Iklan

Wednesday, March 31, 2010

Mir dapat Award u ols


mati ler sekali update 2 entry sekali guss kan,, ahak!
Thank Pada Silent blogger mirul yang sudi bagi mir award heheheh,, tak sangka mir ada peminat yang sudi bagi Award ni so u ols,, click Address ni untuk pengesahan hehehehe

thank yer Cik Fiza
bukan nama mir jer yang tersenarai dalam senarai penerimaan award dari cik fiza ni,, ada ramai lagi occay ,, nama mir dia letak,, THE BESTEST - hehehehe
-mr.amirul (the bestest {whoaahhaa} silent reader...wee)
thank yer cik fiza,, susah-susah jer,, hehehehe

Bala Tentera

Tolong mir u ols,… korang ingat tak kisah anjeng sebelah umah mir yang duk suka memekak siang malam berduet ari tu?? Tadi masa mir pose-pose tepi tingkap akibat menyidai kain baju yang mir basuh ( ko mampu sidai kain sambil pose?? Nan Ado kan?) mir nampak dia dah bersalin,, Motiffff sangat,, bila masa dia mengandung ?? asal mir tak perasan dia mengandung selama ni? Yang penting,, anak dia 3 ekor u ols,, dasar Bohsia sangat kan? Walaupun duk terkurung kat rumah ,, tetap ada jantan datang berzina niiii,, gitiewww,,,

gambar sekadar hiasan

Mir memang syak dia sedang meramaikan Bala tenteranya untuk menyerang mir kali ni,, aiyooo takut nyer,,

Kul 10 pagi tadi,, mir gi ler beli telor ayam kat bawah kedai umah mir tu,,maklum ler kat rumah mir ada biawak hidup,, asal beli telor sepapan jer konon nak wat kek,, tak sampai 2 hari dah habis kan,, lepas tu mir lukis rupa hantu kat telor tu biar biawak tu kalau bukak jer kotak telor dalam almari ,, mesti dia terkejut beruk kan, kan ,, kan,,


telor katanya,,ko ada telor macam ni wook??? nan Adooo

siapa biawak itiew? Mir kah?? Ops! Sori,, mir lembu occay bukan biawak,,

Melalut plak,, occay sambung balik,, masa duk bejalan nak ke kedai bawah flat mir, yang mengadap rumah henjeng yang ada anjeng tu,, leh plak anjing tu duk menyalak tengok mir,, motif sekali lagi? Ingat mir hantu ker yang duk salak-salak tu,, atau dia sedang memberi tahu anak-anak nya supaya berhati-hati dengan manusia bernama Amirul Syafique ini?? Mir ngah kompius kejap,, harus past ni,, mir gi keje mir selubung,, supaya anjeng tu tak cam muka mir kan,, betul tak?

Friday, March 26, 2010

Dia mai lagiiii



DIA DAH MAIII DAHHH....

KORANG JANGAN LUPA ESOK KITA SAMA-SAMA SUPPORT EARTH HOUR ,, SEJAM JER DARI KUL 8.30 MALAM SAMPAI KUL 9.30 MALAM,, NAK BUAT LEBIH JAM PUN BOLEH,,
MARI LER KITA SELAMATKAN BUMI DAN KURANGKAN PEMANASAN GLOBAL YANG ADO,,,

tapi awat kat tv dah kurang promosi erk?

Sah Memang Sahhhh!!!

ya ampun,, ni kali ke2 mir gi main bowling u ols,, dulu mir masuk pertandingan bowling anjuran takaful kan,, tapi macam biasa,, mir kan tangan bangku,, so untuk tidak membiarkan rekod tangan bangku mir menghantui kebangkuan mir,, mir nak ler gi main sekali lagi,, kot-kot mana ler tau ada Ong ker kan

kebetulan masa tu mir dapat cuti,, so group opis mir telah mengadakan majlis suai kenal sambil bermain game bowling kat Time Square,, mir sebagai ahli baru dalam group mir tu wajib ler datang sokong,, walaupun dalam hati mir ngah kecut ni,, buat nyer lontaran mir masuk longkang ker apa ker,, harus mir di ketawakan ,,

