Iklan

Saturday, September 22, 2012

KERAWANG K002 :: KEHABISAN STOK


antara yang dah siap di send

Alhamdulillah,, mir banyak terima tempahan kerawang bucu untuk bantal hantaran,,,dalam minggu lepas,, agak kelam kabut gak mir nak uruskan penghantaran,, mir minta maaf sebab ada sms yang mir reply,, ada yang tak sempat balas,, akibat keng kangan masa,, kena plak bulan raya lepas banyak aktiviti yang mir kena buat,, alhamdulillah tadi mir dah send tempahan yang akhir,, dan untuk makluman,,
 

stok kerawang K002 dah habis stok,, mir dah cuba call supply barang mir,, dan mir di fahamkan,, benda ni akan ada dalam sebulan dua lagi,, so mir minta maaf kalau permintaan u ols mir tak dapat tunaika,,kalau ada lagi mir bagi tau erk,,

so far mir dalam rangka membuat design baru untuk bantal hantaran ,, so kena tunggu dulu erk, hehehe


P/S :
korang dah ke masuk blog SNE mir ?? kepada yang dah tempah dan sms serta email mir berkenaan product yang mir supply tu ,insyaALLAH mir akan balas,, kepada sesiapa yang masih belum buka blog tu,, hope  u ols support mir ,,,
mir jual ikut harga pasaran dan mir sendiri dah mencuba product tu,, alhamdulillah,,berkesan dan mir bukan nak chanteq dan sihat sorang kan,,, dan sesiapa yang dah oder kat mir buat kali pertama,, mir akan jual dengan harga pembekal ( ahli ) kepada u ols untuk oder yang seterus nya ,, huhuh,,pastu u ols leh jadi ahli terus kan, senang.,, mir tak kaya pun,, cuma harap sangat pengguna melayu menggunakan product ni,, sebab rata-rata pengguna cina yang mir nampak,, dan product ini di sahkan HALAL oleh Jakim dan ada pengesahan dari Kementerian kesihatan Malaysia,,,

product ni pun sesuai bagu mengubati pelbagai penyakit,.,yang susah mengandung pun boleh,, ada rakan2 mir yang dah try,, dan mir rasa,, tak salah kalau mir promote benda yang baik ini pada u ols,,

kepada yang belum masuk blog SNE mir,, boleh click kat sini

http://amirulawis.blogspot.com/

ANTARA PENYAKIT YANG BOLEH DI UBATI,,

Saturday, September 15, 2012

KERAWANG BUCU BANTAL HANTARAN

Ramai yang masg, email bertanyakan di mana mir dapat kerawang untuk mir buat hiasan bucu bantal gubahan hantaran,,tak kurang juga permintaan dari sabah dan sarawak untuk minta mir pos kan benda ni ,, kebanyakan kedai alatan jahitan pun tak banyak yang jual benda ni,,. mir dah pusing-pusing kedai alatan jahitan area ampang,, tapi tak jumpa lagi,,

so untuk yang kerap sms dan masih mencari kerawang ni,, mir akan jual stok yang mir ada ,, sebab sekarang ni,, permintaan bantal hantaran yang mir usahakan makin menggalakkan,, dan permintaan pun alhamdulillah,,so far mir lihat gubahan yang menggunakan konsep bantal ni sangat chanteq,, dan pengunaan polisterin petak yang biasa tu mir rasa agak ketinggalan,, so kalau menggunakan bantal gubahan hantaran ni mir rasa ,, masih releven,,

mir ada banyak corak kerawang,, tapi kebanyakan yang mir dapat tak sechanteq dengan 3 item corak yang mir tunjukkan di bawah,, dan item ni sangat lak,, bukan apa,, ada bentuk yang mir menggunakan kerawang yang lain masih kena touch up banyak kali,, kena make over lebih-lebih,, tapi untuk corak yang 3 jenis ni ,, mir rasa amat sesuai dengan bentuk 4 segi bantal yang nak di gubah


ni le contoh kerawang yang 3 item mir  rasa sangat sesuai dengan gubahan hantaran
dan setiap sekeping mir jual  RM 2 hinggit,,,,
yang mir ni label kan K001,, corak begini amat sesuai dengan konsep klasic,,
di buat dari besi,, so boleh di lenturkan mengikut suka
mir amat suka corak dan warna kerawang ni,, tapi kalau konsep u ols berlainan,, u ols leh spray kerawang ni dengan warna yang sesuai,, selalu mir ambik warna ori,, atau spray dengan silver, putih
yang kedua konsep star ( K002 )
Di perbuat dari besi,, boleh di lenturkan,, dan mir suka warna original dia iaitu silver sesuai dengan semua warna fabrik yang u ols balut bantal gubahan,,
salah satu contoh gubahan yang selalu mir buat untuk tempahan,,
K003 - konsep clasic morden,, yang ni  pun mir amat suka dengan corak dia,,
 dan tempahan corak begini amat menggalakkan,, banyak tempahan yang mir terima mahu kerawang jenis ini
di perbuat dari besi,, boleh di lentur
eemm contoh lain
kalau menggunakan kerawang yang 3 item yang mir tunjukkan ni,, kebanyakkan nampak mewah kan,,
ada gubahan yang menggunakan kerawang atau keronsang yang jenis kecik,, mir tak galakan sebab kerawang kan dah mahal,, so kalau boleh tonjol kan kerawang tu, supaya tidak membazir
 so kalau nak leh le oder pada mir,, tapi harga kerawang ( rm 2 hinggit sekeping ) tidak termasuk dengan tambang post laju yer,,

Wednesday, September 5, 2012

Alas bantal hantaran

Sekarang ramai yang bertanyakkan pada mir harga sebiji bantal yang mir ambil kalau orang nak tempah,, dan mir ada gak tengok agak ramai yang membuat gubahan hantaran menggunakan tema bantal,, alhamdulillah,, satu perkembangan yang baik,,  mir bersyukur sangat ada yang sms ,email berterima kasih kerana membuat blog ini dan memberikan sedikit inspirasi kepada bakal pengantin,, tak kurang juga yang sedang berjinak-jinak belajar membuat gubahan,,

oh ya,, untuk menjawab soalan yang kerap di tanya pada mir tentang harga yang mir selalu letakkan pada sebiji bantal,,

kebiasaannya mir letak harga yang paling rendah dan berbaloi,, sebab mir tak mengambil untung yang banyak bagi gubahan bantal ni,, selalu kalau yang nak buat bantal sendiri boleh membuat perbezaan dengan harga yang mir letak,, selalu mir akan ambil sebiji dalam RM 18 hinggit saja,, ( tapi bergantung pada kuantiti dan harga kain,, kadang-kadang u ols bagi kain warna excotic sangat ,, tak jumpa plak kain yang murah)
 kadang-kadang mir letak lebih murah dari tu,,, siapa yang pernah tempah akan tau,,uhuhu

ada yang kata mahal,, ada yang kata murah, tapi kalau di kira dengan segala kos yang mir ambil,, rasanya,, kos nya lebih kurang jer dengan budget asal kalau buat sendiri

sesebuah alas dulang ( bantal ) mesti ada,,
 polisterin,, + span nipis ( ada yang tak letak ,, tapi mir akan letak .) + gam panas
selepas di ukur dan di gam dengan cermat,,,
pemilihan fabrik juga di ambil kira,, dan kalau bole JANGAN ambik fabrik kain yang mudah pecah,, sebab masa nak potong dan gam takut tercarik,,

