Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal
Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
mir punya adalah
:10 november 1983
( so korang dah tahu tarikh bday mirul jangan lupa bagi hadiah occay)
10 + 11 + 1983 = 20042 + 0 + 0 + 4 = 6 ( so mir punya no 6)
Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan ( yang ni mak mir punya 10/01/1961)
- Hadir dengan idea baru. **tahu tak per.. mak mir suka berkemas ada jer benda yang dia nak ubah**
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. ** ni mir mewarisi sikap mak.. suka berdikari.. kan mak???
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. ** sama ler macam mir.. kita memang serupa kan mak.. ops!
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. ** tapi mak mir bukan queen control occay
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
-Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welachkira2
2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat. …
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati
- Mereka tidak suka bersendirian
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria (yang ni che ani punya 23.05.1982 )
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. **yup.. makan pun tak habis juga,. motiff makan?
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.**popular ker??? takde pun nama ko dalam ABP?pengsan**
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konservatif ( yang ni si Yam punya 02/04/1978)
- Golongan ini sangat peka dan tradisional ** hahahah memang kena sangat dengan si yam tu.. suka barang-barang lama yang dah ketinggalan ops!
.- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. ** kalau tak ,. takkan mir asyik bising kat dia
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.**setuju
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.**yam suka buat OT,.. pastu sakit-sakit.. terus keje jadi banyak balik -ops!
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.**ko keje DBKL ker yam?? mir dinch tahu pun??
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.**setuuujuuu**
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. **ko baca yang ni yam.. tu ler.. mir tengur tak nak dengar** merasa**
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis ( yang ni abah mir 17/03/1956)
- Mereka adalah perintis. ** kalau bukan perintis.. mir takkan lahir kat dunia ni..ops!
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). ** memang mir mewarisi sikap ni heheheh
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. ** yang ni pun mir mewarisi juga ko ada tak sifat ni tak akak???
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik ( yang ni mir punya 10/11/1983 dan ija punya 29/05/1979)
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. (** tahu tak per,,jangan buat mir marah ocayy.. tapi mir marah bertempat)
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.** yup ni mir setuju..hahahah angkat bakul sendiri nampak
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.** hummss.. hussrmmm.. kembang dah idung mir ni
- Mereka suka seni musik.** mir suka benda seni.. musik kurang skit**
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.**setuju**ko setuju tak yam??** dulu ko pernah cakap mir ni baik dan setia pada kawan kan.. ahahahah
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.** yup.. kadang2 mir akui..
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
**Albert Einstein dan Christopher Columbus katanya.. hik hik hik..pengsannn
7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
-Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka
.- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.
Nota : Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%...bagi mir secara peribadi... aku percaya 80%... coz ini adalah antara cabang bidang ilmu yang dikaji..sekian wallhua'lam...
No comments:
Post a Comment