ni ler tempat nya u ols

sampai jer terus duduk pose,, yang penting,, awat muka mir macam mayat putih melepak bila kena flash??? nampak sangat mir ngan pucat tu,,, hehehehe

rakan-rakan yang ado,, sambil tunggu yang lain2 tu sampai ,, apa lagi duk ler posing kan

barisan yang kononnya hebat! hehehhee

pose tak hinggat ni,,

tengah gentar,, tapi pose tetap pose

nampak tak dagu mir yang dah kena cukur janggut tu,, hehehe

tengah setup nama barisan pemain

ni le bola bowling u ols berat ya rabbi,,

caaakkk!! ada plak mamat yang sempat pose walaupun nak wat pic candid ni,, siiioooooottt

perghhh lontaran pertama

eemmm takut mir,, dah macam atlit dah ni,,
yang penting,, mir memang telah di sahkan Bertangan Bangku sebab balingan mir asyik masuk longkang jer,, so tak payah ler nak snap banyak-banyak,, buat sakit hati jer kan,, kang masuk pic lain buat mir sentap jer,, nasib baik masa balingan mir yang paling tercurut itiew telah menyebabkan camera hp mir terus habis bateri,, kalau tak harus ler masuk You tube nanti pic mir yang tengah duk tergolek dog akibat singkuran di parit bowling tu kan,,

Thursday, March 25, 2010

Siapa keja Bank Rimau,, tolong jawab kan!!!

Siapa kat sini keje kat bank rimau,, atau ada sedara mara yang keje kat bank tu,,mir nak sangat minta jawapan yang membelenggu fikiran mir ni,,


sentapp,,, sentappp...!!!! mir tadi gi bayar sewa umah mir kat satu bank kepala rimau ni,, pastu mir cucuk duit konon nak gi beli barang yang dosi habis,, masa duk print penyata tu,, mir sentap giller bila baca masg yang terpampang kat resit tu u ols,,


meh sini korang nengok apa yang di tulis...


mir dah blur kan logo n nama bank tu,, tapi kalau korang tau,, bank apa,, korang siasat ler sendiri erk,,


mir just nak tanya kot-kot ada yang leh bagi penerangan kat mir yang tengah duk blur ,, tak tau ler blur sebab kena rasuk baca mentera yang terpampang tu ker atau mir yang memang kena rasuk???


Masa kertas resit akaun pengeluaran tu keluar,, mir terus baca masg tersebut,, mana ler tau dia tulis,, Tahniah noq,, anda menang 1 juta ker,, kan,, harus ler mir ketawa keriangan bagai nak giller kat Atm tu,, tapi dinch u ols,,perkara tu jauh panggang dari api mir akan dapat masg yang macam tu,, tapi masg yang keluar tu buat mir terus menjerit kerasukkan bagai orang giler yang kehilangan 50 sen untuk satu tempoh yang dinch pasti,,

korang nampak tak apa yang mir tunjuk tu,,??
nampak tak?? ker korang masih blur lagi???
cuba baca ayat yang tertera tu,, siap ngan tulisan besar lagi


ANDA TELAH MEMBUAT 4 PENGELUARAN TANPA CAJ PADA BULAN INI. CAJ 50 SEN MUNGKIN DIKENAKAN UNTUK PENGELUARAN BERIKUTNYA TERTAKLUK PD BAKI AKUAN.
Gitiew,,, so apa yang korang nampak dari masg yang dipaparkan??
Occay ler,., pada mir yang memang tak tau apa2 atau mir memang tak pernah keje kat bank tu ,, memang mir tak nampak langsung apa yang di maksudkan pada masg tu,, yang mir tau,, past ni mir MUNGKIN di kenakan charge 50sen untuk pengeluaran seterus nya...walhal mir gi cucuk guna card ATM buah ceri dari bank itiew occay,, bukan mir cucuk guna card ATM lain,, wat per nak charge 50 sen untuk pengeluaran seterusnya?