 Gam kemas-kemas,, sehingga bahagian bawah ,, pilihlah warna fabrik yang sesuai untuk gubahan u ols
mesti buat dengan sabar,, tu penting sebab menggunakan gam panas ni ,, kadang-kadang melecur jari,,
bahagian tepi ( bucu) kalau boleh kemas kan sebaik mungkin,, kalau boleh sorok,, sorok dengan keronsang,, kerawang ,, manik,, ikut kreativiti
kebiasaan nya,, mir potong kain siap-siap dulu,, baru mir gam satu persatu,, kekemasan tu mir buat last-last ,, tapi kalau tak biasa,, buat sampai habis satu biji-satu biji,,

pilih keronsang yang betul dengan warna fabrik,, ada banyak jenis corak kan,, so pilih yang terbaik di mata u ols,, selalu kos bantal ni habis kat kerawang ni,, mir beli satu rm 2 hinggit,, so satu bantal rm 8 hinggit ( 4 bucu kerawang )  so kalau mir charge rm 18 hinggit ,, dah murah kan kan,,
 ( rm 18 - rm8 =  rm 10 hinggit untuk kos lain seperti kain,, gum.. polisterin dan span) - kadang-kadang lagi rendah kos ni,, cuma kena tengok keadaan stok barang yang mir ada,, kadang-kadang ada barang lebih mir leh kurang kan kos mana yang patut,,insyaALLAH mir tak kedekut : )
padanan kerawang amat penting,, sebab dalam pic masa kawin nanti nampak meletop
so hope ulasan di atas dapat membantu,,
pic bantal di atas adalah hasil tempahan orang hehehe,, saja je nak post dalam ni,, nak bagi sedikit idea kat u ols,,

ok ler selamat mencuba..

Monday, September 3, 2012

Tempahan Gubahan Pn Zainab ( Melaka )

Salam,,, wah banyak masg yang mir terima baru-baru ni,, thank pada rakan blogger yang menyokong mir dari belakang,, tq,, tqq,,,so mir tak leh nak berbual panjang lebar,, mir just nak update kan gubahan hantaran yang mir dapat siapkan baru-baru ni masa Merdeka ari tu,, disebabkan banyak kedai yang menjual barang-barang bunga dan aksesori yang masih tutup,, so jalan penyelesaian nya,, kena cari idea yang baru,, kebetulan tema yang mir terima adalah warna ungu ,, so mir kena fikir betul-betul gubahan kali ni supaya memberi kelainan dari gubahan sebelum ni

Banyak gubahan yang mir terima baru-baru ni semuanya yang mir rasa agak berani warna yang di berikan,, contoh warna biru turquoise,, Merah darah ,, Hitam,,, coklat,, memang pada dasar nampak macam simple,, tapi bagi yang mengubahnya,, sangat ler memeningkan kepala,, bunga untuk hiasan bagi jenis yang berwarna seperti tu tak banyak yang menarik di pasaran,, sebagai pengubah hantaran kena fikir solution lain,, kadang-kadang berhari-hari kena fikir,, contoh paling dekat,, tema ungu yang mir terima dari cik Zainab ( sekarang ni Puan )

walaupun tema yang mir terima dah banyak orang buat,, tapi untuk musim raya ni,, rasanya mencabar sangat,, bukan apa,, ramai yang wat majlis lepas raya,, so banyak bunga yang takde ,, yang ada
buruk-buruk jer ,,pastu mahal lak tu,, budget pun kena fikir gak,,

ada orang kata,, kalau gubah sendiri lebih murah .. bagi mir ada yang boleh kata YA,, dan ada yang mir leh kata TIDAK,, contohnya yang mir alami selama ni,, kadang-kadang mir beli barang pun over budget,, tapi mir faham,, itu la risiko yang mir kena pikul,, terus terang,, bunga yang kecik-kecik di pasaran pun dah mencekik darah,, belum masuk riben lagi,, kadang-kadang riben yang nak digunakan semeter Rm 7 hinggit,, tu baru satu riben utk satu dulang,, kalau kena berdulang-dulang,, alamatnya,, kena kira balik le budget , tu belum masuk bunga besar sebagai tambahan,, cuba u ols semua pergi survay bunga dada yang ada di pasaran,, ada yang rm 7 hinggit,, paling murah rm 3.50 satu,, tapi kalau satu gubahan takkan nak letak sekuntum je,, paling kurang 5 atau 7 kan,, belum masuk riben lain,, kalau ada aksesori,, bantal,, sangkar,, diamond,, so benda tu semua di ambik kira

