Iklan

Showing posts with label gubahan hantaran. Show all posts
Showing posts with label gubahan hantaran. Show all posts

Monday, September 3, 2012

Tempahan Gubahan Pn Zainab ( Melaka )

Salam,,, wah banyak masg yang mir terima baru-baru ni,, thank pada rakan blogger yang menyokong mir dari belakang,, tq,, tqq,,,so mir tak leh nak berbual panjang lebar,, mir just nak update kan gubahan hantaran yang mir dapat siapkan baru-baru ni masa Merdeka ari tu,, disebabkan banyak kedai yang menjual barang-barang bunga dan aksesori yang masih tutup,, so jalan penyelesaian nya,, kena cari idea yang baru,, kebetulan tema yang mir terima adalah warna ungu ,, so mir kena fikir betul-betul gubahan kali ni supaya memberi kelainan dari gubahan sebelum ni

Banyak gubahan yang mir terima baru-baru ni semuanya yang mir rasa agak berani warna yang di berikan,, contoh warna biru turquoise,, Merah darah ,, Hitam,,, coklat,, memang pada dasar nampak macam simple,, tapi bagi yang mengubahnya,, sangat ler memeningkan kepala,, bunga untuk hiasan bagi jenis yang berwarna seperti tu tak banyak yang menarik di pasaran,, sebagai pengubah hantaran kena fikir solution lain,, kadang-kadang berhari-hari kena fikir,, contoh paling dekat,, tema ungu yang mir terima dari cik Zainab ( sekarang ni Puan )

walaupun tema yang mir terima dah banyak orang buat,, tapi untuk musim raya ni,, rasanya mencabar sangat,, bukan apa,, ramai yang wat majlis lepas raya,, so banyak bunga yang takde ,, yang ada
buruk-buruk jer ,,pastu mahal lak tu,, budget pun kena fikir gak,,

ada orang kata,, kalau gubah sendiri lebih murah .. bagi mir ada yang boleh kata YA,, dan ada yang mir leh kata TIDAK,, contohnya yang mir alami selama ni,, kadang-kadang mir beli barang pun over budget,, tapi mir faham,, itu la risiko yang mir kena pikul,, terus terang,, bunga yang kecik-kecik di pasaran pun dah mencekik darah,, belum masuk riben lagi,, kadang-kadang riben yang nak digunakan semeter Rm 7 hinggit,, tu baru satu riben utk satu dulang,, kalau kena berdulang-dulang,, alamatnya,, kena kira balik le budget , tu belum masuk bunga besar sebagai tambahan,, cuba u ols semua pergi survay bunga dada yang ada di pasaran,, ada yang rm 7 hinggit,, paling murah rm 3.50 satu,, tapi kalau satu gubahan takkan nak letak sekuntum je,, paling kurang 5 atau 7 kan,, belum masuk riben lain,, kalau ada aksesori,, bantal,, sangkar,, diamond,, so benda tu semua di ambik kira

Dulu.. zaman akak mir kawin,, ( 10 tahun lalu ) barang yang ada kat pasaran tak semahal sekarang,, tapi nak buat macam mana,, zaman berubahkan,, Terus terang ada yang masg mir minta qoutation harga yang mir ambil untuk satu-satu gubahan ,, contoh mir letak Rm 55 satu dulang,, dia kata mahal,, tapi mir rasa itu harga yang paling rendah mir letak,, mir pernah tanya kawan mir yang ambik gubahan dia kedai satu dulang rm 150.00 hinggit orang tu charge untuk satu gubahan,, ada juga yang ambil rm200 hinggit untuk 2 dulang yang dah siap digubah,,, tapi pada dasarnya,, mir ambil kira semua kos,, bunga kecil sampai bunga besar,,

so jom kita berdoa  ,, hope kerajaan yang ado sekarang ni buat kedai hantaran 1 Malaysia plak heheh,, harus ler gubahan u ols lebih subsidi past ni heheheh

ok ,, mir nak sambung gubahan Pn Zainab yang mir gubah baru-baru ni,, tema Ungu,,,
di sebabkan bunga ungu di pasaran agak sedih,, mir ambil solution memilih bunga orkid ungu sebagai penyelesaian,,kebetulan zainab nak sebanyak 15 dulang gubahan,, dan tambahan sebanyak 13 dulang untuk suami beliau,, ( suami beliau adalah encik HUSNI - sila lihat entry sebelum ni ) so semua sekali 28 dulang mir terima,, : ).. Pn Zai nak mir gubah seringkas yang boleh,, sesuai dengan budget dia ,, so ni le hasilnya

1st,, mengikut tema,, kak zai nak warna putih + unggu,, tapi budget yang ada tak memberansangkan,, so mir terpaksa guna barang yang mir ada,, supaya boleh mix kan dengan budget yang ada,
1st mir cuba mix kan bantal gubahan yang mir ada,, putih gading ( gubahan mek sue ari tu )
so mir gunakan dulang yang adoo
pandangan dulang yang nak di gubah
ni le bunga orkid yang mir pilih,, mir pilih bunga yang seakan-akan bunga yang sebenar,, dan harganya boleh tahan,, tapi ni je bunga yang mir rasa lawa pada pandangan mata,, ada bunga rose warna ungu yang ada nampak macam plastik sangat,, so mir rasa bunga ni je yang boleh bantu menaikan seri gubahan tu
1st mir susun bunga yang ada atas dulang,, pastu mir gam,,
mir match kan dengan rose + hydrangea yang sepadan,, mula-mula mir nak match kan dengan warna putih,, tapi bila letak atas dulang,, rasa macam pucat sangat,, so kena rombak balik gubahan ni,, kena lari gi kedai beli bunga lain heheh
pastu susun bagi rapat,,
ni pandangan sisi sewaktu proses gam
touch up apa yang perlu,, bagi nampak bentuk
dah siap,,, so gubahan tu sepatutnya akan jadi macam ni,,,
ini antara barang yang sempat zai send pada mir,,, di kelilingi dengan bunga ,, ala-ala taman heheh
pandangan depan gubahan yang mir susun
yang ni plak gubahan untuk letak towel
mir buat seringkas yang boleh supaya tak nampak sarat didalam dulang yang ada
pandangan penuh selepas touch up
so ni antara dulang yang lain mir kena siapkan,, sebanyak 11 dulang kosong hehhee sebab barang gubahan tidak diberi,, pn zai kata nak letak masa majlis nanti,, so mir gubah dulang kosong je
antara yang siap di gubah untuk di bawa ke melaka
proses touch up
antara yang dah siap

Thursday, May 31, 2012

9 Dulang fresh flower ( tempahan dari setapak )

Ari ni mir nak update entry sambungan gubahan 9dulang,, ramai yang duk masg mir minta update cepat kan,, sabar yer,, banyak benda yang mir tengah uruskan hehehe,,, kena plak tempahan bunga telor makin bertambah,, mir plak duk belajar buat bunga telor yang lain,, maklum ler mir jarang buat bunga telor kan,,

ok le mir tak tau nak cite banyak,, mir just leh tunjuk pic je dulu,, yang lebih-lebih nanti mir cite kemudian,, sebab entry kali ni pic dia banyak skit,,kang tak sempat nak upload plak,, ops! lupa nak cite,, gubahan kali ni bertemakan Unggu + Pink , gubahan pihak perempuan ke pihak lelaki,, kebetulan gubahan ni mir dapat last minit tempahan,, kena plak mir keje dalam minggu tu, tak banyak perbincangan yang mir buatm, just dapat tema,, dan barang ( barang pun dapat 1 hari sebelum majlis hehehehe ) so banyak benda yang mir tak dapat nak fikir,, selalu mir cadangkan barang dapat seminggu sebelum majlis kerana senang mir nak fikir design yang sesuai,, bentuk gubahan,, bunga yang macam mana,, tp disebab kan masing-masing bz dengan kerja,, mir hanya mampu buat yang termampu,, nasib baik puan Yati berpuas hati,, yang best nya dia suruh mir buat ringkas-ringkas je,,