Yang penting,, tertakluk pada baki akuan,, banyak mana noq yang tertakluk tu,, baki rm2000 ker?? atau rm100 atau 50 sen yang tinggal dalam akuan tu ,,ko nak sapu bersih? mir kompius ni,, dah ler ari tu mir pernah bertekak dengan staff ko kan pasal ko suruh mir tukar card dengan charge bukan-bukan,, ni ko nak tolak akuan mir plak kalau mir buat pengeluaran,, ker ko nak mir sendiri tutup akaun dari bank ko terus baru ko puas hati??? .. dulu mir pernah minta buku akuan,, supaya supaya senang mir nak kuarkan duit kalau hilang card bagai.. tapi ko kata tak ada pengeluaran buku dah,, tapi mir sabar jer,,

dah macam-macam kes mir lalui sejak guna akaun ni,, dari 1st time bukak akuan,, tukar card,, la ni,, nak buat pengeluaran,, mir malas nak ungkit bagai,,mir tak nak marah,, yang mir nak tau maksud masg tu,, mir harap sangat ada orang cuba terangkan kat mir apa maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh masg tersebut,, mir tak tau nak ngadu pada siapa,, ker korang dah tau hal ni ,, atau mir sorang yang ketinggalan zaman???

Wednesday, March 24, 2010

Gubahan Hantaran : Mas Kahwin

hai u ols, sihat ker,, rindu kat mir tak? ahak!.. sori lambat bersiaran., mir bz lately,, tu yang jarang2 mir nak update blog,,maklum ler cuti sekolah minggu sudah ramai yang dosi buat majlis perkahwinan dan pertunangan,, rezeki mir,, alhamdulillah,, masyuuukkkkk

minggu sudah mir terima 3 tempahan gubahan sempena mas kahwin,, 2 minta mir masukkan dalam blog,, satu dinch mau katanya,,

tapi yang mir terkilan tu,, mir hanya sempat ambil pic untuk satu gubahan mas kahwin jer sebab masa mir dah suntuk,, pastu Hp zaman nabi mir tidak berfungsi plak,, kena plak masa nak buat gubahan ari tu kelamkabut skit sebab material yang mir nak guna tu tak ada yang sesuai dengan tema,,

mir hanya sempat ambik pic bekas wang mas kahwin jer u ols,, jadi ler kan,,

ni ler bekas nya,, harga pun leh tahan mahal

mir close up skit,,

kepada kak haniza ,, mir minta maaf sangat kerana mir tak sempat nak snap pic gubahan duit mas kahwin ari tu,, dan kebetulan hantaran tu mir buat kat opis hehehehe,, ,, kena plak material yang ado tu sukar didapati,, mir harap akak puas hati dengan kerja tangan mir,,
yang PENTING,,, masa mir hantar gubahan hantaran mas kahwin ari tu,, kak haniza telah memberikan pada mir extra payment rm30.00 u ols.. nak nagiss mir,, terharu,, apa pun mir harap kak haniza puas hati sekali lagi,,
eemm so untuk gubahan yang sempat mir snap ni adalah,,gubahan dari encik hafies yang telah melangsungkan perkahwinannya dia Port Dickson sabtu lepas,,gubahan ni pun last minit gak,, 2 hari sebelum majlis mir terima ..,, apa pun nasib baik mir sempat buat kebetulan mir bercuti pada hari tersebut,,, kebetulan mir ada dapat panggilan dan sms dari pelayar blog mir yang menghadapi masalah masa nak buat gubaha mas kahwin,, so ari ni mir nak ajar cara gubahan tu sekali lagi,, sebelum ni mir ada tunjuk pada entry yang lalu kan? ingat tak??
so u ols.. jom kita nengok cara buat gubahan tersebut,,


bahannya,, gunting, dawai,, duit not 1 dan rm 10,, ( bergantung pada jumlah mas kahwin) ,, sesungut bunga ( tak tau nak panggil apa hehehehe) dan pita pelilit,,

ni ler duit u ols..kalau boleh guna yang baru kuar dari bank,, sebb duit ni keras dan senang nak bentuk

mula-mula gulung hujung duit tu,, nak guna lidi leh,, tak nak guna jari pun boleh,, disebab kan mir dah biasa buat,,, mir guna jari,, kalau korang baru nak belajar,, guna lidi satey occay,,,

so buat pada 4-4 bucu duit tu,, make sure gulung pada satu arah duit tu jangan buat depan belakang plak,,

pastu terbalikkan,, pada bahagian tengah tu,, u ols,, ronyokkan skit,, atau tolak kedalam skit

kalau expert,, picit macam ni,,,,

so picit sampai tercantum macam ni,, nampak tak?

