Iklan

Showing posts with label fresh flower. Show all posts
Showing posts with label fresh flower. Show all posts

Friday, June 1, 2012

9 Dulang Gubahan Fresh Flower

 semalam mir ada tunjukkan step ringkas wat gubahan yang di tempah oleh puan Yati,, kebetulan puan yati minta mir buatkan gubahan tersebut ringkas sahaja bagi memenuhi syarat majlis jer,, so mir buat seperti yang di bincangkan,,

untuk makluman,, barang yang di beri oleh puan Yati mir dapat di saat akhir iaitu 1 hari sebelum majlis,, so barang tu mir tak sempat nak prepair sangat,, so mir buat mana yang terdaya jer,,Hope puan Yati suka dengan hasil kerja tangan mir
antara dulang yang dah siap digubah
gubahan kasut
gubahan wallet
Gubahan hantaran pencuci muka
gubahan hantaran kain pelikat,, mir tak gubah kain ni,, sebab mir nak kekalkan standart gubahan fresh flower ,, kalau mir gubah dah jadi tradisional plak kan
gubahan hantaran jam tangan

gubahan hantaran seluar jeans
gubahan hantaran baju,, disebab kan puan yati dah nikah awal-awal so dia hadiahkan baju untuk suami nya ,, so tak perlu hantar kain pasang dah kan,,
puan yati minta mir buat 2 gubahan kosong untuk beliau letak sejadah,, pastu barang-barang lain,, 
antara gubahan yang dah siap

Thursday, May 31, 2012

9 Dulang fresh flower ( tempahan dari setapak )

Ari ni mir nak update entry sambungan gubahan 9dulang,, ramai yang duk masg mir minta update cepat kan,, sabar yer,, banyak benda yang mir tengah uruskan hehehe,,, kena plak tempahan bunga telor makin bertambah,, mir plak duk belajar buat bunga telor yang lain,, maklum ler mir jarang buat bunga telor kan,,

ok le mir tak tau nak cite banyak,, mir just leh tunjuk pic je dulu,, yang lebih-lebih nanti mir cite kemudian,, sebab entry kali ni pic dia banyak skit,,kang tak sempat nak upload plak,, ops! lupa nak cite,, gubahan kali ni bertemakan Unggu + Pink , gubahan pihak perempuan ke pihak lelaki,, kebetulan gubahan ni mir dapat last minit tempahan,, kena plak mir keje dalam minggu tu, tak banyak perbincangan yang mir buatm, just dapat tema,, dan barang ( barang pun dapat 1 hari sebelum majlis hehehehe ) so banyak benda yang mir tak dapat nak fikir,, selalu mir cadangkan barang dapat seminggu sebelum majlis kerana senang mir nak fikir design yang sesuai,, bentuk gubahan,, bunga yang macam mana,, tp disebab kan masing-masing bz dengan kerja,, mir hanya mampu buat yang termampu,, nasib baik puan Yati berpuas hati,, yang best nya dia suruh mir buat ringkas-ringkas je,,

untuk gubahan kali ni menggunakan fresh flower,, so mir guna span basah yang mir dah potong besar macam ni
ok,, ramai yang tanya mir,, kalau kita gubah kat dulang macam mana nak letak span basah kan,, untuk menjawab soalan tu,, mula-mula span basah mesti di balutkan bahagian bawah ( guna aluminium foil ),, pastu kalau dulang u ols mengengkung macam dulang mir,, u ols kena la ikat supaya tak bergerak-gerak 
so mulakan dengan bunga besar dulu
mir guna bunga rose,, di sebab kan majlis nya start kul 11 pagi,, so boleh la gubah waktu malam
pastu baru kita letak bunga kecik-kecik,, tujuannya,, bunga kecik tu boleh cover span basah dan membentukan gubahan tersebut
sambil-sambil nak gubah,, bunga rose pun macam nak kembang jer hehehe,,mir mix dengan bunga daisy,, kekwa,, yellow peacock,, pastu bunga apa tah,, tapi disebab kan mir beli bunga tu ari jumaat,, kebanyakkan bunga kat kedai tu banyak yang dah habis, so mir sauk jer mana yang ada 
past gubah,, letak atas dulang,, kita nengok keseimbangan gubahan tu
 sori yer mir tak dapat nak cite lebih sebab mir kena gi KLsentral ambil ticket flight plak,, nanti balik mir sambung yer,, housmate dah bebel dah tu,,

Saturday, May 26, 2012

Tempahan Gubahan 9 dulang

maaf,, BZ ari ni,, u ols tengok pic je erk,, nanti mir update lagi heheheh


tunggu tau...... nanti mir update

Friday, May 25, 2012

Gubahan RED Fresh Flower dan tips

hai sihat ker,, dah makan ke u ols,, mir gigih gak update blog mir yang mana yang termampu ,, mir agak bz skit minggu ni,, tapi bz-bz mir masih boleh terima gubahan hantaran lagi yer ,, ramai yang ingat mir sentiasa bz sampai tak dapat nak terima gubahan lagi ,, mir bz sebab banyak benda yang mir uruskan sendiri,, dari jumpa client,, pemilihan meterial dan segalanya heheh,, tu yang mir kadang-kadang sempat jenggah blog dan email sesekali jer,, tu pun nasib mir guna hp bb ,, so agak senang mir belek email yang u ols send kat mir,,,

so entry kali ni mir nak tunjukkan gubahan dan tips untuk gubah ..rasanya mir tak perlu nak tunjukkan tutorial cara nak gubah kot sebab entry sebelum ni mir dah pernah tunjuk hehehe ( mati le alasan jer,,, malas nak snap pic )

gubahan buah
tips :: kalau buah anggur di galakkan sapu minyak masak skit di sekitar buah tersebut,, supaya nampak segar,,
kalau guna buah apel hijau di galakkan cuci dengan air biasa saja,, kemudian dengan minyak sikit supaya kulit yang hijau tu tak lebam sangat,, kadang-kadang kita pergi pasar,, buah selalu orang akan picit-picit sebelum masuk dedalam raga/bakul so mir tak berapa galakkan basuh atau rendam menggunakan air garam
gubahan hantaran baju / kain pasang

selalu mir nengok atau customer yang send barang kat mir mesti pilih kain yang sama tema dengan majlis,, contoh,, kalau tema warna pink,, sejadah mesti nak send pink,, butang pink,, kain pelekat pink,, adooiiii,, kadang-kadang mir lak yang pening macam mana nak tonjolkan gubahan jenis yang macam tu,, sebab kalau dah semua pink ,, dah tak nampak meterial apa yang nk di terjemahkan dalam sesebuah gubahan,, so lepas ni cuba cari kain yang sesuai,, contoh,, gubahan yang mir tunjukkan ni,, tema dia ,, gold + pink,, so barang biar semua ada tema gold,, tapi mir akan mix kan dengan sentubahan bunga warna pink yang agak sesuai dengan tema,, so gubahan tersebut nampak exclusive kan,,,
gubahan sirih junjung,,,

Tips : kalau boleh gubah sebelum nak send gubahan tu,, sebab daun sirih yang di hantar tidak dicucuk pada span basah,, so daun sirih akan mudah terhidrat,,, dan layu,,,
gubahan coklat

mir tak berapa menggalakkan menggunakan coklat berlainan jenis yang terlalu banyak,, ada sesetengah penggubah hantaran  menggunakan coklat yang kalau boleh nak sama warna dengan tema,, contoh kalau gubahan tema warna biru,, ramai yang akan beli coklat cadburry la apa la,, janji warna tetap biru kan,, kalau boleh kurangkan penggunaan warna macam tu yer sebab coklat tu akan tenggelam 



Friday, April 13, 2012

Gubahan Hantaran Sirih Junjung + Pulut Kuning

Ari ni mir cuba settle kan entry yang dah lama sangat bersambung,, untuk entry ari ni mir nak cite tentang Gubahan Hantaran Sirih Junjung dan Pulut Kuning,,,

sebelum mir nak masuk entry sirih junjung mir nak jawab soalan yang di tanya pada ruangan comment di entry yang sebelum ni


Anonymous said...




salam,

bestnye membaca your blog and post tuk cara mengubah ni sgt best!
Hope u boleh bagi lebih bnyk tutorials so that kita b2b ni dapat DIY..

Oh ya, tentang span bunga tu xyah gam ke kat bantal.. nanti terjatuh plak??

Harap u can answer my question.. Thanks! Keep up the good work!