untuk gubahan kali ni menggunakan fresh flower,, so mir guna span basah yang mir dah potong besar macam ni
ok,, ramai yang tanya mir,, kalau kita gubah kat dulang macam mana nak letak span basah kan,, untuk menjawab soalan tu,, mula-mula span basah mesti di balutkan bahagian bawah ( guna aluminium foil ),, pastu kalau dulang u ols mengengkung macam dulang mir,, u ols kena la ikat supaya tak bergerak-gerak 
so mulakan dengan bunga besar dulu
mir guna bunga rose,, di sebab kan majlis nya start kul 11 pagi,, so boleh la gubah waktu malam
pastu baru kita letak bunga kecik-kecik,, tujuannya,, bunga kecik tu boleh cover span basah dan membentukan gubahan tersebut
sambil-sambil nak gubah,, bunga rose pun macam nak kembang jer hehehe,,mir mix dengan bunga daisy,, kekwa,, yellow peacock,, pastu bunga apa tah,, tapi disebab kan mir beli bunga tu ari jumaat,, kebanyakkan bunga kat kedai tu banyak yang dah habis, so mir sauk jer mana yang ada 
past gubah,, letak atas dulang,, kita nengok keseimbangan gubahan tu
 sori yer mir tak dapat nak cite lebih sebab mir kena gi KLsentral ambil ticket flight plak,, nanti balik mir sambung yer,, housmate dah bebel dah tu,,

Saturday, May 26, 2012

Tempahan Gubahan 9 dulang

maaf,, BZ ari ni,, u ols tengok pic je erk,, nanti mir update lagi heheheh


tunggu tau...... nanti mir update

Friday, May 25, 2012

Gubahan RED Fresh Flower dan tips

hai sihat ker,, dah makan ke u ols,, mir gigih gak update blog mir yang mana yang termampu ,, mir agak bz skit minggu ni,, tapi bz-bz mir masih boleh terima gubahan hantaran lagi yer ,, ramai yang ingat mir sentiasa bz sampai tak dapat nak terima gubahan lagi ,, mir bz sebab banyak benda yang mir uruskan sendiri,, dari jumpa client,, pemilihan meterial dan segalanya heheh,, tu yang mir kadang-kadang sempat jenggah blog dan email sesekali jer,, tu pun nasib mir guna hp bb ,, so agak senang mir belek email yang u ols send kat mir,,,

so entry kali ni mir nak tunjukkan gubahan dan tips untuk gubah ..rasanya mir tak perlu nak tunjukkan tutorial cara nak gubah kot sebab entry sebelum ni mir dah pernah tunjuk hehehe ( mati le alasan jer,,, malas nak snap pic )

gubahan buah
tips :: kalau buah anggur di galakkan sapu minyak masak skit di sekitar buah tersebut,, supaya nampak segar,,
kalau guna buah apel hijau di galakkan cuci dengan air biasa saja,, kemudian dengan minyak sikit supaya kulit yang hijau tu tak lebam sangat,, kadang-kadang kita pergi pasar,, buah selalu orang akan picit-picit sebelum masuk dedalam raga/bakul so mir tak berapa galakkan basuh atau rendam menggunakan air garam
gubahan hantaran baju / kain pasang

selalu mir nengok atau customer yang send barang kat mir mesti pilih kain yang sama tema dengan majlis,, contoh,, kalau tema warna pink,, sejadah mesti nak send pink,, butang pink,, kain pelekat pink,, adooiiii,, kadang-kadang mir lak yang pening macam mana nak tonjolkan gubahan jenis yang macam tu,, sebab kalau dah semua pink ,, dah tak nampak meterial apa yang nk di terjemahkan dalam sesebuah gubahan,, so lepas ni cuba cari kain yang sesuai,, contoh,, gubahan yang mir tunjukkan ni,, tema dia ,, gold + pink,, so barang biar semua ada tema gold,, tapi mir akan mix kan dengan sentubahan bunga warna pink yang agak sesuai dengan tema,, so gubahan tersebut nampak exclusive kan,,,
gubahan sirih junjung,,,

Tips : kalau boleh gubah sebelum nak send gubahan tu,, sebab daun sirih yang di hantar tidak dicucuk pada span basah,, so daun sirih akan mudah terhidrat,,, dan layu,,,
gubahan coklat

mir tak berapa menggalakkan menggunakan coklat berlainan jenis yang terlalu banyak,, ada sesetengah penggubah hantaran  menggunakan coklat yang kalau boleh nak sama warna dengan tema,, contoh kalau gubahan tema warna biru,, ramai yang akan beli coklat cadburry la apa la,, janji warna tetap biru kan,, kalau boleh kurangkan penggunaan warna macam tu yer sebab coklat tu akan tenggelam 



Thursday, April 26, 2012

Hantaran Kak Yas ( kelantan ) :: Gubahan Sirih Junjung

Seperti yang di ura-ura kan dalam blog semalam,, ari ni mir nak update sambungan hantaran kak yas dari yang akan di bawa ke kelantan,,

so sebelum ituew mir nak tunjuk kat u ols peralatan yang mir gunakan

mir guna bunga rose,, ( untuk gubahan hantaran sirih junjung ),, pastu bunga plastik yang lain-lain sebab mir tak tau nama sainstifik dia hehehe,, pastu glue gun ( di sebab kan nak di bawa ke kelantan kena guna gam )

sebelum tu mir nak tunjuk dulang tingkat baru yang mir guna dalam entry ini hehehehe ni ler dia,, dulang tingkat tu
pandangan atas dulang tu mir snap, shanteqq kan, heheheh
kak yas bagi tau dia nak 5 dulang hantaran  untuk pertunangan dia,, buah, kek ( cup cake ).. baju persalinan , cincin dan sirih junjung
,,, so setiap satu bantal mir dah letakkan item yang sesuai dengan barang yang dia nak send tu

so sebelum nak wat hantaran tu,, mir nak bg tip skit,, kalau tempat majlis tu jauh sampai kelantan,, make sure hantaran tu tak boleh tinggi u ols,, karang roboh plak masa kat highway hehehehe,, so plan
 betul-betul,,,

so untuk entry kali ni,, ,mir nak tunjuk gubahan hantaran sirih junjung,, korang kan suka google sirih junjung dalam internent kan,, so yang ni hope leh jadi idea gak ler erkkk
1st ambik daun sirih tu,, kalau leh cuci dengan minyak masak skit,, bagi berkilat,, dan jangan rendam dengan air yer,,, nanti daun tu akan cepat layu sebab ter hidrat dengan udara ( mati ler ayat sains sangat )
past lap daun tu,, korang gulung,, bubuh lidi bawah dia sebab batang sirih tu takde kan,, ikut pic tu
yang ni bunga rose yang mir guna,,mir gabung kan sampai jadi bulat macam ni heheheh shanteqq takkkk
tema mesti meroon kata kak yass
ambik polisterin,, disebab kan daun sirih tu takde batang ,mir guna lidi ,, so leh kan guna polisterin sajo,,kang bagi span basah bukan leh serap pun sirih tu kan dengan air dalam span tu hehehe

pastu bubuh bunga rose atas dia,, ops!  ingat tak,, hantaran ni nak di bawa ke kelantan,, so tak leh tinggi,, selalu mir wat sirih junjung tinggi menggunung kan,, kali ni rendah skit,, tapi masti tetap kekal vouge
so dia jadi ler macam ni haaahh,, mir close up skit

pastu leh ler cucuk sirih tu macam ni,,mula dari atas ,, atau bawah ker,, ikut suka u ols hehehe
pastu buat sekeliling,, kena wat satu layer satu layer yer,, sirih kena banyak sebab mir tak gunakan bunga lain ,, kali ni mir wat morden skit

penuh kan jadi macam ni,,


pastu nak tambah seri,, mir macam biasa ler,, tambah diamond,, bagi nampak lebih mahal dan menawan, hehehe bling-bling tu wajib bagi mir, hehehe


macam biasa ,, tambah ler pinang,, gambir,, pastu cengkih ,, kapur
letak elok-elok,, masa nak gubah ni kalau leh letak atas pahar,, baru kita nampak jatuh bunga dan kedudukan diamond tu belah mana,, baru nampak elok di pandang mata
bawah dia nampak kosong,, mir tambah bunga bawah dia heheheh


tarraaa,,, dah siapppp,... simple,, shantteeeqqq tak???

so tunggu entry yang akan datang sambungan dia erk,,