Iklan

Wednesday, July 18, 2012

Meh buat bunga telor Hydrangea

wahh banyak tul yang duk sms mir tanya pasal gubahan,, tak kurang gak yang hina n cerca mir kata tak update dalam fb erkkk ,, sabar u ols,, bukan nak kata mir kekurangan idea,, tapi kebanyakkan gubahan hantaran mir ada segelintir yang tak bagi mir upload dalam blog,konon tak nak orang lain copy dan tiru gubahan diaorang, so mir hanya mengikut arahan saja..

so mir tak nak le membiarkan blog mir sendu tanpa sebarang berita kan,,, mir tetap akan update,, cuma setiap benda tu berlainan ler,,tapi u ols jangan salah faham lak kata mir tak mengambil tempahan lagi,, boleh lagi ,, cuma kena bagi tau mir tema ,, warna berapa dulang,, pastu kalau boleh budget,, mir akan cuba tengok mana yang termampu,,

occay,, kali ni mir nak cite skit pasal bunga telor,, atau pun gift yang korang leh bagi pada orang lain untuk buah tangan untuk salah satu kenduri korang,, cuma mir tunjuk skit-skit ler dulu kan,,pastu kalau korang kreative yang teramat,, leh ler kembang kan mana yang patut,,

occay,, bahan-bahan nya ::

polisterin berbentuk bulat
penebuk kertas ( yang ni mir pinjam kawan mir nya )
pelilit bunga,, 
jarum peniti yang ada manik
dan kertas warna,, ( warna ikut suka ler )
lidi satay
kalau nak vasss letak reben ,,,( terpulang kalau nak )



amacam senang tak bahan nya,,

antara bahan yang mir guna
mula-mula lilit lidi satay macam ni,,, warna pelilit ikut suka
pastu ambik penebuk lubang berbentuk bunga,,, u ols tebuk banyak-banyak jadi macam ni.. pastu u ols leh cucuk jarum peniti di tengah dia,, pastu letak kan polisterin yang bulat tadi
pastu lidi tu u ols cucuk kat span bulat tadi jadi ler macam ni,,, senang kan,,,
kalau leh lidi tu letak skit gum panas ( glue gun) supaya tak tergolek dok apa bila di langgar,, pastu leh gantung telor,,kalau nak buat bunga telor ler,,
nak lagi kreatippppppp
leh letak reben macam ni,, so leh ler bagi orang yang datang rumah korang tu kan,,
kalau buh gantung-gantung lagi meletoppppp
nak buat hiasan kat pastu pun boleh gak ,,

so bunga tu jadi ala-ala bunga hydrangea ni heheheh
 okler mir nak gosok baju keje dah,, byeee,,,

Tuesday, July 17, 2012

JOM BELAJAR LUKIS-LUKIS

Kaaannnn,,,, dah bersawang baru ada masa nak mengupdate blog yang sendu ni,, hehehe,, sori u ols,, mir bz dengan aktiviti sosial mir hehehe,,,

mesti u ols rasa nak termuntah bila bukak jer blog kuar pic beg lappy yang tak sudah-sudah tu,, bukan apa u ols,, sejak balik dari indonesia,, mir jadi bz skit,, sebab mir sedang buat perancangan nak membesarkan biz mir ke sabah kalau takde masalah ler heheh,, biz apa tu,, kena la tunggu erk,, tu baru perancangan,,,

so apa entry yang mir nak tepek untuk uols cuci mata petang ni???

meh sini mir nak story aktiviti sosial mir yang mir suka buat time mir lapang duk kat rumah tak buat menda,, tapi housmate mir tak berapa suka aktiviti ni sebab dia kata menyemak kan bilik jer hehehe,, tapi mir perduli apa,,, kan,,, dah mir suka,,

ok untuk aktiviti ni u ols tak perlu guna bahan yang mahal ,, tapi benda ni leh guna untuk hiasan raya ,, so meh ler kite nengok antara bahan yang mir guna kan

1 biji botol plastik jenama coke ( kalau boleh guna yang paling besar )

1 helai kertas putih,,, ( kertas lukisan )

pewarna hitam

pewarna pink,, ( ikut suka,, tapi mir suka pink hehehe )

pastu pinggan kertas,, ( untuk bancuh pewarna ) kalau takde guna pinggan makanan kucing pun boleh

berus lukisan ( kalau takde guna jari pun boleh )

cara-caranya ::

letakkan pewarna hitam ( water colour pun boleh )
aiyoo pic lain dah hilang pulak,, sori erk terpaksa skip pic yang ni plak,, tetiba camera takde pic yang mir nak tu ,, hanjeng tul camera ni,,

pastu pinggan yang satu lagi,, u ols guna kan pewarna pink campur ngan air skit,, tapi jangan cair sangat,, kang tak lawa bila kering pastu letak la bontot botol tu macam dalam pic ni
sebenarnya pic lukis ranting tu dah hilang,,, tapi kalau u ols tngok kat pic atas ni rasanya leh lukis sendiri kan,, buat bentuk Y banyak-banyak ala-ala ranting gitu,,,

pastu bontot botol yang korang rendam dalam warna tu ,, u ols angkat macam ni,,
dan tekap kat ranting yang mir lukis tu,, jadi macam ni
buat banyak-banyak sampai penuh bentuk ranting Y tadi
haa jadi penuh macam ni haa,,,
tarraa,,, dah siap,, lukisan sakura mir heheheh,,,, kena tunggu nak kering dulu,, past ni leh ler buh dalam frame hehehehe,,,

ok la mir nak kemas rumah jap erk,, nanti mir sambung entry lain lak ,,,