Iklan

Showing posts with label gubahan bunga rampai. Show all posts
Showing posts with label gubahan bunga rampai. Show all posts

Monday, September 3, 2012

Tempahan Gubahan Pn Zainab ( Melaka )

Salam,,, wah banyak masg yang mir terima baru-baru ni,, thank pada rakan blogger yang menyokong mir dari belakang,, tq,, tqq,,,so mir tak leh nak berbual panjang lebar,, mir just nak update kan gubahan hantaran yang mir dapat siapkan baru-baru ni masa Merdeka ari tu,, disebabkan banyak kedai yang menjual barang-barang bunga dan aksesori yang masih tutup,, so jalan penyelesaian nya,, kena cari idea yang baru,, kebetulan tema yang mir terima adalah warna ungu ,, so mir kena fikir betul-betul gubahan kali ni supaya memberi kelainan dari gubahan sebelum ni

Banyak gubahan yang mir terima baru-baru ni semuanya yang mir rasa agak berani warna yang di berikan,, contoh warna biru turquoise,, Merah darah ,, Hitam,,, coklat,, memang pada dasar nampak macam simple,, tapi bagi yang mengubahnya,, sangat ler memeningkan kepala,, bunga untuk hiasan bagi jenis yang berwarna seperti tu tak banyak yang menarik di pasaran,, sebagai pengubah hantaran kena fikir solution lain,, kadang-kadang berhari-hari kena fikir,, contoh paling dekat,, tema ungu yang mir terima dari cik Zainab ( sekarang ni Puan )

walaupun tema yang mir terima dah banyak orang buat,, tapi untuk musim raya ni,, rasanya mencabar sangat,, bukan apa,, ramai yang wat majlis lepas raya,, so banyak bunga yang takde ,, yang ada
buruk-buruk jer ,,pastu mahal lak tu,, budget pun kena fikir gak,,

ada orang kata,, kalau gubah sendiri lebih murah .. bagi mir ada yang boleh kata YA,, dan ada yang mir leh kata TIDAK,, contohnya yang mir alami selama ni,, kadang-kadang mir beli barang pun over budget,, tapi mir faham,, itu la risiko yang mir kena pikul,, terus terang,, bunga yang kecik-kecik di pasaran pun dah mencekik darah,, belum masuk riben lagi,, kadang-kadang riben yang nak digunakan semeter Rm 7 hinggit,, tu baru satu riben utk satu dulang,, kalau kena berdulang-dulang,, alamatnya,, kena kira balik le budget , tu belum masuk bunga besar sebagai tambahan,, cuba u ols semua pergi survay bunga dada yang ada di pasaran,, ada yang rm 7 hinggit,, paling murah rm 3.50 satu,, tapi kalau satu gubahan takkan nak letak sekuntum je,, paling kurang 5 atau 7 kan,, belum masuk riben lain,, kalau ada aksesori,, bantal,, sangkar,, diamond,, so benda tu semua di ambik kira

Dulu.. zaman akak mir kawin,, ( 10 tahun lalu ) barang yang ada kat pasaran tak semahal sekarang,, tapi nak buat macam mana,, zaman berubahkan,, Terus terang ada yang masg mir minta qoutation harga yang mir ambil untuk satu-satu gubahan ,, contoh mir letak Rm 55 satu dulang,, dia kata mahal,, tapi mir rasa itu harga yang paling rendah mir letak,, mir pernah tanya kawan mir yang ambik gubahan dia kedai satu dulang rm 150.00 hinggit orang tu charge untuk satu gubahan,, ada juga yang ambil rm200 hinggit untuk 2 dulang yang dah siap digubah,,, tapi pada dasarnya,, mir ambil kira semua kos,, bunga kecil sampai bunga besar,,

so jom kita berdoa  ,, hope kerajaan yang ado sekarang ni buat kedai hantaran 1 Malaysia plak heheh,, harus ler gubahan u ols lebih subsidi past ni heheheh

ok ,, mir nak sambung gubahan Pn Zainab yang mir gubah baru-baru ni,, tema Ungu,,,
di sebabkan bunga ungu di pasaran agak sedih,, mir ambil solution memilih bunga orkid ungu sebagai penyelesaian,,kebetulan zainab nak sebanyak 15 dulang gubahan,, dan tambahan sebanyak 13 dulang untuk suami beliau,, ( suami beliau adalah encik HUSNI - sila lihat entry sebelum ni ) so semua sekali 28 dulang mir terima,, : ).. Pn Zai nak mir gubah seringkas yang boleh,, sesuai dengan budget dia ,, so ni le hasilnya

