A- Penemuduga 
B- Orang yang ditemuduga   
SITUASI 1 
A   : Ada boifren? 
B   : Ada . 
A : Dia bekerja dalam negara ke? 
B : Oh tidak. Dia bekerja di luar negara. 
A : Maaf, syarikat kami tidak boleh terima kamu bekerja di sini. 
B : Mengapa ?? (nada terkejut) 
A : Emm… kamu mesti tidak akan lama bekerja di sini dan yang paling  penting syarikat tidak akan mampu membayar bil panggilan antarabangsa  kamu .   
SITUASI 2 
A : kamu ada teman wanita? 
B : Tiada 
A : Tak cuba untuk dapatkan seorang ke? 
B : Pernah mencuba tapi tak berjaya. 
A : Pernahkah kamu terfikir untuk mendapatkan kerja terlebih dahulu dan  kemudian barulah mencari teman wanita. 
B : Saya mementingkan kerjaya dan buat masa sekarang saya tidak mahu  memikirkan perkara (cinta) tersebut. Itu urusan peribadi. 
A : Nampaknya saya tidak dapat menggaji kamu. 
B : Tapi kenapa encik? 
A : Kamu lemah kemahiran berkomunikasi dan tiada keyakinan diri, itu  saja.   
SITUASI 3 
A : Kamu nampak cantik dan bergaya. Tentu kamu sudah mempunyai teman  lelaki kan ? 
B : (Tersenyum bangga). Emm ya saya. 
A : Sudah tentu dia seorang yang kaya (sambil mengurut janggut). 
B : Tuan memang bijak. Dia antara yang terkaya dalam negara ini dan  memiliki syarikat besar.  A : Oo begitu rupanya. Cik maaflah saya tidak dapat menerima kamu bekerja  di sini kerana teman lelaki kamu sendiri pun tidak menerima kamu bekerja  di  syarikatnya. Ini kan pula saya.  B: Tapi..tiada jawatan yang sesuai dengan saya di syarikatnya. 
A : Jadi apa jawatan yang sesuai dengan kamu? 
B : Setiausaha. 
A : Maaf sekali lagi. Kamu tidak layak bekerja di sini kerana kecantikan  kamu akan menjejaskan semangat kerja pengurus kami. 
B : Tapi saya bukannya cantik sangat pun encik. 
A : Haa..lagi bermasalah sebabnya pengurus saya pasti tidak berminat  dengan kamu 
B : (Gulp!)   
SITUASI 4 
A : Ada girlfriend? 
B : Ada .   
A : Cantik tak dia? 
B : Biasa je.   
A : Hmm.. maaflah kamu tidak layak bekerja di sini.
 B : Tapi kenapa encik ?  
A : Syarikat kami terlibat dalam perniagaan berkaitan seni dan memerlukan  seseorang yang berseni.  Tetapi kamu langsung tidak mempunyai ciri-ciri  tersebut. Teman wanita pun biasa je. 
B : Haa??(melopong)
 
No comments:
Post a Comment