Iklan
Monday, March 9, 2009
SELAMAT MENYAMBUT MAULUD NABI
u ols tahu tak pengertian maulud nabi?? dinch tahu??? u ols dah berumur berapa ni.. sampai dinch tahu dan tak nak ambil tahu,..** motif nak emo??**
so far ari ni sambutan di adakan di dataran merdeka ..dinch tahu juga.. ?? motiff???
opis mir pun terlibat dalam perarakan tersebut.. tapi mir dinch masuk u ols.. ** mati ler kena carut kan??** bukan apa.. dah cukup orang kata mereka... mir dah daftar awal-awal dah tau.. sebb kalau di terima masuk dalam perarakkan tersebut.. dapat sepasang baju melayu dan samping sekali.. mir nak ler baju tu,.. boleh pakai raya kan.. tapi dinch dapat u ols.. sebb nama mir no 35 ... sebb depa semua nak 30 orang sajo.. lagi pun.. mungkin nawaitu tak betul kan.. sebb tu ler dinch di terima masuk.** nawaitu katanya**
pagi tadi hujan lebat yang amatz kan .. kena plak.. waktu berkumpul kul 6.00 pagi tau di masjid jamek bagi peserta yang masuk perarakkan itiew.macam mana ler depa berarakkan??? .
tapi masa tu hujan dah lebat kan. mir just tengok kejap kat tv jer.. pastu bila dah ok skit hujan tu.. mir terus gi tengok kat dataran.. ko pergi tak mail??? dinch nampak pun ko kat situ?? mesti ko duk membuta kan kan kan... isshh bila ler ko nak insaf.. dah kertu pun dinch insaf.. ops! ter Emo lagi,,. mati ler ko mail
u ols tahu tak maksud maulud / maulid nabi..** mati ler tak tau juga kan..
Maulid Nabi Muhammad SAW terkadang Maulid Nabi atau Maulud saja (bahasa Arab: مولد، مولد النبي), adalah peringatan hari lahir Nabi Muhammad SAW, yang dalam tahun Hijriyah jatuh pada tanggal 12 Rabiul Awal. Kata maulid atau milad adalah dalam bahasa Arab berarti hari lahir. Perayaan Maulid Nabi merupakan tradisi yang berkembang di masyarakat Islam jauh setelah Nabi Muhammad SAW wafat. Secara subtansi, ** subtansi katanya ** peringatan ini adalah ekspresi kegembiraan dan penghormatan kepada Rasulullah Muhammad SAW.
kan.. merasa kan.. baru faham maknanya.. sejarah nya plak ..
Perayaan Maulid Nabi diperkirakan pertama kali diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi, seorang gubernur Irbil, di Irak pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193). Ada pula yang berpendapat bahawa idenya sendiri berasal dari Sultan Salahuddin sendiri.
Tujuannya adalah untuk membangkitkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, serta meningkatkan semangat juang kaum muslimin saat itu, yang sedang terlibat dalam Perang Salib melawan pasukan Kristen Eropa dalam upaya memperebutkan kota Yerusalem.
**yang ni mir baru tahu u ols.. sebb mir copy paste kat dari
http://id.wikipedia.org/wiki/Maulid_Nabi_Muhammad_SAW
ops ! mati ler mir kena carut juga lepas ni..
mir masih ingat lagi.. masa mir kecik-kecik dulu.. zaman-zaman sekolah dulu,, mir selalu sangat ikut perarakan maulud nabi ni.. siap masuk pertandingan buat spanduk lagi tau..
masa mir di sekolah menengah.. mir telah menang 3 kali dalam 5 pertandingan yang berlangsung pada masa tu.. yo lah masa tu mir dari tingkatan 1 hingga 5 sekolah yang sama..