1st,, mengikut tema,, kak zai nak warna putih + unggu,, tapi budget yang ada tak memberansangkan,, so mir terpaksa guna barang yang mir ada,, supaya boleh mix kan dengan budget yang ada,
1st mir cuba mix kan bantal gubahan yang mir ada,, putih gading ( gubahan mek sue ari tu )
so mir gunakan dulang yang adoo
pandangan dulang yang nak di gubah
ni le bunga orkid yang mir pilih,, mir pilih bunga yang seakan-akan bunga yang sebenar,, dan harganya boleh tahan,, tapi ni je bunga yang mir rasa lawa pada pandangan mata,, ada bunga rose warna ungu yang ada nampak macam plastik sangat,, so mir rasa bunga ni je yang boleh bantu menaikan seri gubahan tu
1st mir susun bunga yang ada atas dulang,, pastu mir gam,,
mir match kan dengan rose + hydrangea yang sepadan,, mula-mula mir nak match kan dengan warna putih,, tapi bila letak atas dulang,, rasa macam pucat sangat,, so kena rombak balik gubahan ni,, kena lari gi kedai beli bunga lain heheh
pastu susun bagi rapat,,
ni pandangan sisi sewaktu proses gam
touch up apa yang perlu,, bagi nampak bentuk
dah siap,,, so gubahan tu sepatutnya akan jadi macam ni,,,
ini antara barang yang sempat zai send pada mir,,, di kelilingi dengan bunga ,, ala-ala taman heheh
pandangan depan gubahan yang mir susun
yang ni plak gubahan untuk letak towel
mir buat seringkas yang boleh supaya tak nampak sarat didalam dulang yang ada
pandangan penuh selepas touch up
so ni antara dulang yang lain mir kena siapkan,, sebanyak 11 dulang kosong hehhee sebab barang gubahan tidak diberi,, pn zai kata nak letak masa majlis nanti,, so mir gubah dulang kosong je
antara yang siap di gubah untuk di bawa ke melaka
proses touch up
antara yang dah siap

Thursday, April 12, 2012

Gubahan hantaran bunga rampai, sejadah, fresh flower

hai u ols,, sihat ker,, ari ni merupakan hari pernikahan Mek Sue u ols,, alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang di jadualkan,,
mir pun dah kembali lega sebab tempahan hantaran dalam dua tiga minggu ni dah settle ,, mir pun dah boleh kembali bernafas,, puas jugak fikir kan idea yang baik bagi merealisasikan impian orang,, huhuhu

untuk entry ari ni ,,, mir nak sambung skit tentang gubahan hantaran anak buah housemate mir,, minggu lepas mir ada tunjuk  cara buat basic bantal untuk gubahan,, pastu susun atur barang yang kita gunakan,, ari ni mir nak tunjukan perjalanan gubahan hantaran tersebut,,

sebelum ni mir rasa pernah tunjuk cara menggubah bunga menggunakan bunga hidup kan ( fresh flower )
u ols boleh gunakan cara tersebut untuk menggubah,, cuma kali ni mir gunakan bunga yang lebih terkini skit, heheh but underr budget dan tema

tema yang u ols sedia maklum,, silver + pink so mir gunakan beberapa bunga yang berwarna pink + rose + daisy untuk gubahan tersebut,, dan semestinya,, mir sukakan benda yang bling-bling ( kilat ) kan,, so mir tak lupakan benda tersebut dalam gubahan mir hehehehe so mari kite nengok

1st macam biasa ,, u ols kena letak span basah,, span ni kalau boleh di rendam semalaman,, pastu potong ikut saiz yang u ols suka,, dan letakkan di tempat yang sesuai dengan gubahan u ols,, make sure pastikan arah atau susun letak bunga tu sama dengan gubahan yang lain,,, kalau span di letak di belah kanan,, semua gubahan bunga di letakan di bahagian kanan,, supaya seragam bila di letak sebaris atau apabila dikumpulkan,, dan kalau guna alas kain kena letakkan aluminium foil sebagai alas,, supaya air tu tak di serap kat atas kain yang di gubah,, macam pic di atas
lepas tu letakkan ler bunga terlebih dahulu,, bunga ikut budget u ols ler,, kalau nak grand bubuh banyak hehehe,,
pastu mir tambah bunga yang lain,, daisy ,, daun ke ,, apa2 yang u ols nak bubuh,, kalau boleh setiap bunga tu tone warna nya sesuai masa nak gubah,, macam pink sesuai dengan ungu,, white,,, pastu warna-warna lembut ,,
make sure u ols cover span yang u ols potong tadi,, supaya tak nampak jarang sangat,, pastu nampak vass kan
sangkar untuk sejadah pun mir gunakan teknik yang sama,,,
ni le rupa gubahan yang dah hampir siap,, nampak tak aluminium foil  kat bawah bunga tu,, so u ols patut lindung lagi dengan bunga,,, so mir kena touch up lagi gubahan ni
pandangan bahagian tepi
ni gubahan hantaran untuk kain pasang yang mir dah ajar sebelum ni,,
lepas tambah bunga,, cuba letakkan di atas dulang,, supaya berat gubahan tu seimbang,, tapi kalau u ols guna pahar berat tembaga,, takde masalah,, tapi bagi yang menggunakan dulang plastik versi mydin kena ler ambik berat tentang bentuk,, saiz,, dan berat gubahan supaya masa letak atas pahar ,, tak ler tumbang di tiup angin
saja snap lebih-lebih ehehehe
lepas gubah,, alihkan atas sofa atau meja,, kalau bubuh kat kawasan yang ada air cond lagi baik,, tapi kalau nak bunga rose tu kembang cepat,, letak kawasan suhu bilik skit,, tapi jangan panas sangat,, kang layu lak bunga tu
untuk gubahan sangkar yang lain pun mir gunakan teknik yang sama,,,
untuk sangkar yang rendah ni,, tuan badan dia nak bubuh buah anggur katanya,, so mir fikirkan bahan yang sesuai,, so terfikir ler bubuh dalam sangkar ni supaya nampak seimbang dengan sangkar burung yang mir bagi pinjam tu,,,
pandangan tepi dari bunga
pandangan atas plak,,, bagi u ols terliur heheheh
ok ... terliur tak nengok pic kat atas tu ,, mir nak tunjukkan u ols cara mir wat gubahan hantaran bunga rampai lak,, lama dah mir tak buat gubahan bunga rampai rasanya,, dulu-dulu orang tua-tua cukup suka dengan bunga rampai,, sampaikan permaisuri agong selayang ( mak mir )  cukup suka dengan gift bunga rampai u ols,, maklum ler permaisuri agong tu ahli seumur hidup Marhaban kan,, so asal ada marhaban jer,, mak mir dengan pantas mengalahkan G. Shanti duk berlari gi simpan bekas bunga rampai tu,,

