Iklan

Wednesday, November 19, 2008

S.E.N.T.A.P S.E.N.T.A.P.A.N

Sori semua.. minggu ni agak bz sangat,.. maklumlah dah nak masuk akhir bulan.. so banyak report yang dah nak kena siap.. mir macam biasa ler balik kul 10 malam tiap2 hari kan.. mula2 plan nak balik awal ari ni . tak sangka planning hancusss..

Ari ni acara sentap menyentap telah berlaku di opis ni.. ia berlaku antara mirul dengan rakan sekerja mirul kak K.. baru2 ni,, mir bagi kak K sebuah printer baru supaya memudahkan kerja beliau dan beliau tidak meminjam printer mir memanjang a.k.a seumur hidup dia kan,. Malangnyer.. pagi-pagi tadi,. Lepas upacara membaca doa sebelum mula kerja ,( opis mir hari2 memang ken abaca doa sebelum mula keja) , tiba-tiba dia kata

“ mir.. ari ni akak guna printer mir bole???” kaka kak K ( bukan nama sebenar )

Mir sentap ler.. padahal mir dah bg dia sebuah printer khas untuk dia kan.orang lain tak boleh guna printer tu sebb mir dah set nama dia sorang jer. Kenapa nak guna mir punya kan? Angin sangat ari ni… dah ler keje mir banyak yang amat ari ni.. ayoooo peddih nyer hati ni.. rasa tak puas hati sangat,..

Kawan mir perasan perubahan muka mir masa buat.. so mir buat tak tau jeer lah.. dia plak tetiba nak jadi orang tengah pergi sound kakak tu.. dia kata.. “ naper tak guna printer yang mirul bagi tu ??”

Kakak K membalas “ akak nak guna printer mirul tu juga,,,, akak nyer printer ni nanti ler aku guna …
“ PITAM kejap mir dengar ayat tu tadi.. rasanya kalau ambil pisau. Toreh kat muka.. tak kaur darah langsung.. hik hik hik..S.E.N.T.A.P.

Mir buat tak tau jer.. sebb masalah tu tak ler besar mana.. just nak guna printer jerk an.. so biar jer lah.. mir pusing2 jalan2 kat opis.. sebb keja mir banyak nak guna printer yang di gunakan.,. so merasa ler boleh “ menggelor” sepanjang hari selagi printer tut ah habis guna hik hik hik
Tengahari tadi,. Berlaku lagi kes sentap menyentap antara aiza dengan si yam.. u olss ingat tak yam yang mirul teman dia beli kasut sport tu .. kat midvelly??? Ingat tak??? Kes ni berlaku macam ni.
Tengahari tadi mirul malas nak kuar lunch sebb mir plan nak pergi beli barang2 untuk membuat hantaran kan.. so plan ler barang yang nak kena beli dengan senarai bagai….
Si ija a.k.a aiza ni. Call mir ajak teman dia lunch sama sebb dia takde kawan.. memang selama ni mirul kuar dengan dia dan si Yam ni,.. tapi mir terpaksa tolak atas alas an mir nak beli barang.. si yam plak tak masuk keje lagi..so si ija ni takde ler kawan.. so dia pun mula la operandi mogok lapar tanda protes mir tak dapat nak teman dia kan.. Merasa na…

Masa mir duk kemas2 meja nak kuar beli barang.. tetiba jer HP mir berbunyi…

ni ler pic si Yam.


“ mirul.. JOM…!! “ si yam bekata


“ eeemmm??? Jom kemana,,. Bila masa aku plan nak kuar dengan hang ni? Mirul bertanya


“ ala .. jom ler teman aku beli barang??

.. mir jawab ler mir nak gi beli barang,. So dia kata kita kuar saing jer lah kan,.. sekali jalan.. mir pun ok ler..


Bila kami tiba jer kat tempat nak beli barang tu.. boleh si yam, kata.. belek kejap2 jer. Sebb barang yang dia nak beli tu banyak.. BOLEY??.. padahal mirul tak janji nak ikut dia pun.. baru jer mir pegang 2 3 barang,.. dia dah tarik mir suruh ikut dia pulak.. kejiisss sangat.. last2 masa tak banyak dia suruh mir teman dia beli McD.. sentappp...



eemmm ni ler hasil round tadi.. hik hik hik


mir pesan kat dia,. sure ija marah sebb tadi ija ajak pergi makan..mir kata nak pergi beli barang,,. ni barang tak beli. tapi mir plak beli makanan..


Mcflurry perasa Oreo.. mirul suka sangat.. boleh kata tiap minggu mir beli heheheh


sampai ker opis.. si yam boleh cakap dengan ija.. dia bawa mir pergi makan kat mcD.. aiyooooo,... so berlaku lagi adegan sentap menyentap ni.. yang jadi mangsa .. mirul jugaa... PITTAMMMM

eemm tadi mirul terima pic dari kawan mirul yang baru saja melangsungkan perkahwinan nya pada minggu lepas.. tapi mirul tak dapat pergi.. apa pun Mirul ucapkan,,. SELAMAT PENGANTIN BARU, kepada sahabat mirul .. Nur Azlan semoga kekal ke akhir hayat dan anak cucu

No comments: