Soalan faizul ( rujuk dari skirn box chating sebelah )
FAIZUL: berapa berat badan ideal untuk tinggi 168? saya pun tinggi 168cm
jawapan soalan tersebut :
Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Anda tahu tidak, bagaimana cara untuk mendapatkan berat badan yang ideal? Kalau anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
Tahap BMI yang sihat ialah antara 18.5 hingga kurang dari 25.
Sekiranya BMI u ols berada pada tahap
Apakah kedudukan berat badan u ols?
kurang dari 18.5 = kurang berat
18.5 hingga kurang dari 25 = Berat yang unggul / ideal
25 hingga kurang dari 30 = Berat yang berlebihan
30 atau lebih= Terlalu berat / obese
BMI hanya boleh digunakan untuk orang dewasa yang berumur 16-64 tahun. Ini adalah kerana golongan dewasa mempunyai saiz dan komposisi yang lebit stabil.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Obesiti
No comments:
Post a Comment