Iklan

Sunday, August 2, 2009

Tips Gubah Bunga Hidup

salam u ols GIGIH mir pagi-pagi buta teringat nak bukak blog.belum sempat mandi dan bfast puin.. bukak jer mata terus hadap PC ni. tup tup ada 2 soalan dari blogger di chat box.

Mir cuba jawab soalan maut dari 2 blogger yang sentiasa mengikuti perkembangan blog mir.. dari xora dan Lyyn


soalan mereka adalah : ( mir copy paste dari chat box )

2 Aug 09, 07:13Lynn: Salam Mir, nak tips cikit dari Mir bab Sirih Junjung ni. Contoh ye esuk paginya pukul 9 nak hantar smua berian.so bila masa yg sesuai utk mengubah Sirih tu?hehe.. ni baru nak bljr2 gubah lah ni:)Tq..

1 Aug 09, 23:31xora: bunga artificial mir.. orkid warna ungu.. camne .. help helppp.. esok nak beli dah.. huuuuu..


31 Jul 09, 22:55xora: mir, takde tips ke camne nak buat hantaran pakai bunga orkid? i need help!

Untuk tips gubahan bunga segar tak kira ler orkid atau rose,, atau apa sahaja
  1. mula-mula tahu jenis bunga yang kita nak gubah

  2. kalau boleh tanya pada tokey kedai tu bunga tu tahan berapa lama..

  3. tahu tema yang ingin di sampaikan ( warna,konsep .dll)

  4. budget- kalau boleh gi servy harga bunga tu sebab harga bunga kadang2 murah, ada kala harga mahal sebab banyak permintaan dan stok kurang katanya

  5. berapa jenis bunga yang ingin di beli???? ( kalau boleh letak 2 atau 3 warna dalam satu gubahan, lebih kan warna tema )- kalau boleh bayangkan rupa paras gubahan tu kalau dah siap dengan bunga yang kita rasa nak beli tu.

untuk mengubah sesuatu gubahan bunga segar ( sirih junjung atau bunga dulang ) make sure span basah di gunakan.jangan guna tisu basah.. sebab air dari tisu basah akan menitik u ols.. karang kena pada hantaran u ols plak..siapa nak jawab tu??

Span basah boleh di beli di kedai bunga segar, beli yang dah siap di rendam, kalau u ols nak rendam sendiri kat rumah pun boleh ( kadang2 tokey kedai tidak sediakan span basah yang siap) u ols kena pastikan dalam span tu , air telah meresap sepenuhnya,. teknik merendam mesti ada..kadang-kadang span nampak jer basah di luar., tapi di dalam kering u ols.. so kalau cucuk bunga nanti.. bunga u layu.. sebab bunga tu dinch dapat serap air sepenuh nya.. ( batang bunga tu akan meresap air dalam span.. bukan di luar span tau... so hati2 ler time merendam tu)

Tips merendam span

make sure air yang di gunakan lebih tinggi dari span.. dan span jika di masukkan ,, air tu dapat tutup semua bahagian span tersebut.

span kan bentuk dia 4 segi.. u ols kena mula merendap dari bucu sekali.. maksud mir.. sengetkan span tu.. pastu masukkan bucu yang pertama sekali ke dalam air tu.. jangan tolak span terus ke dalam air.. biar kan air meresap sendiri ke dalam bucu span tersebut.. lama kelamaan.. span akan jadi basah skit demi sedikit dan macam berat.. dan ia kan tarik span tu masuk dalam air.. make sure u ols pegang span tu jangan sampai terbalik plak....