2 kali jer mir tewas u ols..** sujud kan**
ingat lagi kesusahan zaman dulu masa mir nak buat sepanduk.. ingat lagi masa tu mir berkelahi dengan kakak mir ( yang tengah baca blog ni la ni ) ** ko ingat tak kak??**
masa tu.. kakak mir pun masuk gak pertandingan tu.. mir plak masa tu tingkatan 1.. dia tingkatan 5 .. kami bertanding sama2 occay..
masa tu akak mir main mengelat..** ko tahu tak mengelat tu apa?? dinch tahu juga. aiyooo korang sekolah tamil ker dulu.. ngelat tu.. lebih kurang macam tipu ler..
ok sambung balik cite tu
akak mir gi jemput jiran belakang rumah makcik ani untuk suruh tuliskan sambutan maulud nabi guna pansel.. mir ingat lagi.. mir tulis sendiri tau.. walaupun mir dinch sekolah agama .. tapi mir dinch buta jawi ocayy.. ** jawi katanya** yer lah sebb mir tiru apa yang akak mir tulis masa tu .. kalau tak.. sah-sah ayat mir salah kan..
masa tu mir ingat lagi .. akak mir duk warna kan kain rentang dia kat depan.. mir plak warnakan kat belakang..mir plak tengah jeles sangat sebb sepanduk mir dinch siap lagi.. akak nyer dah siap dah.mak mir tolong dia memang tak adil sangat.. tak tolong mir pun.. sediih... mir buat sorang-sorang sambil kesat air mata guna hujung lengan baju.. sedih u ols..**sob sob**.. sambil taip cite ni pun mir duk kesat air mata gak ni**
mir punya ler jeles.. masa tu mir saja jer lalu-lalu kat spanduk akak mir yang tengah di biarkan untuk proses pengeringan warna.. pastu mir tumpahkan pewarna kat kain rentang dia.** mati ler ko kak** kebetulan rumah mir ada kucing tau.. mir letak pewarna kat bawah kaki dia.. pastu mir suruh kucing tu lalu kat kain rentang dia... zzzasssss... jadi ler corak yang amat menarik sangat..hahahahaha
sekarang baru ko tahu kan akak?? ** mati ler mir lepas ni kena tibai kan..ops!** .. mir terus lari kuar rumah.. hehehe.. kebetulan corak kat kain rentang tu memang sah-sah rupa tapak kaki kucing kan,,semua tak perasan... hehehehe.. fffuuuhhh!! lega... masa mak dan akak tengok.. aiyoooo menjerit kakak mir.. last2.. kena touch up warna spanduk tu u ols.. mir yang jadi mangsa kena tolong depa semua..
semua tu dah jadi kenangan dah.. apa pun.. mir nak minta maaf kat kakak mir yer.. hik hik hik
jumaat lepas.. ada ler ceramah kat opis mir.. mir sampai lewat sebb mir banyak keje.. tapi sempat ler mir dengar skit-skit walaupun dah separuh jalan kan.. antarannya ustadz tu bercerita tentang CAHAYA MUKA NABI S.A.W.
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullahs.a..w.
Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, "Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu !"
Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat ?" Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."
tuu dia.. muka rasul kita bercahaya u ols.. walaupun dalam keadaan gelap..cuba u ols bayang kan.. kalau muka mir plak bercahaya macam tu??? mir sure korang lari lintang pukang kan.. yo la.. mesti korang ingat hantu lembu kan kan kan.. ** mati ler mirrrrr**
BERDOA Berkata Al-Barra' r.a . bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad.
" KIJANG DAN ANAKNYA Diriwayatkanoleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu disisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya,lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. :
"HaiPesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."
Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula ?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya. " Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata :
"HaiMuhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah)berfirman: "Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."
Alhamdulillah. marilah kita memperbanyakkan bersyukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad. Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara u ols semua -** cerita tentang mir tu jangan u ols bagi tau kat ornag lain.,. kalau mir dapat tahu.,. awassss korang !! **. Semoga kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW.
Hai orang-orang yangberiman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (surah Al-Baqarah ayat : 208)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment