Iklan

Thursday, May 31, 2012

9 Dulang fresh flower ( tempahan dari setapak )

Ari ni mir nak update entry sambungan gubahan 9dulang,, ramai yang duk masg mir minta update cepat kan,, sabar yer,, banyak benda yang mir tengah uruskan hehehe,,, kena plak tempahan bunga telor makin bertambah,, mir plak duk belajar buat bunga telor yang lain,, maklum ler mir jarang buat bunga telor kan,,

ok le mir tak tau nak cite banyak,, mir just leh tunjuk pic je dulu,, yang lebih-lebih nanti mir cite kemudian,, sebab entry kali ni pic dia banyak skit,,kang tak sempat nak upload plak,, ops! lupa nak cite,, gubahan kali ni bertemakan Unggu + Pink , gubahan pihak perempuan ke pihak lelaki,, kebetulan gubahan ni mir dapat last minit tempahan,, kena plak mir keje dalam minggu tu, tak banyak perbincangan yang mir buatm, just dapat tema,, dan barang ( barang pun dapat 1 hari sebelum majlis hehehehe ) so banyak benda yang mir tak dapat nak fikir,, selalu mir cadangkan barang dapat seminggu sebelum majlis kerana senang mir nak fikir design yang sesuai,, bentuk gubahan,, bunga yang macam mana,, tp disebab kan masing-masing bz dengan kerja,, mir hanya mampu buat yang termampu,, nasib baik puan Yati berpuas hati,, yang best nya dia suruh mir buat ringkas-ringkas je,,

untuk gubahan kali ni menggunakan fresh flower,, so mir guna span basah yang mir dah potong besar macam ni
ok,, ramai yang tanya mir,, kalau kita gubah kat dulang macam mana nak letak span basah kan,, untuk menjawab soalan tu,, mula-mula span basah mesti di balutkan bahagian bawah ( guna aluminium foil ),, pastu kalau dulang u ols mengengkung macam dulang mir,, u ols kena la ikat supaya tak bergerak-gerak 
so mulakan dengan bunga besar dulu
mir guna bunga rose,, di sebab kan majlis nya start kul 11 pagi,, so boleh la gubah waktu malam
pastu baru kita letak bunga kecik-kecik,, tujuannya,, bunga kecik tu boleh cover span basah dan membentukan gubahan tersebut
sambil-sambil nak gubah,, bunga rose pun macam nak kembang jer hehehe,,mir mix dengan bunga daisy,, kekwa,, yellow peacock,, pastu bunga apa tah,, tapi disebab kan mir beli bunga tu ari jumaat,, kebanyakkan bunga kat kedai tu banyak yang dah habis, so mir sauk jer mana yang ada 
past gubah,, letak atas dulang,, kita nengok keseimbangan gubahan tu
 sori yer mir tak dapat nak cite lebih sebab mir kena gi KLsentral ambil ticket flight plak,, nanti balik mir sambung yer,, housmate dah bebel dah tu,,

Saturday, May 26, 2012

Tempahan Gubahan 9 dulang

maaf,, BZ ari ni,, u ols tengok pic je erk,, nanti mir update lagi heheheh


tunggu tau...... nanti mir update

Friday, May 25, 2012

Gubahan RED Fresh Flower dan tips

hai sihat ker,, dah makan ke u ols,, mir gigih gak update blog mir yang mana yang termampu ,, mir agak bz skit minggu ni,, tapi bz-bz mir masih boleh terima gubahan hantaran lagi yer ,, ramai yang ingat mir sentiasa bz sampai tak dapat nak terima gubahan lagi ,, mir bz sebab banyak benda yang mir uruskan sendiri,, dari jumpa client,, pemilihan meterial dan segalanya heheh,, tu yang mir kadang-kadang sempat jenggah blog dan email sesekali jer,, tu pun nasib mir guna hp bb ,, so agak senang mir belek email yang u ols send kat mir,,,

