Iklan

Monday, December 14, 2009

1 hari sebelum


cakkkk

berokband mir dah kembali sihat ,, sori sangat sebab ambil masa nak update

ari ni merupakan hari paling bersejarah pada mir,, mir telah tamat berkhidmat di syarikat yang telah mir berkerja selama 8 tahun

mir memang berat hati sangat nak melangkah keluar dari syarikat mir sekarang,, tapi apa kan daya,, mir terpaksa memilih kerjaya lain,, mir kena fikirkan masa depan mir juga,, terus terang,, tidak pernah ada perasaan benci atau geram kepada syarikat yang telah banyak membimbing, mendidik,, mengajar mir erti kesusahan,, erti kesabaran,,

mir akui telah ramai yang telah keluar dari syarikat tersebut dengan perasaan geram dan yang pasti ada perasaan dendam dan benci,, tetapi TIDAK PERNAH WUJUD PERASAAN ITIEW PADA MIR.. kha be nehiii u ols,, dinch sama sekali,, mir masih sayangkan takaful Malaysia ,, buat sekian kalinya,, mir akan dedahkan nama syarikat mir yang sebenar,, yang telah banyak membentuk mir menjadi insan yang tabah,, apa erti kehidupan,,

mir masih ingat lagi,, masa mir mula-mula masuk keje di takaful,, mir tidak pandai menggunakan system computer,, kak mahani telah mengetuk tangan mir dengan pembaris,, berkali-kali mir kena,, mir pernah kena cubit di lengan,, sampai lebam,,tapi mir tahan jer,, tak nak orang nampak mir sakit,, walaupun lebam,, mir seronok,, mir dapat belajar banyak perkara,, dari tidak pandai menggunakan computer,, kini mir mampu membuka sebuah blog,,

mir akui mir ni seorang yang amat nakal dan terkenal dengan sikap surprise.. dulu mir pernah merancang kena kan kak mahani membuat kezutan pada time besday dia,,mir buat spanduk besar-besar gantung kat shilling opis,, besar sangat,, siap ada rambu ramba lagi,,kak mahani datang terus terkejut dan sentap spanduk itiew,,, kak mahani malu sangat time tu,, tapi dia tak marah,, mir pernah nampak spanduk yang mir buat tu kat bawah meja dia,, dia masih simpan kadbord tu ,,,semua telah menjadi kenangan pada mir ,, thank kak mahani,, ( hope dia membaca luahan hati ini ).. akak telah banyak mengajar saya ,,, saya terhutang budi sangat,,

mir ada seorang bos,,. Bos chines,,dulu bos mir ni masa masuk mula-mula amat ler garang,, mir ingat lagi ,, kalau dia mengamuk semua orang akan lari lintang pukang,, mir selalu sakat boss mir,, walaupun tau dia garang,, lama-lama boss mir jadi baik .,, cakap pun slow jer,, dah banyak berubah,, alhamdullillah,, sampaikan orang kata bos tu akak mir,, mir tak marah,, yer lah muka mir kan ala-ala korea kan,, ( tetap ,,,) bos mir plak mata dia takde kelopak sangat,, sepet jer,, sebab tu ler kawan-kawan mir kata mir ni adik dia,, orang lain tak berani nak nakal-nakal dengan boss mir,, tapi mir berani u ols,, biasa ler budak nakal kan,, tapi kalau bos mir mengamuk,, ya ampun,,, berbatu boleh dengar,, mir pun takut u ols,, apa pun tu semua dah jadi kenangan,, yang pasti tersimpan rapi,,

pada rakan-rakan sepejuangan yang lain,, maafkan mir kerana telah melukakan hati mu,, mir banyak buat salah,, mir minta maaf kerana terpaksa pergi jua,, mir tidak dapat meneruskan perjuangan bersama kalian,, mir telah kecewakan kalian kerana telah membuat keputusan nekad untuk pergi berjuang di tempat lain,, insyaALLAH ada rezeki dan jodoh ,,, mir akan bertemu kalian kembali,,teruskan usaha mu,,
mir sayang sangat pada kalian,,

mir nak kongsikan skit pic kenangan 1 hari sebelum mir berhenti,, pic ni banyak sangat kenangan pada mir..

terus terang,, mir tak tau yang department mir ada buat majlis perpisahan khas untuk mir,, thank sangat u ols,,

majlis dia adakan pada hari khamis,,mir tak bersedia langsung nak memberikan ucapan.. tapi mir kena gak gagahkan diri memberikan sedikit ucapan

kawan-kawan mir
boss mir

puan maisarah. bos department lain,, dah macam boss mir sendiri..
salah seorang peserta biggers looser heheheh

mir,, tengah tahan sebak

cover mir,, coverrr

uik,. mata dah bengkak dah,, conferm dah nangisss

bengkak,, tapi tetap senyum

coverina sangat

tetap poseee

jamuan di mulakan

eemm posee,, jamal pun bersubahat anjurkan jamuan ni dengan kawan-kawan department mir

pose cover perut buncit akibat makan banyak hahahaha

pose,,, tetap nak juga jamal tu,,,

ni ler am,, pose akhir peluk-peluk gitiew,, motif mulut mengangaa,,

kak ila,, pose dengan hadiah,,

boss mir

azri,,

gitieww.. pesaing faizal tahir,, hahahaha supermannnn

masril,, pose bawah ketiak dia heheheh

pose kawan-kawan,,

berhenti pun kena gak siap kan keje kann,,

thank sangat-sangat pada kawan-kawan,, mir takkan lupakan kenangan bersama kalian,,
apa pun mir dah mula merindui kamu semua

1 comment:

Anonymous said...

ingatkan cine x leh keje kt takaful, maklumlah syarikat islam...

pas ni drama baru akan menyusul...