Iklan

Thursday, January 28, 2010

Di kejar Anjing yang Hanjeng sangat

Mir nak tanya u ols..


Korang pernah tak kena kejar anjing?? Mir baru kena kejar anjeng tadi u ols,, ala hanjeng yang mir duk cerita ari tu ler,yang suka berduet siang malam tu lagu hati kama,, ingat tak?

Cite dia macam ni,, Ari ni mir balik keje dengan housemate mir,, kebetulan housmate mir parking kat depan rumah yang ada hanjeng kan,, masa tu pagar umah dia terbukak sebab tuan dia ngah duk pose-pose basuh van gitiew,, mir plak tak sedar yang pagar dia terbuka maklum ler selama ni tak pernah plak dia bukak pagar rumah dia kan,,

Pastu,, masa mir ngah pose-pose nak kuar dari kete,, boleh anjeng tu duk pandang-pandang mir?? Mir buat dek ler sebab tuan dia ada kat situ kan,, Masa nak kuar kan barang dari kete, boleh anjeng tu menyalak kat mir,, terkejut ler mir kan,, pastu boleh anjeng tu datang berlari kat mir

oh budak niler yang siram aku malam ari tu,, siap ko,, aku gigittt

So kalau ko jadi mir,, apa yang korang buat?? Sah-sah ler korang lari lintang pukang betul tak?,,

lari noq.. larii..

housemate mir plak tergelak bagai nak giler kat dalam kete tu,, yang tuan hanjeng tu dia nengok jer anjeng dia kejar mir,, boley??? Bila mir pandang jer muka housemate mir ,, dial eh terkup muka dia u ols,, konon seram ler tu, walhal dia cover muak dia dari ketawa ,, bukan mir tak nampak?

mir sori aku tak nampak apa-apa occay..

Mir apa lagi,, berlari pecut 100 meter u ols. Mengalahkan Watson yambek dah,., mulut mir asyik ler terkumat kamit membaca “ thab bad yadda,, ( maaf mir tak tau nak eja tulisan rumi macam mana) bagai nak giller,, Sebab dulu-dulu masa mir kecik-kecik umur 10 tahun la,, time ngah muda belia gitew,, kawan mir kata kalau kena kejar anjing baca ayat muqaddam macam tu,, apa lagi mir pun baca ler, tapi mir nengok anjeng tu still kejar mir lagi, apa lagi menjerit ler mir lari lintang pukang kan,,

Mir nak terkincit dah rasanya kena kejar anjeng tu,, pastu tuan dia panggil anjeng tu,, terus anjeng tu balik rumah dia,, dia tak jadi nak kejar mir,,

Yang housemate mir plak duk ketawa tak hinggat siap kuar air mata lagi tau,,,, nasib baik,, mir dah nak sepak anjeng tu ,, tak pun pukul dengan kayu ker kan,, berani dia kejar mir,, ,, gitiew, walhal nak menangis dah masa kena kejar tu,,

woi hanjeng,, kalau ko berani,, ko kuar ler rumah tu,,asal ko nyorok,, apa ko ingat aku takut ker?

pastu housemate mir kata,, anjeng tu nak balas dendam kat mir sebab mir siram air kat dia ari tu,, boley? Tapi bukan ker masa mir siram malam-malam tu mir menyorok kat sinki ?? Agak-agak u ols,, macam mana anjeng tu leh perasan mir yang siram dia,, atau housmate mir yang bagi tau kat anjeng tu agak nyer yang mir siram dia kan,, <<<<,tetap nak salah kan orang lain

Tuesday, January 26, 2010

Resepi Yang di Janjikan

tudian,, cuba nengok keputusan vote u ols ari tu,,,Hari ni mir akan memberikan resepi puding roti dan Mini Paris puff yang mir dah janji nak bagi tau ari tu kan,, mir pun tak sangka gak ramai yang duk email mir minta resepi ni heheh,, ada dalam 50 email yang mir terima tau,, eemm undian yang mir siarkan dalam blog pun,, amat memukau,,teruja mir ,,

so tanpa berlegangah,,ni ler resepi yang mir dah janji nak bagi kat u ols

Puding Roti

Bahan A:
500 ml susu segar
100 gm gula kastor
8 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B
1 buku roti gardinea- di potong kecil -dadu
1 tin buah laici - ambil air nya sekali- isi di cincang
100 gm mentega - potong kecil
100 gm kismis

Caranya :
i-Bahan A di gaul sebati
ii-Bahan B di gaul sebati
iii-campuran tadi di biarkan 20 minit- biar roti serap air dan kembang betul-betul
iv-masukkan dalam loyang pembakar,,bakar sehingga kekuningan ( 30 minit-45 minit)-suhu 180'c
v-sejukkan

untuk kastard puding roti
( yang ni terpulang nak buat boleh tak nak pun tak per sebab rasa puding tadi dah ok dah tapi kalau kat hotel,, biasa di hidangkan dengan kastard nya sekali- lebih sedap buat kastard ni masa nak hidang)

Bahan-bahannya
Bahan A
250 ml susu segar
50 gm gula kastor
1/8 sudu kecil esen valina

Bahan B
15 gm tepung kastad

caranya:

bahan A di panaslam sehingga mendidih,
masukkan kastard ,, terus tutup api dan kacau,,

hidangan sedia di hidang - mir suka makan puding tu sejuk-sejuk baru kuar dari peti ais heheheheh


MINI PARIS PUFF ala Pavilion
heheheh nama tak tak kalah ni,,,

Bahan-bahannya:

Bahan A
125 gm mentega
250 gm Air
secubit garam
secubit gula castor

Bahan B
140 gm tepung Gandum
1/2 sudu kecil baking powder

Bahan C
4 biji telur gred B

caranya
i-Bahan A di campur dan di panaskan
ii-masukkan bahan B,, gaul laju-laju,, tutup api,, dan sejukkan pada suhu bilik
iii-gunakan mixer,,doh tadi,, di mix kan,, kemudian,, masukkan telur sebiji-sebiji
iv-gunakan piping - masukkan adunan kedalam pipping, dan bentukkan mengikut saiz yang di sukai,, ( macam mir mir buat bentuk bulat) di atas dulang yang di sapukan minyak/magerin
v-masak selama 20-25 minit pada suhu 180'c-sehingga kekuningan
vi-sejukkan adunan

untuk inti/kastard

Bahan-bahannya
50 gm tepung jagung
120 gm gula kastor
120 susu segar
250 ml air
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
25 gm mentega

caranya
i-semua bahan dari tepung jagung sehingga esen vanilla di campur dan di gaul sebati
ii-masak campuran tadi di atas api yang pelahan sehingga bancuhan menjadi pekat
iii-masukkan mentega,, dan tutup api,, kacau,,sebati

selamat mencuba u ols

Sunday, January 24, 2010

Cuci atau cerca?

Arggggghhhh,, sentap mir ari ni..

Tadi masa mir ngah pose-pose nengok tv,, housemate mir leh panggil mir ke dapur,, mir pun gi ler kejap jengok dia sebab mir nampak dia ngah wat air tadi,, ingatkan dia nak bagi air yang dia buat ker kan,, tapi dinch u ols,, dia leh kata,,

mir bilik air tu aku dah basahkan,, ko nak mandi jap lagi kan,, apa kata ko basuh terus, sebab kalau aku basuh nanti ko kata tak bersih plak,,,,

VOLEY???? Mir pun terkedu ler dengan statement dia kan,, tapi tak per ler,, di sebabkan mir nak mandi sat gi,, mir pun gigih le menyental bilik air tu yang dah seminggu tak di cuci kan.. kalau ikutkan mir malas nak basuh u ols,,
tapi bila fikir balik,, bila lagi nak basuh bilik air tu,, nasib ler ada satu jerk at rumah ni,, kalau ada dua ,, sure mir kena sental 2-2 sekali kan,, bukan apa u ols,,,,, ari tu mir ada ler suruh housemate mir basuh bilik air,, tak sampai 10 minit dia basuh,,, mana mir tak angin,, dia kata,, bukan kotor pun,, kan dah cuci minggu lepas,, mir angin ler takkan nak tengok berlumut baru nak sentak elok-elok,, kang merekah jubin korea mir tu, siapa nak jawab - tu diaah,, korea katanya walhal made in china statement tak nak kalah ni,,heheheheh ,, tapi tak sangka dia balas dendam dalam minggu ni plak,dia leh suruh mir yang basuh, aiyooo geram tul mir,, tapi tang basuh bilik air tu tak per lagi,,

terus mir berubah masuk watak dalam filem cuci...motif pic muka pelakon yang tengah tu macam kenal jer?

Tapi baru jer berlaku sat tadi,, mir masa tu ngah tengok citer Merlin ,, ngah pose-pose makan biskut,, dia leh kata dia tekak dia teringin nak makan kek keladi,, keji tak? Wah,, kemain dia tu,, mir pun kebetulan ada sekilo keladi kat dapur yang dah beli seminggu tapi tengah pose maut bawah sink sebab takde masa nak masak,, apa lagi,, teringat ler pasal keladi tu,, hujung-hujung dah berdaun agak nyer ubi keladi tu sebb mir beli minggu lepas, tapi terlupa ada kat bawah sink,, boleh plak housemate mir bagi hint-hint pasal keladi tu,,

So mir pun gigih le ke dapur wat cake keladi.,, untung-untung leh ler buat bfast pagi esok kan,,, ngah mir duk buat kek tu,, mir pun duk ler intai kat tingkap., mir saja nak sakat hanjeng yang duk selalu memekak tu,, sebab ari ni dia senyap jer mir nengok,, sakit tekak ker hapa dia tu, ke dah kena racun?, maklum ler asyik memekak jer kan,, kadang-kadang geram gak dengan hajeng tu,, tapi bila dia senyap.,, rasa sunyi plak..,.ops! terkup mulut – MOTIF rindu kat hanjeng tu??

So masa mir ngah pose-pose siapkan kek keladi tu,., housmate mir pun masuk bilik air dan mandi,, keji tak?? Ko begang tak? Mati-mati mir ingat dia dah mandi,, tau tadi mir suruh dia basuh bilik air tu,, rasa nak jer mir tibai dia dengan ubi keladi tu tadi… awas ko yer,, ko kuar nanti ko siap.,

Tadi kek mir pun siap ler kan,, tapi bole dia tanya mir ,, asal kek keladi ni warna unggu??? Biasa ko buat warna hijau,,,

Agak-agak u ols apa yang berlaku past itew??

Tetiba-jer mir kena rasuk dengan Hantu si EL ,,

mir apa lagi bising ler kan,, memang ler kek keladi warna unggu ,, takkan warna hijau plak,, kalau hijau tu kek pandan ler,,

ko tak tau beza ker kek pandan dengan keladi?

Baru dia balas,, oh yer ker,, kenapa tak wat warna hijau kek keladi ni,, kan chanteq,,

Mir rasa macam nak panggil jer hanjeng kat rumah depan tu gi gigit dia u ols,, ko tak geram?

Saturday, January 23, 2010

Nak tanya skit kat Uols

Mir tadi ngah pose-pose check email kan,, tiba-tiba mir dapat email dari pihak Yahoo ,
mula-mula mir buat tak tau jer,, tapi bila mir baca,, dia minta mir balas
ni adalah email yang dia send kat mir



u ols pernah dapat tak email macam ni?
pastu kalau korang dapat,, korang balas tak email yang macam ni,, mir ngah kompus ni,, buat nyer dia delete akaun mir,, harus ler mir payah nak on9 past ni kan
masalahnya ,, cuba u ols perhatikan kat bawah ni,,
yang penting dia minta mir letakkan password occay,, ko tak kompiuss,, perlu ker mir dedahkan password mir dalam email itiew??

U ols pernah datang tak email macam tu,, so apa pendapat u ols?