ikat ngan dawai halusss bahagian tengah nya

bentukkan duit supaya menjadi kelopak ala-ala sudu gitiew

buat banyak-banyak,, untuk gubahan bunga ni ,, mir galak buat 4 helai duit kertas untuk bentuk satu bunga ,,
tapi kalau nak buat 3 helai duit pun boleh,,
ambil skit sesunggut bunga tu,,,

ikat ngan dawai jadi macam ni

so cantum kan pada semua kelopak yang ado.. mula2 cantum kan,, kelopak pertama dengan sesungut,,pastu cantum kan dengan kelopak yang lain

kemas-kemas kan skit,,

so jadi ler macam ni,, amacam ,, lawa tak bunga rose sesungut mir?

so hias kan skit2,, lilit dengan pelilit,, dan daun

touch up mana yang patut,, disebab kan warna tema dia silver putih,, mir letak atas pilow jer,, senang nak bawa ke dalam masjid nanti kan

eemm kena kemaskan apa yang patut,,

close up skit

ni ler rupanya gubahan mas kahwin yang mir buat ari khamis lepas,, semuanya rm200 mas kahwin,, jenuh gak nak lipat kelopak duit ni satu persatu
pada semua bakal pengantin,, mir menggalakan u ols,, guna helaian kertas yang banyak,, contoh,, kalau mas kahwin rm100,, so mir galakkan guna duit rm 1 sebanyak 100 keping,, supaya gubahan u ols,, meletup dan meriah,, gubahan berbentuk bunga ni,, tak lawa kalau buat 2-3 kuntum,, melainkan di mix dengan bunga segar,, hope bakal pengantin dapat ilham dengan gubahan kali ini

Friday, March 19, 2010

Korang pernah tak mengigau????

yang penting tetap pink,,,

Kes ni baru berlaku semalam u ols ,,,Kisah dia macam ni

Mir semalam keja satu hari suntuk kan,, dari kul 530 pagi masuk keje.. sambung wat over time ,, sampai kul 12.30 malam,, punya ler gigih mencari sesuap nasi kan,, pastu balik rumah,, terus mandi,, pose-pose manja sambil nengok tv,, pastu mir masuk tido sebab dosi mengantuk bagai nak giller,,

Dalam kul 4 pagi .., mir tersedar terus siap-siap gi keje,, sampai opis gi kuanter opis,sebab mir kan keje customer service kan. Hujung-hujung datang sorang makcik,, dia minta bantuan kat mir,, bagai tau,, kad excess hilang bagai,, mir ngah suruh isi form supaya kita leh siasat,, sebelum tu kena ler kuarkan semua peralatan yang perlu,, lebih kurang setengah jam past tu ada sorang pelanggan ni datang bagi excess card kat mir,,pastu mir simpan ler kat dalam laci bagai,,,,

Hujung- hujung pastu tu ,, makcik tadi tu datang balik,,dengan rasa bangga nya mir cari ler excess card dalam laci,, tapi dinch jumpa,, mir ingat kawan mir dah ambik kan,, mir pun selongkar bagai nak giller dalam laci,,

Tengah duk mencari card tu,, mir terdengar dari belakang kawan mir duk menjerittt

Woii,, ko dah lama hidup ker??
Tak reti ker senyap.. orang nak tido pun susah,, yang gi selongkar almari kasut tu wat per?? Ko nak kena pijak dengan aku erk,, ko kemas sekarang almari kasut tu,.,..


Pastu mir tersedar u ols,,mir mengigau rupanya,, kawan mir dah menjengkilkan kata kat mir dah.. yang penting rumah mir bersepah u ols. Akibat mir mengigau,, nasib baik dia tak siram muka mir dengan air

Untuk cover line,, mir jawab balik

"Ehh,, ni memang tengah kemas kasut ni,, nak kuarkan yang dah tak leh pakai,, dengan yang elok,,, awak gi ler tido dulu"

“DAH jangan nak cover lain,, dari tadi duk bercakap sorang-sorang,, berjalan time tido tadi tu hapa,, ko tak kemas balik ko siap,.,,"

