Iklan

Sunday, March 8, 2009

Perarakan Sabtu

haaa... dah jumpa dah pic yang mir cari pagi tadi huuureeyyyyyyyy!!!
pagi tadi lepas bfast mir belek2 hp.. rupanya pic mir kuar makan ari jumaat tu ada dalam HP ni.. so merasa mir bagi u ols tengok satu persatu na.. jangan gaduh occay.. tak cukup mir tambah pic lain lagi.. merasa kan..

jumaat lepas.. mir dan rakan2 opis gi makan kat KL sentral.. sebb si ibu mengandung tu teringin nak makan ayam yang kurang kolestrol katanya.. kurang kolestrol ler sangat kan.. padahal dia nak makan ayam.. cakap jer lah.. tak payah nak selindung bagai kan..ops!

kebetulan .. mir dah lama snagat tak jumpa marina.. marina ni kawan baik mir dengan ija dulu. dulu kami satu opis.. dan marina pun dah lama sangat kami tak jumpa tanya khabar kan.. dulu masa jumpa dia mengandung.. tengah sarat masa tu,.. laaa ni dah slim world dah,.,. anak pun dah setahun.. nampak sangat dah lama sangat tak jumpa kan.. **merasa**

tengah ambil oder

memang ramai orang sangat kat Kenny Rogers Roster masa tu.. pic kepala skit tu.. pic si yam,.,. pantang mir kuar hP.. mesti muka dia ada kan.. giller glamer katanya..** mati ler ko yam..

u ols tengok.. muka dia lagi

dan lagi.,. siap nak tunjuk kelopak idung kembang dia tu..

ibu mengandung tengah belek menu

ni ler marina u olsmenu mir punya.. yummmyyyyyy!!

eemmm tadi mir belk-belek surat khabar,.. bukan takat belek jer.. baca ler sekali kan,,. mana ler tau ada berita best ker.. muka mir kuar paper lagi ker ** ops!** tetap nak glamer kan..

masa duk belek2 paper berita harian tu.. terjumpa satu berita ni.,.

Selesai segera isu PPSMI
Oleh Zulkofli Jamaludin dan Anwar Hussinbhnews@bharian.com.my

BERIBU-RIBU penyokong gerakan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mengingkari arahan polis apabila terus berdegil berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum, semalam.

PM jamin ambil kira desakan rakyat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Kementerian Pelajaran mengambil keputusan segera berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bagi mengelakkan isu lebih besar tercetus. Perdana Menteri berkata, kerajaan menyedari ada desakan kuat daripada rakyat, khususnya orang Melayu supaya isu PPSMI diselesaikan segera.

"Isu PPSMI ini sudah menjadi isu yang besar dan sensitif. Kerajaan mengakui desakan rakyat dan mengambil perhatian terhadapnya. "Saya berharap Kementerian Pelajaran mengambil keputusan segera kerana jika tidak, tekanan dan tindakan NGO (badan bukan kerajaan) akan berterusan dan menjadi lebih besar lagi," katanya pada sidang media selepas melancarkan novel fantasi Dragonfire Hammer karya penulis muda berusia 14 tahun, Adam Umemoto, di sini semalam. Petang semalam, perhimpunan membantah pelaksanaan PPSMI di ibu kota yang disertai ribuan penyokong, bertukar kecoh apabila kumpulan berkenaan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan, walaupun Polis Kuala Lumpur sebelum ini hanya membenarkan mereka berkumpul di Masjid Negara.
*************************************************
bukan apa u ols.. berita ni ada ler skit tentang apa yang mir nampak semalam..
kebetulan mir berada kat opis masa tu.. mir gigih buat ot.. ** gigih katanya**
masa tu .. dalam kul 1 lebih nak dekat kul 2 tu.. mir gi ler pantry.. masa tu duk belek-belek pokok kaktus mir yang mir duk tanam kat pantry mir yang luas yang amat macam dapur hotel kan..
masa duk belek-belek.. mir ternampak ler orang berarak.. mula-mula ingat ada perarakan maulidur rasul.. tapi dinch u ols.. perarakkan tentang benda lain.. ** perarakkan apa tengah hari macam tu???** so merasa ler mir snap guna camera 1 megapixcel mir ni ,.. walaupun camera hp ni zaman jahilliah.. tapi boleh guna lagi.. merasa ler,,. nak kuar hp pun ala-ala takut jer.. sebb malu dengan orang keliling kan,,. kuar pun kena tengok kiri kanan dulu .. hik hik hik.. kalau tak u ols tak merasa ler blog mir ni sunyi sepi takde pic bagai kan..
ni ler hasil tanaman mir .,. tak lama lagi boleh tuai dah .. **tuai katanya

ops! kaktus lagi

ni ler perarakan nya u ols

kalau ler sambutan maulud nabi esok..
orang ramai berarak ramai macam ni kan best

ramai kan.. mir cadangkan.. lepas ni.. sila buat satu baris atau satu line jalan sajo..
tak ler ganggu orang yang lalu lalang kan.. mana tau ada kecemasan

pic sudut lain

eemm ramai nyer

No comments: