tak tahan,, sebab kalau bahagian bawah pahar tersebut akan patah apabila di cucuk dengan bunga pahar yang banyak,, kena plak bunga pahar tu di letakkan telor,, lagi ler berat kan,, silap-silap boleh patah dua,, setiap pahar plak kita tak tau meterial yang di buat sebelum sampai ketangan kite,,

untuk makluman u ols selalu yang jenis seramik macam ni,, bahagian atas dia di perbuat dari polisterin,, pastu polisterin tu di salut dengan seramik bahagian luarnya,,, kena plak pahar jenis yang ni ada cutting ratu kebaya,,, so tak berapa kukuh ler,, kena plak polisterin yang diberi tu jenis keras ,, susah nak cucuk,, kang bila di tekan-tekan retak kat belah dalam plak,, so kena ler hati-hati kalau nak guna pahar yang jenis sekarang ni ye,,so kena hati-hati skit masa nak cucuk,, tapi kalau u ols nak guna bunga 100 kuntum pun boleh,,
cuma jangan ganaz-ganaz yer ,, bergantung pada budget,,

ni mir close up skit reben,, bunga, pastu ada aksesori skit ( bunga apa tah) boleh tahan mahal gak bunga kecik ni
ni yang dah siap,, salah satunya..
sesi cucuk
antara pahar yang dah siap,., tempahan 50 kuntum so satu pahar 25 kuntum


Tuesday, May 15, 2012

TEMPAHAN BUNGA TISU :: BUNGA PAHAR

sori sebab lama tak jenggah blog mir,,,Minggu ni banyak mir dapat call n sms tanya tentang gubahan,, alhamdulillah,, rezeki masih ada untuk mir,,  lagi pun mir bz ,, bz bukan sebab apa,.,. sebab menggentel bunga telor . a.k.a bunga pahar ..mir dapat tempatan bunga ni 2 minggu lepas,, so mir cuba le buat yang terbaik kan,, dan siapkan dalam minggu ni ,,, alhamdulillah dah siap 70 % ,, tinggal skit lagi ,,

entry kali ni takde apa nak tunjuk sangat sebab mir kena sambung balik gentel buat bunga telur,, saja nak update time mir rehat ni,, kalau nak tau lebih lanjut kena la tunggu entry yang akan datang erk,, mir just tunjuk skit jer dulu ari ni heheheh,, tunggu tau


bunga tisu yang mir dah siap gentel
sesi pasang reben
antara yang dah siap,, cuma lum tambah renda n kantung telor,, kalau tambah sure lagi rimbun
dah siap separuh,, tinggal separuh lagi,,
korang dah vote blog mir ke dalam pertandingan digi yang mir iklan kat belah kanan tu u ols?? kalau leh minta sokong mir erk,, hehehehe,,,

Saturday, February 18, 2012

Bunga Pahar plak ,,,

salam...

ni mir ngah taip laju-laju ni,, sebab mir sedang kejar masa nak gi hotel Pan Seri Pasific sempena ada even kawin kat PWTC minggu ni,,,

untuk entry kali ni,, mir nak sambung untuk buat bunga Pahar pulak,, entry ni merupakan sambungan entry minggu lepas ,, ingat tak entry yang mir buat gubahan hantaran bekas letak cincin/ gelang ari tu,,

untuk imbasan u ols ,, pengantin lelaki tersebut telah tempah 3 hantaran kat mir,, untuk mengikat syarat,, tempat letak duit mas kahwin ( entry akan datang mir akan tunjuk ), gubahan hantaran bekas letak cincin/gelang , dan yang terakhir bunga pahar,,

so untuk entry kali ni,, mir nak tunjuk cara buat gubahan bunga pahar,, yang menggunakan bunga dip

lets u ols,, kita nengok serba ringkas dan laju hehehehhe

untuk pengetahuan semua,, bunga pahar ni mir rakam pic guna hp sajooo heheheh so pic dia agak serba hanjeng skit heheheh





ni antara aksesori yang mir guna,, sori sebab tak sempat snap pic buat bunga rose dip tu sebab hp mir kehabisan bateri masa ngah buat n celup dip tu,, tapi stap buat bunga rose tu sama dengan stap mir buat gubahan hantaran bunga telor abang mir tahun lepas,,, so nanti u ols baca entry yang terdahulu yer,,




yang ni kelopak bunga rose yang mir dah cantum,,, ( sila buat-buat tak nampak tangan mir yang makin menggajah tu yer)


pastu cantumkan dengan lidi sate yang panjang,, u ols,,,


yang ni plak daun dia u ols,,, cantum kan jadi macam ni


pastu mir lilitkan skit dengan riben kat bawah dia bagi rimbun gitiew,, baru le vavavooommm ,, kalau tak nampak kosong n kejung je bunga tu,, yang penting jangan kedekut kuar budget kalau nak lawa,,



pastu mir cantumkan daun plak kat bawah dia,, di sebabkan kesuntukan masa yang amat ,, mir buat bunga n 2 lagi gubahan tu ambik masa seminggu je,, so bayangkan ler kesuntukan masa mir macam mana kan,, so bunga yang ada tu mir buat tak berapa rimbun sangat ,, mengikut budget yang ada hehehhe. kalau masa yang ada lagi panjang mungkin lagi meriah kann,,, tapi tak nak ler over shadow dari bunga pahar pihak perempuan plak,, kang segan plak pihak pengantin pompuan tu sebab hantaran pihak lelaki lagi meletop kan,,



past dah siap tu,,. u ols ulang stap atas tu banyak kali


ingat yer,,ulang banyak kali hehehehe





Taaaa,,, rraaaaa,,, dah siapppp.....




k ler u ols,, mir dah lambat dah ni,, patut mir dah gerak dari tadi,, tapi still mengadap pc lak,, kang mengamuk plak pihak sebelah sana hehhehe,,,




jumpa lagiii