Dulu zaman era bakul seramik tu,, umah mir siap bertingkat-tingkat almari simpan bekas bunga rampai tu,, tapi sejak dah ada cucu ni.. mak mir dah tak macam dulu dah,, dah duk suka kumpul bunga telor plak mir nengok kat rumah tu,, maklum le cucu dia rajin mengemas kan,, habis semua koleksi mak mir pecah,,,,

tapi tiap kali balik istana kayangan permaisuri agong tu,aiyoo dah macam taman bunga lak mir nengok rumah mir heheheh,., emm lantak le cik jah janji meletop kan,

ok,, melalut panjang lak kan hehehe,, let sambung gubahan tadi,, untuk gubahan hantaran bunga rampai ni,, housemate mir yang duk sangat nak sponser, maklum ler untuk anak buah dia kan,,, dan beliau telah meng offer diri untuk guna sentuhan magic tangan dia ,, so tugas mir duk nengok jer cara dia wat,, tapi baru je dia buat skit,, mir dah pening kepala dah,, bukan apa,, tak memenuhi kehendak mata mir,, ada jer yang tak kena,, dia lak tak sependapat ,, mir lak kata tak sesuai,, tak sesuai,, tak boleh,,, salah,,,

apa lagi berperang ler u olssss

kan aku dah kata tak lawo,, ko nak jugak,,
lawo ler tu dari ko buat macam tadi,,
ok ler mir teruskan entry ni erk,, banyak lak borak kan,, hehehehe

yang ni plak mir nak buat Gubahan Hantaran Bunga Rampai.. bahan nya macam biasa ler,, cawan kristal silver
cawan ni mir guna 7 biji semua nya, mula-mula,, housemate mir nak letak atas dulang kertas kek yang biasa jer,, mir cakap nanti nampak janggal walaupun masih dalam tema silver kan,, so terpaksa la mir touch up mana yang patut,, tu pun past puas mir bertekak dengan dia heheheh
so langkah mula-mula touch up,, ,mir letak daun skit atas papan tu,, bukan apa,, dulang bantal tu mir bagi pinjam jer,, so tak leh la mir nak gam atas bantal tu kan,, sayang tu,, material dia mahal mir beli ari tu,,so langkah susulan yang boleh di buat mir guna dulang kek mir hehehe,,
past dah bubuh daun,, mir letak cawan yang mir tunjuk atas tadi,,
pastu mir letak bunga rampai yang mir dah racik halus ,,, tu pun puas gak mir racik halus-halus tu,, suruh housmate mir buat,,, dia rabun plak,, pastu lepas siap racik dia leh kata ngan mir nak buat bisnes jual bunga rampai kat kubur lak ,, motip????
pastu untuk chanteq kan gubahan hantaran ni,, mir letak bunga skit atas dia bagi vass hehehehe
pastu baru mir gubah bunga tepi dia,, jadi le macam ni haa,,, meletop tak??
ni lak sesi bergambar,, tak habis lagi sesi ni,, sebab mir belum touch up lagi,, past touch up baru le lagi vasss,,,

B.e.r.s.a.m.b.u.n.g.... ( mati le kena carut asyik bersambung jer ) 
apa-apa hal nak carut sila comment erk heheheh