Friday, January 22, 2010

CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE

jemput mamam,, CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE

ramai yang duk email kat mir tentang resepi CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE .. so sebagai janji manis yang telah mir taburi dulu,, mir masukkan resepi ni,, so u ols try ler buat erk,, tak payah guna oven pun bole,, cuma resepi ni guna aiskrim,, so jangan dedah kan sangat kat suhu bilik,, kalau tak habis ., terus masuk petisejuk,,,, chilled ni sedap kalau buat minum petang,, kalau nak best lagi, tuang blueberry masa nak hidang kat atas dia,, eemm Yummyy

CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE
Bahan Base
150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus]
2 s/b butter [suhu bilik]
Bahan cream
250 gm cheese cream ( pilihan mir philidephia -mir suka cheese ni,, sebab yang ni sedap skit dari cheese biasa ,,cuma mahal skit ler
300 ml yogurt [perisa buah ]- mir letak perasa blueberry,, tak pun perasa vanilla
100 gm gula halus [gula kastor]
100 gm ice-cream vanilla
mir cadangkan buat double untuk bahan cream cheese ni,,baru nampak tinggi skit adunan dalam loyang,, tapi untuk permulaan ,, buat ler skit dulu erk,, takut ada yang tak berapa suka,,
Larutan agar-agar cair [panaskan]
130 ml air
1 s/b agar-agar serbuk
Hiasan [kacau sebati]
Filling blueberry
1 s/b air suam
Cara
1. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang.
2. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
3. Masukkan yogurt dan ice-cream dan kacau rata
4. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
5. Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam. - mir masuk 4 jam atau semalaman,,
6. Keluarkan dan letakkan filling blueberry.
7. Hidangkan.

Thursday, January 21, 2010

Akak Kompius noq ,,,

Hai u ols,.,sihat ker,, mir ngah on9 kat kedai "mapelair " ni,, ngah tunggu client mir datang,, sambil nunggu dia mai,, mir pun on9 ler kan,, heheheh kebetulan ada Wifi kat kedai mapelair ni,, harus guna sebaik mungkin,, betul tak,, susah kita nak cari kedai melayu yang ada wifi,, kebanyakkan kat kedai yenna jer kan? ,, naper erkk..
mir banyak terima email dari u ols,, thanks sangat,, sori mir tak sempat balas sebb masa mir agak terhad sekarang ni,, tapi dalam banyak-banyak email yang mir terima,, mir terima email kat bawah ni,, soalan dari Nur fariha ni,, mir banyak sangat terima,, kes kompius noq,, so apa lagi,, jom kita layan,,,

From: Nur Fariha


Sent: Thu, January 21, 2010 2:10:51 PM

Subject: Nak tanya...

Salam,Amirul, saya baru semalam jumpa blog amirul, memang menarik.... very humble n attractive..actually, sekarang saya tengah pening nak pilih tema warna hantaran untuk buat hantaran untuk majis tunang adik saya.. FYI, alas dulang kami warna kuning, n adik saya nak hantaran warna hitam.. is it ok kalau tema hantaran warna hitam+gold, sebab saya tengok dalam gambar banyak buat hitam+silver... apa pendapat amirul yer??? saya tengok juga kalau2 amirul ada buat hantaran warna hitam. tapi tak jumpa pulak.. harap dapat balas email ini sebab saya sebab saya eprlukan pandangan dari yang expert..

:).. p/s.. sorry, tak dapat tulis pepanjang, main terjah tanya sebab ada kerja dari bos yang sedang menanti...thanks amir..

Fariha

jawapan mir:

gitiew,, hang on9 time keje kah noq? eeheheheh,, macam ni,,

mir tak pasti ler mir pernah citer ker tak tentang benda ni,, tapi rasanya mir pernah citer cara pemilihan warna hantaran,, ni mesti tak baca blog mir betul-betul agak nyer,,

eemm ini adalah pandangan pada mata mir sendiri lah erk dengan soalan yang telah di ajukan itiew

begini :
selalu pasangan yang ingin memasuki alam perkahwinan akan masuk 2 fasa

i-bertunang,,( kadang merisik pun ada hantaran )
ii-majlis nikah( majlis besar)

kebanyakkan bakal pengantin yang ingin bertunang,, selalu akan terfikir tentang hantaran tunang,, tema,, dan sebagainya,,

sememang pada waktu kini. ramai yang gemar guna warna agak terang dalam membuat satu gubahan.. tapi yang mir syak buat tahun 2010 warna-warna suci seperti putih,, dan warna pastel akan menjadi HIT's heheheh,, tapi mir tak sure ler,, kebanyakkan gubahan mir mir terapkan warna yang boleh kekal dan kalau boleh gubahan itew tidak lapuk di makan usia,,gitew

bagi warna hitam yang di mixkan dengan siver tak salah,, tapi make sure bunga yang di gunakan dalam gubahan nanti adalah sesuaian tidak terlalu menonjol dengan barang yang di hantar

tip mir:
macam ni,, kepada pasangan yang ingin bertunang dulu,, fikirkan warna hantaran yang ingin di buat untuk bertunang dengan warna gubahan hantaran untuk majlis perkahwinan,, supaya,, sewaktu majlis perkahwinan,, gubahan hantaran kahwin lebih menyerlah daripada gubahan hantaran pertunangan ..faham tak?? ke ayat mir terlalu sanskrit? heheheheh

ada yang mir lihat,, sewaktu bertunang,, hantaran di buat All out.. tetapi bila majlis perkahwinan,, gubahan hantaran agak hambar,, sedangkan waktu majlis perkahwinan,, ramai orang nak lihat hantaran,, dan jurucamera pun akan ambil pic tersebut untuk buat kenangan sampai akhir zaman,,
kembali kepada soalan tadi,, bagi mir,, buat masa kini better gunakan dulu alas dulang yang ado,, kuning kan??

gunakan alas warna kuning sebagai tema di majlis pertunangan,, majlis besar nanti baru buat warna hitam.., kalau tak membazir plak alas dulang yang ado tu,, gunakan bunga rose segar bewarna kuning sebagai asas,, sure gubahan itiew menjadi meletop,,
tapi kalau still nak wat tema hitam ,,,


,, mir cadangkan guna dulang yang macam ni sebagai asas gubahan,, spray kan warna dawai itiew kepada warna hitam,, pastu warna span yang warna merah tu di tukar kain dan span menjadi hitam,, balut dengan kain renda supaya warna hitam tidak nampak hambar dan ada tone di sebalik alas dulang itiew,, jika perlu letak ler diamond supaya nampak exclusive,,
mir tak galakkan menggunakan pahar yang terlalu tinggi ,, kalau guna pahar dulang yang macam mir buat ni dah nice sangat,, kerana,, kalau gubahan tu tinggi sangat,, ia akan nampak janggal di sesi bergambar,, dan akan nampak terlalu kosong ,, korang kan sendiri nampak gubahan mir sarat birat bagai kan,,heheheh,,
yang penting penggunaan bunga memainkan peranan occay,, bukan main cucuk atau gubah sajo,, make sure sesuai dengan render yang korang ado,, alas dulang,, bentuk dulang,, pastu jenis barang yang korang nak send tu,, kang jadi caca merbah plak,,
eemm mir nak out dah ni,, client mir dah sampai,, duk pose-pose manja jer dia tu, heheheh,,
eemm untuk vote resepi tu,, u ols dah vote dah ker??
sori erk mir kat luar ni,, nanti sempat mir update lagi,,

Wednesday, January 20, 2010

Kek Pandan Layer

Kepada semua blogger atau pelangut blog mir,, sila ler buat undian di kotak atas yer,, undian anda akan menentukan sama ada resepi Mini Paris puff itiew akan di siarkan kedalam blog ini atau tidak.,,, maklum ler ada yang dah mula hantar email cerca kat mir heheheh,, tapi cerca cerca dia pun,, tetap gak dia masuk blog mir hari-hari kan? betul tak? kalau tak,, takkan ler dia leh tau pasal blog mir ,, dan hari-hari masuk pastu nak cerca mir ,, motif???
apa pun, selamat vote erkk,, hehehehe,,,

