Iklan

Friday, January 22, 2010

CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE

jemput mamam,, CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE

ramai yang duk email kat mir tentang resepi CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE .. so sebagai janji manis yang telah mir taburi dulu,, mir masukkan resepi ni,, so u ols try ler buat erk,, tak payah guna oven pun bole,, cuma resepi ni guna aiskrim,, so jangan dedah kan sangat kat suhu bilik,, kalau tak habis ., terus masuk petisejuk,,,, chilled ni sedap kalau buat minum petang,, kalau nak best lagi, tuang blueberry masa nak hidang kat atas dia,, eemm Yummyy

CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE
Bahan Base
150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus]
2 s/b butter [suhu bilik]
Bahan cream
250 gm cheese cream ( pilihan mir philidephia -mir suka cheese ni,, sebab yang ni sedap skit dari cheese biasa ,,cuma mahal skit ler
300 ml yogurt [perisa buah ]- mir letak perasa blueberry,, tak pun perasa vanilla
100 gm gula halus [gula kastor]
100 gm ice-cream vanilla
mir cadangkan buat double untuk bahan cream cheese ni,,baru nampak tinggi skit adunan dalam loyang,, tapi untuk permulaan ,, buat ler skit dulu erk,, takut ada yang tak berapa suka,,
Larutan agar-agar cair [panaskan]
130 ml air
1 s/b agar-agar serbuk
Hiasan [kacau sebati]
Filling blueberry
1 s/b air suam
Cara
1. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang.
2. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
3. Masukkan yogurt dan ice-cream dan kacau rata
4. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
5. Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam. - mir masuk 4 jam atau semalaman,,
6. Keluarkan dan letakkan filling blueberry.
7. Hidangkan.

1 comment:

sham said...

sedap2...besh2...tr