Dulu.. zaman akak mir kawin,, ( 10 tahun lalu ) barang yang ada kat pasaran tak semahal sekarang,, tapi nak buat macam mana,, zaman berubahkan,, Terus terang ada yang masg mir minta qoutation harga yang mir ambil untuk satu-satu gubahan ,, contoh mir letak Rm 55 satu dulang,, dia kata mahal,, tapi mir rasa itu harga yang paling rendah mir letak,, mir pernah tanya kawan mir yang ambik gubahan dia kedai satu dulang rm 150.00 hinggit orang tu charge untuk satu gubahan,, ada juga yang ambil rm200 hinggit untuk 2 dulang yang dah siap digubah,,, tapi pada dasarnya,, mir ambil kira semua kos,, bunga kecil sampai bunga besar,,

so jom kita berdoa  ,, hope kerajaan yang ado sekarang ni buat kedai hantaran 1 Malaysia plak heheh,, harus ler gubahan u ols lebih subsidi past ni heheheh

ok ,, mir nak sambung gubahan Pn Zainab yang mir gubah baru-baru ni,, tema Ungu,,,
di sebabkan bunga ungu di pasaran agak sedih,, mir ambil solution memilih bunga orkid ungu sebagai penyelesaian,,kebetulan zainab nak sebanyak 15 dulang gubahan,, dan tambahan sebanyak 13 dulang untuk suami beliau,, ( suami beliau adalah encik HUSNI - sila lihat entry sebelum ni ) so semua sekali 28 dulang mir terima,, : ).. Pn Zai nak mir gubah seringkas yang boleh,, sesuai dengan budget dia ,, so ni le hasilnya

1st,, mengikut tema,, kak zai nak warna putih + unggu,, tapi budget yang ada tak memberansangkan,, so mir terpaksa guna barang yang mir ada,, supaya boleh mix kan dengan budget yang ada,
1st mir cuba mix kan bantal gubahan yang mir ada,, putih gading ( gubahan mek sue ari tu )
so mir gunakan dulang yang adoo
pandangan dulang yang nak di gubah
ni le bunga orkid yang mir pilih,, mir pilih bunga yang seakan-akan bunga yang sebenar,, dan harganya boleh tahan,, tapi ni je bunga yang mir rasa lawa pada pandangan mata,, ada bunga rose warna ungu yang ada nampak macam plastik sangat,, so mir rasa bunga ni je yang boleh bantu menaikan seri gubahan tu
1st mir susun bunga yang ada atas dulang,, pastu mir gam,,
mir match kan dengan rose + hydrangea yang sepadan,, mula-mula mir nak match kan dengan warna putih,, tapi bila letak atas dulang,, rasa macam pucat sangat,, so kena rombak balik gubahan ni,, kena lari gi kedai beli bunga lain heheh
pastu susun bagi rapat,,
ni pandangan sisi sewaktu proses gam
touch up apa yang perlu,, bagi nampak bentuk
dah siap,,, so gubahan tu sepatutnya akan jadi macam ni,,,
ini antara barang yang sempat zai send pada mir,,, di kelilingi dengan bunga ,, ala-ala taman heheh
pandangan depan gubahan yang mir susun
yang ni plak gubahan untuk letak towel
mir buat seringkas yang boleh supaya tak nampak sarat didalam dulang yang ada
pandangan penuh selepas touch up
so ni antara dulang yang lain mir kena siapkan,, sebanyak 11 dulang kosong hehhee sebab barang gubahan tidak diberi,, pn zai kata nak letak masa majlis nanti,, so mir gubah dulang kosong je
antara yang siap di gubah untuk di bawa ke melaka
proses touch up
antara yang dah siap