so entry kali ni mir nak tunjukkan gubahan dan tips untuk gubah ..rasanya mir tak perlu nak tunjukkan tutorial cara nak gubah kot sebab entry sebelum ni mir dah pernah tunjuk hehehe ( mati le alasan jer,,, malas nak snap pic )

gubahan buah
tips :: kalau buah anggur di galakkan sapu minyak masak skit di sekitar buah tersebut,, supaya nampak segar,,
kalau guna buah apel hijau di galakkan cuci dengan air biasa saja,, kemudian dengan minyak sikit supaya kulit yang hijau tu tak lebam sangat,, kadang-kadang kita pergi pasar,, buah selalu orang akan picit-picit sebelum masuk dedalam raga/bakul so mir tak berapa galakkan basuh atau rendam menggunakan air garam
gubahan hantaran baju / kain pasang

selalu mir nengok atau customer yang send barang kat mir mesti pilih kain yang sama tema dengan majlis,, contoh,, kalau tema warna pink,, sejadah mesti nak send pink,, butang pink,, kain pelekat pink,, adooiiii,, kadang-kadang mir lak yang pening macam mana nak tonjolkan gubahan jenis yang macam tu,, sebab kalau dah semua pink ,, dah tak nampak meterial apa yang nk di terjemahkan dalam sesebuah gubahan,, so lepas ni cuba cari kain yang sesuai,, contoh,, gubahan yang mir tunjukkan ni,, tema dia ,, gold + pink,, so barang biar semua ada tema gold,, tapi mir akan mix kan dengan sentubahan bunga warna pink yang agak sesuai dengan tema,, so gubahan tersebut nampak exclusive kan,,,
gubahan sirih junjung,,,

Tips : kalau boleh gubah sebelum nak send gubahan tu,, sebab daun sirih yang di hantar tidak dicucuk pada span basah,, so daun sirih akan mudah terhidrat,,, dan layu,,,
gubahan coklat

mir tak berapa menggalakkan menggunakan coklat berlainan jenis yang terlalu banyak,, ada sesetengah penggubah hantaran  menggunakan coklat yang kalau boleh nak sama warna dengan tema,, contoh kalau gubahan tema warna biru,, ramai yang akan beli coklat cadburry la apa la,, janji warna tetap biru kan,, kalau boleh kurangkan penggunaan warna macam tu yer sebab coklat tu akan tenggelam 



Wednesday, May 23, 2012

BUNGA PAHAR :: BUNGA TISU

gigih ni kul 1.45 pagi lum tido lagi,, bukan apa,, mir sedang gentel bunga tisu yang orang tempah ni heheheh,,
2-3 ari ni ramai yang call dan email mir tanya tentang bunga pahar yang sedang mir usahakan,,, alhamdulillah,,  so tunggu mir update nanti erk,, mir just post project bunga tisu yang mir ngah wat ni je,, yang lain nanti mir sambung n cite






Saturday, May 19, 2012

BUNGA PAHAR :: BUNGA TISU ( ii )


pahar yang satu lagi,, juga 25 kuntum setiap satu pahar,,

kalau ada tempahan leh ler email atau call mir erk

yeayyy akhirnya siap gak bunga pahar yang di tempah,, seminggu mir gentel wat bunga ni,, berjaya gak mir siapkan hehehehe,,, apa leh buat u ols,, last minit tempahan kan

eemm baru-baru ni mir ada dapat email dari salah seorang pelangut blog mir,, cik asiah,, antara soalan beliau yang mir rasa agak releven untuk di kongsi ,,

Berapa kuntum yang seelokkan di gunakan pada satu-satu pahar??


