Iklan

Sunday, August 2, 2009

Gubahan Sirih Junjung lagi,,,

Macam mana dengan Tips gubahan yang mir bagi?? u ols faham ker apa yang mir cuba sampai kan..

mir nak cuba view kan skit dengan apa yang mir bagi tau tentang tip tadi.. tapi yang ni mir dinch ada ambil pic cara rendam span hehehe sebab pic ni mir dah ambil Malam Khamis ari tu

Gubahan sirih Junjung yang mir nak tunjuk ni adalah gubahan sirih junjung yang khairul minta mir buat ari khamis lepas.. so u ols tengok dan cuba ambil idea dari apa yang mir nak sampai kan.. lihat tips yang mir bagi,., dan u ols cuba praktik kat apa yang mir hidangkan..,

untuk tema sirih junjung yang khairul minta mir buat kali ni adalah Warna Putih..

so dapatkan bakul warna putih,, kalau takde u ols spray

Harga bakul di atas rm20 hinggit,, saiz besar lebih kurang saiz A4 ,, boleh tempah kat mir kalau nak

khairul minta mir buat kecik jer,, tapi mir nak sama kan saiz dengan bakul yang mir bagi pinjam ari tu.,. so mir terbuat besar hahahah sori yer khairul.lagi pun kalau besar,., mir tak minta bayaran tambahan pun,,. heheh kira rezeki ler tu

pastu letak span yang telah di rendam,., kalau boleh span tu di atas dengan mangkok span ler,., kalau takde,, letak aluminum foil jer,.

bunga yang ado.. ada 3 jenis,., sebab budget dia tak besar sangat,, so mir beli
yellow peacock .. rose putih 21 kuntum dan daun kelapa..
pastu sirih ( nama pun sirih junjung kan) ,. bunga melor..
kalau u ols perasan.. tema dia putih,, tapi mir guna warna yang kontra,.,tapi hasilnya,, warna putih tu akan menonjol..

so jadi kan dauh sirih sebagai base,, susun elok2,, mir letak sirih junjung belah tepi dan gubahan bunga sebelah yang lain..,

pastu cucuk bunga asas,, mir guna daun kelapa.. ( tak tau nama dia apa hahahah )
asas ni supaya kita bole agak besar mana gubahan yang kita nak buat,,
dan betuk yang macam mana kita nak.,.,
so jadi macam ni

pastu mulakan letak bunga rose,, di sebab kan suhu malam agak tinggi,, mir tak bukak kudup bunga tu

bila dah letak bunga,, baru letak yellow peacock.. tutup mana ruang yang ada,, supaya nampak penuh

pastu letak bunga melor.. bunga melor ni,.. supaya gubahan u ols wangi,, bunga rose warna putih, kuning berbau wangi berbanding dengan bunga rose yang lain,, tapi bau dia tak ler kuat sangat hehehe
so kalau u ols tak nak letak melor pun tak per..mir letak pun sebab mir suka dengan bunga ni,, heheh dah jadi treadmark mir dah hehehehe,, bunga melor ni kalau dia kembang,, satu bilik boleh bau tau,,

gubahan yang dah siap

u ols boleh tukar daun kelapa tu kepada daun keladi atau paku pakis.. tapi di sebab kan mir nak buat pembaharuan skit.,. mir letak daun kelapa ni supaya nampak jurai-jurai skit heheheh

bakul putih,, rose putih,,, so cukup syarat dengan tema yang di minta

cuba u ols perhatikan ,, walaupun banyak yellowpeacock, warna hijau,,,,tapi mata u ols lebih tertumpu warna apa??... warna putih lebih terserlah kan??
itu ler yang mir cuba sampaikan kat u ols,, jangan bagi warna tema tenggelam,, yang penting,, cari alternatif supaya warna , tema yang u ols nak letak tu lebih menonjol
bayang kan kalau 21 kuntum bunga rose itu kembang.. sure VAVAVOOOMMM kan
khairul yang datang rumah mir malam khamis tu pun terkejut sebab mir mampu siapakan sirih junjung dengan cepat,, dan hasil yang memukau,, dia kata dia sayang nak bagi bunga tu kat adik angkat dia,.??? hahahaha,, pastu sirih junjung tu terlalu memukau,, sedang kan gubahan hantaran yang family dia gubah untuk adik angkat dia late-late jer.. sah-sah gubahan mir ni lebih menonjol,, terus dia pening kepala u ols,. pastu dia kata menyesal masa dia kawin dulu,, dia tak tempah kat mir,, padahal kisah dia kawin tu dah 5 tahun berlalu dah tu,, motif ko nak sanding lagi sekali???
so u ols??? dah boleh gubah sendiri ker?? kalau susah sangat.. tempah jer kat mir heheheheh

9 comments:

Hello Bakerz Bakery & Cakes said...

mir.. napa bunga lagi n daun lagi banyak dari sirih... kata sirih junjung.. so sirih sepatutnya lebih banyak dari yg lelain.... satu lagi knapa tak letak pinang, kapur semua tu.... kan ada melayu mesti ada benda2 tu walaupun zaman dah moden dan org tak makanlagi... tapi adat tetap tidak hilang kan....

btw sebenarnya ward pun buat benda cam ni gak.. he he he he....

Amirul Syafique said...

salam azward.. memang akan nampak daun lagi banyak dari bunga sebab bunga tu tak kembang lagi.. kalau dia kembang sure nampak banyak.. sirih dia ada banyak.. cuma tak nampak sebab warna dia pun hijau.. kadang2 kita letak daun sirih banyak.. tapi kalau majlis lambat.. sirih akan cepat layu..sebab sirih di cucuk bukan dengan batang so sirih tu tak dapat nak serap air..

untuk kapur dan pinang.. kadang-kadang mir letak.. tapi atas permintaan.. lagi pun sekarang ni ramai yang tak nak.. sebab budget akan jadi tinggi.. ingat tak gubahan sebelum ni>? warna merah??? mir ada letak pinang , kapur dan gambir.. satu pinang tu harga dia rm 3.. so kalau mir letak dalam 9 batang.. dah jadi 27 hinggit.. so dah lari budget kat situ

ALJUNNAHCOLLECTION said...

wallaa...mengancam betui u punyer koleksi.....memang tangan seni betui...drpd geezz hampeh...

kaydeenasa said...

salam
i nak tnye
brape harga tempahan sirih junjung nih?
sila emel me

sarahtuldhilah@gmail.com

BR,
dilla

Anonymous said...

nmpak mcm senang je tgn mir menggubah sirih tu...bile nak try buat...hehehe...sane tak betul..sini tak betul..last2 liss campak je!!hehehe

Anonymous said...

thanks sbb sudi share cara2 buat gubahan sirih.. tgh cari idea mcm mana nak buat..

mei linda said...

salam amir..sy bru terbc block amir.w0o0w.nampaknye amir xkedekut ilmu untuk dikongsi bersama.sy br nk bjink2 dlm gubahn ni.mint sesgt.slalonye wat untuk fmly n keng kwn yg kenali shje.kwn br suggest kat sy untuk wat bnd ni semua.cm sy xth mcm mn nk mulakan.blh amir bantu sy????

Ruzen gulalebih said...

hye ,salam mirul , gubahan cantik tapi tidakkah terlalu besar kalau untuk saiz hantaran... melainkan untuk hiasan bilik pengantin .

qasseh said...

salam..sya nk thu cara gubahan sirih junjung cara lama.