Wednesday, August 29, 2012

Gubahan Hantaran En Husni ( Wangsa Maju)

Yaaa ammpunn,, lama mir tak update blog mir,,, bz yang amat,, 2-3 bulan ni alhamdulillah rezeki mir bertambah,, berkat usaha tak pernah jemu ,,,

mir terpaksa gak mencuri masa yang ada ni ,, walaupun tak lama,, mir nak update skit ler pic gubahan yang ada ,,, supaya blog mir tak sendu heheheh

occay straight to the point,, mir nak tunjukkan gubahan En Husni ,,,

tema biru,, tapi masa mir gi beli barang ,, bunga biru yang ada tak berapa menarik,, so mir terpaksa ubah design yang mir plan awal-awal,, walaupun last minit ,, tapi hasil nya,, boleh tahan hehehe

Tema biru turquoise... tapi mir mixkan dengan pink,, supaya warna nampak timbul dan tak pucat sangat,,tapi entry kali ni tak dapat nak cite semua stap sebab masa dah terlalu suntukkk 
 
mir tak dapat tunjukkan stap by stap sebab kesuntukan masa,, 13 dulang,, mir gubah dari subuh kul 530 pagi tadi ( ala-ala bangun sahur ) sampai kul 12 tengahari  tadi hehehe,, nasib sempat,, pastu snap je guna hp yang ada kan,, kalau tak mau takde entry dalam ni kan
yang ni gubahan kain pasang,, ( kaun sutera ) lembut sangat, tak leh nak gubah,, so mir letak dalam box je,, dan balut jadi macam ni
yang ni Gubahan  Album Wang Hantaran
pandangan sisi,, - mir guna bunga hydrangea + roses+ ceri + daun + reben
yang ni lak bakul untuk letak buah-buahan,, di sebabkan majlis kat melaka,, pihak lelaki tak beli buah tu lagi,, so mir cadangkan beli apple merah + hijau je,,
emm yang ni bekas untuk letak coklat
pandangan sisi
gubahan hantaran perfume

gubahan hantaran Sejadah + Telekung
pandangan hadapan
gubahan Hantaran kasut + beg tangan
pandangan Hadapan Gubahan tersebut
dan lagi hehehehe
Gubahan hantaran mas Kahwin Rm 40 hinggit
pandangan hadapan
pandangan Atas



Gubahan hantaran batal Air sembahyang ( cincin )
Pandangan Sisi
nampak tak bekas kecik silver belakang tu,, mir cadang letak bekas cincin kat belah dalam,, tapi dengar pihak pengantin dapat set barang kemas ( cincin + gelang + subang )
Gubahan hantaran Towel,, tapi yang ni pandangan Hadapan
pandangan keseluruhan ( mir cadangkan kalau beli towel jangan ada kaki macam dalam pic ni,, heheh susah giler nak gubah )
pandangan atas,, lepas zoom
antara gubahan yang dah siap
sesi susun gubahan dan kira mana yang dah siap eheheheh
disebabkan guna HP yang ado kan,, pic pun ala-ala yang adoo
check list untuk touch up balik
yang ni duit album,, past touch up sekali lagi
meriah ceri dia hehehe

duit mas kahwin
Gubahan beg + kasut
gubahan kain pasang
bakul yang tunggu nak isi barang
apa pun,, mir berpuas hati dengan gubahan yang mir buat ni,, walaupun terkontang kanting heheh,, past pihak pengantin datang ambil gubahan ni kat rumah,, dan melihat beliau menyukainya,, ia satu kepuasan yang tak terhingga mir rasa,

past beliau balik ambik semua gubahan ni,, mir terus tido u ols,, ( ngantuk n sakit pinggang gilerrr ) hehehehe