Jawapan mir ::  span basah yang mir gunakan hendak lak di cucuk skit dengan jarum peniti pada sekeliling span tu,,, peniti tu akan mengemaskan kedudukan span tersebut dan mengelakkan gubahan bunga tu dari terjatuh tersungkur huhuhuh,,, mir mencadangkan gunakan jarum peniti yang ada bijik manik diatasnya  ,, zaman dolu-dolu orang cukup suka guna peniti ni untuk cucuk kat kepala,, tapi jarum peniti ni jenis ni agak sukar di temui sekarang ni .. biasa kalau gi kedai alatan jahit ada jual,, tapi kalau tokey dia cina,, tapi kalau gi kedai india agak susah  nak cari,, benda ni pun boleh didapati di pasar malam,, cuba cari erk..

tujuan menggunakan jarum peniti ni bukan apa u ols,.  andai span basah u ols tu di langgar garuda ( tersepak / terlanggar )  ,, atau tersadung di atas dulang,, bunga u ols masih terletak kemas skit, takde la cedera parah lagi gubahan tu hehehhe,, dan span tersebut paling kurang pun tertanggal skit dari bantal yang u ols cucuk tu,, disebabkan kepala manik dia,, kalau guna peniti jarum biasa yang takde kepala tu pun boleh gak,, cuma kalau guna yang jenis ni lagi terjamin,, jarum dia lak panjang skit dari yang jarum besi biasa tu,, tak caya gi le ukur,, hehehehe
hope jawapan tersebut membantu u ols,, harus ler lepas ni jarum peniti ni bertambah laris di pasaran kan,, maklum ler dulu orang duk pandang sepi jer jarum jenis ni hehehehe.. thank kepada blogger yang bertanya tu erk,, sori sangat sebab mir tak citer dalam entry yang sebelum ni,,

ok kita sambung balik entry yang mir nak cite ni,,,
untuk gubahan sirih junjung ,, mir jarang gak guna Pinang,, Gambir dan kapur dan termasuk bunga cengkih untuk gubahan mir,, sebab kalau hantar pun bukan ada orang nak makan pun,, zaman mak abah mir dulu mungkin yer kena makan,, la ni semua tak makan sirih dah,,, betul tak ,, tapi housemate mir nak jugak benda tu di letakkan dalam gubahan kali ni,, so untuk entry ni kira special skit le kan ,, tapi yang tak best nya,, mir duk ler cari file pic gambar bunga pinang , gambir , dan kapur dalam pc ni,, tapi Nan ADO u ols,, dah terdelete gamak nya,, so nasib baik ada skit lagi pic bunga yang terselamat kat dalam hp mir ni,, so u ols just boleh nengok bunga yang dah siap je erk ,,, so meh ler kita berkenalan dengan cik pinang kite ni,,, hehehe

ni le bunga rose versi buah pinang,,, mir dah siap cantum dah ,, entah mana tak pic yang banyak-banyak mir snap minggu lepas,, dah ilang dalam simpanan dah,,, puas mir cari,,
ni mir zoom bagi dekat skit,, bagi u ols semua terliur nengok,, kalau nak tempah ,, boleh,, rm 7 hinggit satu,, tapi kena bgi tau awal-awal ler sebab mir kadang-kadang bz dengan kerjaya yang satu lagi heheheh
ni lak pic bunga kapur,,, nak buat punya ler payah,, sampai pecah-pecah tangan di buat nya,, yang coklat tu gambir,, mir tambah kan skit kapur bagi jadi macam tu
yang ni plak versi bunga rose,,,,
ni jelah pic yang ado kan,, yang lain tu entah mana tak di buang nyaaa

ok untuk gubahan sirih junjung kali ni,, mir tak guna bakul,, so kali ni mir plan nak guna vase kaca,, kalau takde vase ni pun tak per,, cuma kali ni mir nak seragam kan dengan gubahan coklat .. gubahan bunga rampai ,, sebab 2-2 gubahan ni menggunakan bekas kaca kan,,

ok,, span basah ni,, mir letakkan dalam vase kaca ni,, mir potong tinggi skit dari saiz vase tu,, supaya gubahan mir tak tenggelam sangat nanti
di sebab kan vase u dah berat,, ditambah plak dengan berat span basah tu,, mir tak gam vase ni atas bantal tu,, yang ni just untuk tengok keseimbangan gubahan tu nanti,,, span basah tu mir potong kecil kan skit,, untuk beri ruang dalam vase tu,, ruang tersebut adalah untuk letak daun sirih kat belah tepi span tu ,,,
pastu mir ambil sehelai daun sirih,, mir gulung kan jadi macam ni,,
masa gulung jangan di stapler yer daun tu,,, supaya daun tu tak layu,, just guna soletape je kat bahagian bawah dia