asas pahar seramik

Jawapan mir :: selalunya ramai orang berfikir ,, kalau nak buat bunga pahar untuk di letakkan di atas pelamin mesti ada sebanyak 100 kuntum,, tapi kalau soalan ni di berikan kepada mir,, mir selalu menggalakkan pelanggan mir hanya beli sebanyak 50-60-70 kuntum sahaja .. kerana,. Tapak bunga pahar yang sekarang ni tak setahan seperti zaman dolu-dolu,,

zaman dolu ( masa mir kecik-kecik ) mir pernah nampak makcik, nenek mir guna batang pahar dari kayu dan ada juga jenis tembaga yang ala-ala peluru u ols,,tapi pahar jenis ni memang dah takde dah mir tengok orang guna,,sebab berat nak mati kalau nak alih kan,, tapi ada juga golongan yang guna batang pisang,, ye lah zaman dulu kan takde kedai bunga atau alatan membuat hantaran sangat kan.. so diaorang yang kretip tu gunakan batang pisang  sebagai asas pahar,,

zaman sekarang plak kebanyakkan asas pahar menggunakan seramik ( macam dalam pic atas ),, dan kalau diperhantikan ,, pahar jenis ni sangat ringan berbanding pahar kayu , batang pisang atau tembaga,,
pahar jenis seramik ni kalau di perhatikan design nya,,, selalu ada bentuk cutting ala-ala ratu cantek
( bentuk pinggang- macam pic atas juga )


 contoh bunga tisu nyang mir dah siapkan .. mir tak sempat nak snap pic tutorial buat bunga tisu ni,, tapi jangan risau,, mir ada tempahan yang lain,, so nanti mir snap erk,,, cuma u ols kena tunggu ler
selalu pahar jenis macam ni,, jenis tak tahan,, sebab kalau bahagian bawah pahar tersebut akan patah apabila di cucuk dengan bunga pahar yang banyak,, kena plak bunga pahar tu di letakkan telor,, lagi ler berat kan,, silap-silap boleh patah dua,, setiap pahar plak kita tak tau meterial yang di buat sebelum sampai ketangan kite,,

untuk makluman u ols selalu yang jenis seramik macam ni,, bahagian atas dia di perbuat dari polisterin,, pastu polisterin tu di salut dengan seramik bahagian luarnya,,, kena plak pahar jenis yang ni ada cutting ratu kebaya,,, so tak berapa kukuh ler,, kena plak polisterin yang diberi tu jenis keras ,, susah nak cucuk,, kang bila di tekan-tekan retak kat belah dalam plak,, so kena ler hati-hati kalau nak guna pahar yang jenis sekarang ni ye,,so kena hati-hati skit masa nak cucuk,, tapi kalau u ols nak guna bunga 100 kuntum pun boleh,,
cuma jangan ganaz-ganaz yer ,, bergantung pada budget,,

ni mir close up skit reben,, bunga, pastu ada aksesori skit ( bunga apa tah) boleh tahan mahal gak bunga kecik ni
ni yang dah siap,, salah satunya..
sesi cucuk
antara pahar yang dah siap,., tempahan 50 kuntum so satu pahar 25 kuntum


YUMMY :: Brownies

eemm selamat ari sabtu,, ngah wat per,, mir bz skit,, minggu ni kena mengemas rumah,, pastu sambung wat bunga telor,, sambil kemas-kemas ,, meh sini mir nak ajar cara wat brownies yang senang  , mir try wat semalam,,,, bahan pun tak banyak hehehhe 

bahan-bahannya ::

1 cawan butter - suhu bilik
2 1/4 cawan gula castor
4 biji telor ( saiz A)
1 1/4  cawan serbuk koko
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh Essen vanilla
1 1/2  cawan tepung gandum
2 cawan coklat chip


caranya :: panaskan oven 350 degrees,,, ( 180'darjah Celsius ) 

didalam mangkuk / periuk yang lain  

cairkan butter bersama gula,,, sehingga gula tidak berketul,, pastu sejukkan
didalam mangkuk yang lain,, ( mangkuk besar ),, masukkan serbuk koko, telor,, dan baking powder, esen vanilla,, garam,,
semua ni u ols leh main campak-campak jer hehehehe
semua bahan tadi di gaul rata
kemudian masukkan tepung gandum dan coklat chip