Alahamdulillah,,orang cerca mir bagi ilmu pun,, rezeki mir tetap gak adooo,, heheheh,, mir dapat tempahan kek yang amat menggalakkan sekarang ni,, lebih-lebih lagi tempahan Moist coklat cake dan pandan layer kek,, tq tq tq ,,, kepada semua yang sudi menempah air tangan mir,,.,, sob sob- lap air mata dengan lengan baju,,, terharu mir, ni sedikit entry tentang pandan layer cake kepada sesiapa yang lum pernah rasa,, sedapp giller,, satu slice kat kedai mir nengok dalam rm 7.50 tau hampir sama dengan harga cake secert resepi betul tak? sebab nak buat kek ni banyak stap., ,, tapi memang sedap kek ni,, mir pun suka makan ,, boleh kata tiap minggu ada jer tempahan untuk kek ni, alhamdulillah.. kek ni ada 2 jenis,, satu keladi,, satu lagi pandan,, tapi biasa mir wat pandan hehehe

kek span yang mir baru habis bakar dan nak sejukkan

eemm ni ngah kuarkan dari acuan- senang nak sejukkan kalau dah kuar dari acuan tu

close up dekat skit,, eemm gebu tak?

heheheh nampak tak?

setiap cake pandan layer mir guna 1 biji kek pandan yang telah di potong 3 atau 4 atau 5

masukkan dalam loose tin

ni le kastard pandan u ols,, yang ni kena masak asing

ni dah siap letak selapis-selapis kastard dan cake yang di potong tadi., kena wat cermat-cermat kalau tak ,,tak jadi,, pastu kena wat laju-laju,, sebb kastard akan cepat keras bila dah keras dah tak leh nak guna,, kena buat kastard lain

mir tabur kan kelapa kering,, lagi sedap kalau ada,.,
So u ols dah Vote ker?????

Tuesday, January 19, 2010

Sah,, memang sahhhh!!

Pengumuman
Entry resepi mini semalam akan di update untuk laluan episode ini ,,,( mati ler kena carut)

Sah dan amat sahih uolsss.... mir rase masa bulan puasa ari tu mir timbang mir dah turun 5 kg.. so mir lompat2 manja lah.. gembira..hujung-hujung..pagi tadi mir telah tersentap mir.. baru mir pasti yang mir ni dah gemok macam lembu...hujung-hujung ianya di sahkan dengan jelas uolss

nak tau tak kenapa.. pagi tadi masa ngah bersiap nak gi khuliah,, mir pun mandi-mandi bagi wangi segala,, pastu mir try ler pakai suar slack zaman mir keje kat takaful dulu kan,,, maklum ler mir dah simpan lama suar slack tu,, hujung-hujung masa mir kemas almari ari ahad lepas mir terjumpa balik suar tu,,,( nasib lipas lum makan lagi hehehe)

masa mir nak kancing kan suar tu,, ,, suar tu jadi sendat u ols

sendat noq,, bagai nak giller tahan nafasss,,,

tak boleh nak kancing,,, aiyooooooooooooooooo
mir dah kena sindrom lembu nampak nyer,, mir takut u ols,, lalu terkincit,, nak buat macam mana ni??

Mir terus teringat kisah kawan khuliah mir yang telah tergolek dog akibat ke”lembu”an yang melampau sehingga menggegar kan dewan khuliah minggu lepas,,sampaikan bangku yang dia duduk boleh patah occay,, mir jadi takut u ols,, mir tak nak ler jadi lembut macam mamat tu,,

macam ni ler keadaan mamat tu masa tersungkur jatuh kerusi patah u ols

So macam mana,, ada cadangan tak?? Tolongg ., tolonggg… mir jadi takut nak timbang berat badan mir ini,, aiyoo kalau ler mir wat lawatan sambil belajar kat takaful,, sure kawan-kawan tak cam muka mir,, maklum ler,, kuar takaful muka orang,, bila datang wat lawatan,,muka lembu,, wahh silap-silap mir kena tangkap wat sembelih korban kat sana nanti,, uwaaaa… takut nyer,,

Ari tu mir baru berangan ,, kalau mir dah start keja ,, selepas graduate Akademi,, leh ler mir pakai uniform yang ala-ala awan dania kan,, fit jerk at badan ,, nampak comey jer,terletak je kat badan kan,, tapi nampak nyer,, harapan itew terpaksa di lupakan,, mir hanya tinggal sebulan jer lagi sebelum nak masuk bertugas ,,sempat ker u ols,, sebulan je lagi tu,,, jangan giller-giler,,

Mir nak Tanya,, borang pertandingan The Bigger Looser Asia tu ada lagi tak? Atau ada tak peserta yang masuk pertandingan tu nak tarik diri,, kalau ada,, jangan lupa contact mir,, mir ngah critical ni,,

Monday, January 18, 2010

Puding roti dan Mini paris Puff ,, 3 pagi occay

malam tadi mir study sampai lewat malam,, tapi biasa ler tak masuk pale sangat ,, last-last mir tertido atas meja.. rasakan,,buku ke mana,, hafal kemana kan,, hahahahahaha,, ni semua hanjeng depan rumah nyer pasal ,,kalau mir gagal exam ari ni,, sure mir campak daging beracun kat rumah sebelah tu,, geram mir,, awas yer ko hanjeng.. ( tetap nak salahkan hanjeng tu jugak wal hal diri sendiri yang tido),,

so mir tersedar dalam kul 3 pagi u ols,, hanjeng sebelah umah mir memekak tak hinggat macam kena rasuk jer,, leh bersahut-sahut bagai,,geram tul mir dengar,, rasa nak jer mir baling pasu bunga yang ada kaktus berduri kat dia,, bising yang amat,, mir nengok tuan rumah anjeng tu tutup lampu jer,, so mir ambil paip air,, mir pasang air paip,, mir pancut kat rumah hanjeng itew,, heheheh rasanya ko mandi malam2 kan,, geram aku,, terus anjeng tu senyap u ols,, hehehe,, mir syak hanjeng tu haus,, maklum ler seharian dia berduet nyanyi kan,,mana tekak tak kering... merasaaa,,

so pastu mir kemas meja study,, terus masuk bilik ,, ingat nak sambut tido,, tapi mata tak leh nak lelap..

mir duk ler pose-pose depan tv kan,, tapi dinch ado cerita menarik,, tak tau nak wat per,, nak study,,, dah malas,, hujung-hujung mir buat benda kat bawah ni hahahaha,, dah boring sangat agak nyer,, so masak kek ler u ols.. hujung-hujung ada gak makan pagi untuk bfast sebelum nak gi keje kan,,

mir buat puding roti ,, kebetulan,, ada sebuku roti kat dalam almari,, takde orang nak makan sebab rumah mir penuh ngan kek jer kan,, so roti potong tu tak luak-luak,, dah 2 ari mir nengok kat dalam almari rumah mir,, so apa lagi,, mir pun buat projek ler dengan roti tu,,

bahan-bahan yang ado
roti potong,, kismis,, susu segar,, gula,, telo, esen vanila,, buah laici dalam tin dan majerin/butter

roti tu mir potong cube macam ni

gula campur susu segar

campur,, laici,, ngan kismis.. pastu letak magerin atau butter ngan telo

masukkan roti tadi dalam susu ngan campuran tadi

gaul-gaul., biarkan kembang roti tadi

masuk dalam loyang,, bakar stimboil

eemm dapat 2 loyang tau,, hahaha mau tak banyak,, roti sebuku mir bedal

yang ni plak mir buat mini paris puff .. nama tak nak kalah kan,, gitew

bentuk kan macam ni,, konon nak buat bunga,, walhal tak pun ,,bila dah bakar jadi bulat gak

buat banyak-banyak,, ada kedai yang buat bentuk donut, tapi mir suka yang bulat jer

dah masak jadi macam ni,, memang dia kadang2 merekah kat tengah,, tapi jangan risau, memang rupa dia macam tu ,, fungsi merekah dia ada kat bawah ni