ingat tak tadi mir kata mir potong span tersebut sedikit kecik dari saiz vase tu,,, tujuan nya adalah untuk letak daun sirih pada sekeliling span basah tersebut dan dapat lindung ler span tu dari padangan u ols
buat kemas-kemas yer,, ada gak housmate mir cadang letak daun mengkuang ,, lilit kan pada sekeliling vase tu,, tapi mir tak cukup budget u ols, heheheh..
pastu mir mulakan sesi menghias pastu sirih junjung itiew dengan cucuk bunga lilly di atas nya,, sila abaikan kulit tangan mir yang dah itam tu yer,, maklum ler kesan  sunburn mandi laut tak habis lagi heheheh dah macam tangan keling lak mir nengok ahak !

pastu mir tambah bunga,,,, bunga rose,,, daun dan bunga pinang + gambir + kapur
so jadi ler macam ni haaa,,, tarrrraaaaaa....
haaahh, ni sesi bubuh sirih junjung tu atas dulang nak nengok center ke tak,, heheheh
Amacam,, ok tak sirih junjung kali ni,, menyerlah kan bunga pinang mir tu hehhehe


yang ni plak hasil kerja housmate mir,, dia yang wat gubahan coklat ni,, semua coklat ni dia sponser,, coklat mahal tu,, walaupun nampak sikit dan cenonet jer,, tapi bila mir nengok bil dia ya ampunn,,, coklat tu jer rm 240.00 u ols,,, bertuah nya tekak dapat makan,, dan mir dah kebas sebijik coklat bijik bulat-bulat tu tanpa dia sedar hahahah,,,
ampun sedappp ya rabbi ,,,, walaupun hasil gubahan dia wat mir sakit jiwa hahahaha,,, mati ler kena maki kalau dia baca entry kali ni hahahahahahah 
ni le hasil kerja housmate mir,, bunga tu mir yang gubah,, dia gubah coklat tu jer,,, chanteq tak
( sambil letak kedua-dua tangan atas bahu ,, dan anak mata pandang atas )
hahahaha
yang ni mir dapat buah anggur dari tuan rumah masa mir send hantaran kat rumah dia,, buah ni baru kuar dari peti sejuk hehehe,, sepatut nya mir suruh beli buah anggur warna hijau,, tapi anak dia kata takde ijau,, ada warna merah jer,, tapi dah ok ler tu dari takde kan
kalau anggur ni di letakkan di luar peti ais lagi lama lagi bagus supaya kesan frozen nya cepat hilang dan anggur tu nampak bercahaya,, tapi tuan rumah beli lewat ,, maklum ler banyak benda nak di uruskan
yang ni sebelum persiapan  gubahan masa mir nak send kat rumah bakal tunang anak buah housmate mir,, dah macam dalam taman dah mir nengok rumah mir heheheheh
ambik pic lagi,, buat kali terakhir sebelum di angkut ke rumah tuan punya badan hehehe
yang ni gubahan pulut kuning,, pulut kuning ni mir buat bentuk bulat jer,, pastu mir letak mangkuk kristal yang di berikan oleh tuan rumah di bahagian tengah,, untuk tidak bagi pulut kuning ni nampak sepi,, mir letak hirisan daun kunyit sebagai hiasan dan bunga di sekeliling nya bagi nampak vass,,
chanteq kan,, sejuk jer mata memandang hehehe,, sila abaikan hp bb mir yang murah ituew yer,,, hehehe
mir tak berapa gemar sangat kalau orang buat gubahan pulut kuning pastu letak cream kek kat tepi dia wat hiasan,, motiff sangat kan? ada ler mir nengok gubahan hantaran pulut kuning ,, pastu buat bentuk kek,, dan hias guna icing cream di sekelilinya,, kadang-kadang mir rasa kesian lak dengan orang yang tempah tu,,, tapi lain orang lain pandangan dan cite rasa kan,,, cuma ini pendapat mir jer,,


sesi  akhir pic yang mir sempat snap,, dari pihak tuan rumah,,


P/s :: tuan rumah ada bagi pic hantaran yang meletop kat mir,, tapi mir tak leh upload lak dalam ni,, sebab saiz pic dia besar sangat hehehehe,, so u ols nengok le la pic yang ada ni kan, hehehehe