** kalau nak sedap lagi leh tambah kacang badam atau walnut  yang di tumbuk kasar
past semua di gaul rata,, letak didalam loyang pembakar,, ( loyang di sapukan dengan butter supaya tidak melekat) . kalau nak lebih vass,, leh letak coklat rice,, tapi kat rumah mir banyak barang yang dah takde,, so guna je apa yang ada kan
bakar dalam oven selama 30-45 minit,, atau agak2 dah masak,, cucuk dengan lili,, kalau lidi tu tak melekat basah maknanya dah masak ler hehehehe
sedia untuk melantak .... so leh le buat minum petang


Tuesday, May 15, 2012

TEMPAHAN BUNGA TISU :: BUNGA PAHAR

sori sebab lama tak jenggah blog mir,,,Minggu ni banyak mir dapat call n sms tanya tentang gubahan,, alhamdulillah,, rezeki masih ada untuk mir,,  lagi pun mir bz ,, bz bukan sebab apa,.,. sebab menggentel bunga telor . a.k.a bunga pahar ..mir dapat tempatan bunga ni 2 minggu lepas,, so mir cuba le buat yang terbaik kan,, dan siapkan dalam minggu ni ,,, alhamdulillah dah siap 70 % ,, tinggal skit lagi ,,

entry kali ni takde apa nak tunjuk sangat sebab mir kena sambung balik gentel buat bunga telur,, saja nak update time mir rehat ni,, kalau nak tau lebih lanjut kena la tunggu entry yang akan datang erk,, mir just tunjuk skit jer dulu ari ni heheheh,, tunggu tau


bunga tisu yang mir dah siap gentel
sesi pasang reben
antara yang dah siap,, cuma lum tambah renda n kantung telor,, kalau tambah sure lagi rimbun
dah siap separuh,, tinggal separuh lagi,,
korang dah vote blog mir ke dalam pertandingan digi yang mir iklan kat belah kanan tu u ols?? kalau leh minta sokong mir erk,, hehehehe,,,

Tuesday, May 8, 2012

3 Bahan : Cookies Crunch


morning u ols,, ,,, wahh gigih mir ni kan,, pagi-pagi bute dah update blog hahahahah.. mir baru je balik jogging,, so bila balik perut rasa lapar plak,, kebetulan malas nak keluar,, pastu mir ternampak ler biskut yang mir buat semalam,, so apa lagi,, terus ngappppp,,,,

ni ada sedikit pic tentang crunch cookies yang mir buat semalam, bahan nya sangat-sangat mudah, hanya 3 barang jer,,, so kalau u ols buat nak buat berniaga bleh guna resepi ni,,,,

antara bahan yang di gunakan
1 1/2 cawan coklat chip
1/2 cawan peanut butter
3 cawan empingan corn flakes
 kalau nak buat banyak leh double kan,,
kalau nak comey lottey boleh letak dalam mangkuk kertas cup cake
** kalau nak sedap leh letak badam yang telah di hiris nipis,, pastu bakar badam tu,, harus ler bertambah lemak dan rangup biskut ni

caranya,, mula-mula panas kan coklat chip dalam microwave ,,, kalau takde just panas double boil,, tak pun masuk oven heheheh janji panas ,, nanti coklat tu cair ler,,

ngape guna choclate chip?? - sebab coklat ni lebih keras dari coklat masakan,,

pastu masukan peanut butter dalam coklat yang di cairkan tadi
gaul bagi rata yer
pastu masukkan empingan corn flakes
gaul rata lagi,,,
pastu wat ler satu sudu-satu sudu atas dulang yang di alas dengan kertas minyak,,, supaya bila dah keras coklat tu tak melekat
make sure dah betul-betul keras, baru leh hidang
dah leh kuar minum petang hehehehe,,

selamat mencuba