sebab nak masukkan cream kastard telor heheheh

eemm dia kan merekah kat tengah,, so gunting atau koyakkan skit macam ni

masukkan kastard telor kat tengah dia,,jadi ler macam ni,, YUmmYYY

yang ni kastard untuk puding roti tadi

ni ler hasil godek-godek tengah pagi tadi hahahaha,, siap kul 7 pagi occayy,,
bila housmate mir bangun,, dia mandi ler,, pastu mir siapkan air kopi bagai,, dia pusing-pusing dapur cari roti dia konon nak bawa gi opis,, tapi mir kata roti dia dah habis mir bedal wat puding hahaha,,dia leh terkezut beruk sebb makanan penuh atas meja kan,, apa lagi bedal ler., tapi banyak giller,, siapa nak habis kan???
so apa lagi,, kawan-kawan kat khuliah mir ler yang jadi mangsa kan heheheh
tapi terus terang mir bagai tau,, puding roti tu memang 1st class,, sebijik macam kat hotel,, pensyarah mir siap kaup puding tu,, ada yang gi tambah lagi kat meja hidangan tapi dah habis,, konon tadi ambik skit nak rasa jer kan,, so merasa ler tak dapat tambah u ols,
mini paris puff tu kalau u ols perasan,, ada jual kat Pavilion tau,, kalau nak resepi dia,,leh email mir occayy hehehehe
p/s : mir syak jiran mir begang dengan mir sebab lepas hanjeng dia senyap,, mir plak bising mengadun bahan wat mini puff hahahahahah.. maklum ler mixer mir bising u ols.,, heheheh,, nasib mir tak kena siram dengan air juga ,, hahahahahah

Sunday, January 17, 2010

Aku ker yang salah?

Ari ni dalam sejarah mir telah memalukan diri mir sendiri,,
citer dia macam ni

arghhh geram,, bising sangat,,, tak boleh nak study..

area umah mir ada ler satu kawasan perumahan,bilik umah mir plak betul-betul mengadap kawasan perumahan tu,, kena plak mengadap rumah yang ada anjing,, kebetulan mir nak exam esok u ole,. ada 2 paper lak tu,, bahasa english,, mir dah ler english ala-ala berabuk kan,, kena plak pensyarah mir mengajar ada slang jerman gitiew,, lagi ler tak leh masuk dalam pale mir yang dah beku.,tu yang bagai nak giler mir duk menghafal fakta,,

tengah mir duk pose-pose study ,,anjeng kah kawasan rumah mir leh memekak,, ada 2 ekor u ols.. siap bersahut sahut lak tu,, dah macam siti dengan kak ani nyanyi lagi hati kama time pertandingan juara lagu dah dia berduet,, mir bengkek ler, sedang kan apa yang mir duk hafal dan ingat,, semua dah berterabur tak masuk otak,,

Mengindang-ngindang padi huma... Mengindang dalam tampian.. Memandang-mandang hati kama..

mula-mula boleh ler bersabar,, tapi makin mir buat dek,, makin dia menyalak plak,, wahh,, kemain,, yang pelik nyer, tuan rumah dia boleh buat dekk jer,, biar jer anjing dia memekak,, rumah atas mir plak tuan rumah dia dah bising-bising tepi tingkap,, mir siap leh dengar lagi,, dia marahkan si anjing yang tengah berduet itiew,, sebab baby dia duk melalak sebab tak leh tido,, so mir pun apa lagi,, joint sekali ler menjerit kat tangkap bilik mir kan,,,

masa mir duk memekik tepi tingkap tuan anjing tu duk pandang-pandang mir ler,, tapi boleh dia buat tak tau jer,, yang ajeng dia memekak,,biar jer,, pastu dia leh masuk rumah kunci,, keji tak?sentap tak kalau korang kena macam tu,,wahh memang nak kena racun anjing dia tu nampak nyer??

so apa lagi,, mir pun jerit kuat-kuat tepi tingkap tu,,

" woi anjeng,, ko tak reti bahasa ker nak diam,, tuan ko pun satu hal,, dah pekak ke hapa.,,tak reti ker nak diamkan hanjeng ko tu? hanjeng tul ker ko ni..

hujung-hujung lalu plak sorang pakcik kat bawah flat tu pandang mir,, pastu dia leh marah-marah mir plak.,boley?? Motiff???

boleh pakcik tu sound mir ,,

" apa ko panggiil aku hanjeng???"

siap jengkil mata lagi kat mir u ols

apa lagi mir pun ambil hp ,, mir buat-buat ler bercakap kat tipun tu,., konon nyer,, kawan mir hanjeng ,,

noq,, ko memang hanjeng tau,, suka kutuk aku dalam kelas kan,,

ala lagi u ols,, lariikk nyorok ler,,

tapi bila masa lak mir kata orang tua tu hanjeng.,, tak pasal-pasal mir kena cerca macam tu jer,, mir ker yang salah???