Pastu tekan span skit lagi ke dalam air skit.. sampai habis ke bucu yang lain.. ( rasanya dalam 5 minit kot) .. make sure slow-slow dan span itiew meresep air sendiri.. jangan terus tekan dan rendam.. nanti udara yang ada dalam span tu tak boleh keluar sebab liang span tersebut telah tersumbat dengan air.. sebab tu u ols.. kena gigih tunggu span tu meresap sendiri.. cuma makan masa skit ler.. kalau u ols malas sangat, beli jer kat kedai bunga yang siap di rendam

pastu baru mula gubah

Tips Gubahan Bunga

kalau boleh u ols gubah waktu Subuh, waktu pagi ( sebelum kul 11 pagi) atau waktu malam kerana pada masa ini suhu kurang panas ,.. tapi kalau u ols gubah dalam bilik ada aircond lagi baik,,tapi rumah mir takde aircond,.maklum ler miskin u ols.. tak mampu..** sop sop sambil lap air mata dengan lengan baju**

so kena gubah dalam 3 waktu tersebut.. kalau u ols berani nak ubah waktu tengahari.,. boleh juga.. elakkan dari terkena cahaya mahatari yang terlampau

mesti u ols pelik kan. kenapa dinch boleh gubah kalau suhu tinggi,, ia kerana bunga yang di gubah akan cepat kembang pada suhu panas.. lagi panas lagi cepat kembang dan cepat layu.. contoh kalau gubah bunga rose,. bila kita gubah pada suhu tinggi .. bunga tu akan cepat kembang.. kalau boleh kudup ( selaput plastik ) pada bunga tu u ols jangan tanggalkan .sehingga selesai gubah baru tanggal kan, ini bagi tujuan mengelakkan gubahan bunga tu kembang sebelum hari istimewa tu..macam mir selalu buat tu,,, (lihat entry sebelum ni banyak kali mir tunjuk)

Gubah dari basic.. maksud mir.. cari angle yang kita rasa di depan untuk orang lihat., atau juru gambar senang nak snap pic..

jangan lindung barang yang kita nak hantar.. ( try tengok di entry gubahan PS sebelum ni ).

cara gubah mir pernah tunjuk sebelum ni kan???

kalau bleh guna 2 atau 3 warna yang boleh match dengan tema warna tu

contoh kalau guna orcid unggu.. mir cadangkan beli yellowpeacock sebab bunga ni ni warna hijau kuning.. tak pekat sangat warnanya dan kecik2-kecik so bunga orcid tadi akan lebih menonjol..jangan guna warna lain yang akan lebih menonjol dari bunga tema bunga tu

contoh. jangan guna bunga lain yang sama warna .. sama saiz.. sama banyak.. nanti jadi carca merba,,elok-elok nampak meletop atau mewah.. teruss... PITAMMM ! kalau tengok.. yang penting serlahkan bunga asal ( kalau nak tema guna orkid serlahkan orkid,, kalau nak rose.. serlahkan bunga rose ,. u ols faham ker apa yang mir terangkan ni???)

sat gi mir tunjukkan cara gubah sirih Junjung Encik Khairul.. sori ..mir dah lapoo nak gi mandi dan bfast hahaha..

7 comments:

xora said...

thanks mir!! best best dapat tips tip top! baik. saya akan cuba praktikkan nanti :) tapi mesti takkan sehebat kamu, tapi yang penting berusaha!

Riena said...

oohh tips yang sangat baik nihh.. thanks mir

CoOkiE MoNSter said...

wauuuu....thanks for tips yang sangat berguna. byak yang sy xtau tp dah tau bila baca kat blog nih. hehe..

Ddila said...

hye mir.. i pnah tolong mmber ubah bnga segar pd waktu mlm sbb die nikah pagi pkul 10. masalahnye..kenape bile dh bukak penutup putih tu bunga tak kembang2? sedih laa..bile amik gmba bunge kuncup..nk nagis rase..nak tips!

afad said...

span H2O ni ada jual tak kat giant or jusco.. dah emergency sgt ni..

Cik Jaja said...

Oh ada rupanya jenis span air ni utk gubah bunga segar. Baru tau :D

Iqa yuhaida said...

Kalau guna batang pisang untuk buat sirih junjung, mcm mana nk bg bunga hidup kekal segar?