Yang penting Mir boleh berjalan kuar dari bilik,, cakap sorang-sorang,, cari excess card,, selongkar almari kasut,, macam orang giller,, housmate mir plak tengok mir macam nak telan jer,, maklum ler mir buat bising masa dia nak tido kan,, layak ler kena marah tengah malam tu

Pagi tadi,, housmate mir cerita,, dah masuk hari ke dua dah mir mengigau u ols,, ari tu tak teruk,, semalam yang paling teruk,,,orang lain pun keje gak,, tapi tak ler teringat sampai ke rumah,,

Mir just senyum-senyum siput VaVi jer ler kat dia,, tuhan jer yang tau perasaan mir masa tu,, hehehehehe nasib mir ngigau selongkar almari kasut,, buat nyer mir ngigau sambil buat kek siapa nak jawab???

Thursday, March 18, 2010

heyyyy u ols i am backkkk!!!!



tu diaah,, sekali bukak blog mir kuar penyapu,, penyapu itiew telah di send melalui email oleh salah seorang pelayar blog mir yang minta mir update blog mir hehehehe,,dahh bersawang katanya,,tadi try bukak email.., mir check email,, dalam FB pun ramai yang dok cerca mir u ols.,, pengsan mir kejap,, bukak jer email,, ada 201 email,,, giller banyak,, yang FB lagi ker,, ada 94 masg yang mir dinch balas hehehe,, yang duk kutuk mir,, mir terus delete jer,, hahaha,, pastu mir terus offline email mir sebab mir harap esok mir baca skit-skit hehehe,, takut gak u ols, bukak jer email ada pic penyapu,, heheheheheh
mir bz u ols,, bz keje,, bz,, hantaran,, bz wat kek,, kadang2 tido pun tak cukup,, mir sampai hutang tido pada diri mir lagi,, bayangkan,, mir gi keje gelap kul 445 pagi.. balik umah kul 12 malam,, pastu esok sambung keje balik bangu kul 4 pagi lagi heheheh,, aiyoooo tak menang tangan u ols.. rumah pun dah ala-ala hotel dah sekarang ni,, mula housemate mir pun mir dah tak nengok langsung,, pergi keje dia tido lagi,, balik keje dia tido jugak,,, kelas tak..kira macam tido tak bangun-bangun gitew kan,, ada satu kali tu,, masa mir balik keje,, dia leh terjaga,, pastu siap selubung lagi,,, apa lagi menjerit ler mir,, ingat hantu ,, rupanya,, dia u ols,, hik hik hikk

Yaaaa ampun,,, lama mir menghilang dah kan nak 3 minggu tu ada tak?? mir pun dah lupa bila last mir bukak mail u ols., maklum ler komitment mir tak henti-henti sejak 2 menjak ni,, kat opis jangan citer ler kan,, mir kan lum "kompem" lagi kan,, so kena ler keje separuh mati u ols,, mencari sesuap nasi .. tu ler hakikatnya kan,, maklum ler takde orang yang nak bela mir,, lain ler wook yang chanteq tu,,mir plak warookkk,, muka dinch di minati u ols.. sediih
sebut pasal keje ni,, ramai gak kenalan blog ,, pastu yang dah add mir dalam FB n Tagged,, terjumpa mir u ols,.,. maklum ler mir kan custemor service berjaya sekarang ni,, so ramai ler yang mir dah berterjumpa,, yang puji tu,, ada ler jugak,, yang cerca mir ,, eemm berlambak lagi,,
plak tu siap ada interview mir lagi

"awak ni elly erk??
"elly mana plak akak? elly iskandar ker?"

gambar sekadar hiasan

bukan ally yang tu,, tapi elephant kan? hahahaha - ketawa bagai nak giller

terus mir tergolekkkk dari kerusi kat kuanter tu,,

tapi yang pastu mir sabar jer u ols,, senyum jer,, .. tapi itiew membuktikan mir dah popular lah kan,, kalau tak,, takkan orang leh cam muka suci mir ni- suci katanya.. hik hik

mir sebenarnya ada banyak benda nak citer kat u ols.. tapi masa mir terhad,, ni pun curi-curi masuk jap.., eemm nanti mir sambung lagi erk,, kalau sempat mir bukak mail kat rumah plak,, heheheh