Iklan

Tuesday, January 26, 2010

Resepi Yang di Janjikan

tudian,, cuba nengok keputusan vote u ols ari tu,,,Hari ni mir akan memberikan resepi puding roti dan Mini Paris puff yang mir dah janji nak bagi tau ari tu kan,, mir pun tak sangka gak ramai yang duk email mir minta resepi ni heheh,, ada dalam 50 email yang mir terima tau,, eemm undian yang mir siarkan dalam blog pun,, amat memukau,,teruja mir ,,

so tanpa berlegangah,,ni ler resepi yang mir dah janji nak bagi kat u ols

Puding Roti

Bahan A:
500 ml susu segar
100 gm gula kastor
8 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B
1 buku roti gardinea- di potong kecil -dadu
1 tin buah laici - ambil air nya sekali- isi di cincang
100 gm mentega - potong kecil
100 gm kismis

Caranya :
i-Bahan A di gaul sebati
ii-Bahan B di gaul sebati
iii-campuran tadi di biarkan 20 minit- biar roti serap air dan kembang betul-betul
iv-masukkan dalam loyang pembakar,,bakar sehingga kekuningan ( 30 minit-45 minit)-suhu 180'c
v-sejukkan

untuk kastard puding roti
( yang ni terpulang nak buat boleh tak nak pun tak per sebab rasa puding tadi dah ok dah tapi kalau kat hotel,, biasa di hidangkan dengan kastard nya sekali- lebih sedap buat kastard ni masa nak hidang)

Bahan-bahannya
Bahan A
250 ml susu segar
50 gm gula kastor
1/8 sudu kecil esen valina

Bahan B
15 gm tepung kastad

caranya:

bahan A di panaslam sehingga mendidih,
masukkan kastard ,, terus tutup api dan kacau,,

hidangan sedia di hidang - mir suka makan puding tu sejuk-sejuk baru kuar dari peti ais heheheheh


MINI PARIS PUFF ala Pavilion
heheheh nama tak tak kalah ni,,,

Bahan-bahannya:

Bahan A
125 gm mentega
250 gm Air
secubit garam
secubit gula castor

Bahan B
140 gm tepung Gandum
1/2 sudu kecil baking powder

Bahan C
4 biji telur gred B

caranya
i-Bahan A di campur dan di panaskan
ii-masukkan bahan B,, gaul laju-laju,, tutup api,, dan sejukkan pada suhu bilik
iii-gunakan mixer,,doh tadi,, di mix kan,, kemudian,, masukkan telur sebiji-sebiji
iv-gunakan piping - masukkan adunan kedalam pipping, dan bentukkan mengikut saiz yang di sukai,, ( macam mir mir buat bentuk bulat) di atas dulang yang di sapukan minyak/magerin
v-masak selama 20-25 minit pada suhu 180'c-sehingga kekuningan
vi-sejukkan adunan

untuk inti/kastard

Bahan-bahannya
50 gm tepung jagung
120 gm gula kastor
120 susu segar
250 ml air
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
25 gm mentega

caranya
i-semua bahan dari tepung jagung sehingga esen vanilla di campur dan di gaul sebati
ii-masak campuran tadi di atas api yang pelahan sehingga bancuhan menjadi pekat
iii-masukkan mentega,, dan tutup api,, kacau,,sebati

selamat mencuba u ols